SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 24, 2012

Lama tak jumpa

Salam sejahtera semua Rindu juga tidak dapat meluahkan pendapat dalam rauangan ini. Kesibukan yang menyelimuti pergerakan saya menyebabkan tiada ruang untuk mencoretkan pendapat. Dalam kesempatan ini, saya tertanya apakah tajuk perkongsian yang saya akan tuliskan di sini. Sebenrakanya banyak isu-isu yang bermain dikepala saya dan pada kali ini saya mengambil keputusan untuk mengoksikan pendapat saya berkenaan dengan percaturan politik di Negeri Sabah "Land below the wind". Kemunculan media alternatif telah menyebabkan banyak perkara yang sedia dibacakan itupun kalau ada orang yanh mahu membacanya. Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 1,440 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Celebes di sebelah selatan. Dengan gelaran "Negeri Di Bawah Angin [iaitu Bayu]" , Sabah tidak sahaja kaya dengan keindahan semulajadi tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya. Flora and Fauna Sabah adalah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat ditemui di Sabah.Banyak spesies anggerik/ orkid, periok kera dan rhododendron yang didapati tumbuh di Sabah. Sabah adalah satu kawasan berbukit bukau. Kawasannya yang bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur. Banyak gua ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,101 meter. Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Rakyat Sabah dan Sejarah Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah: Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Berdasarkan kepada jumpaan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka tempat perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Selepas kehancuran akibat peperangan, Sabah jadi jajahan British sehingga 31 Ogos 1963 apabila ia mencapai pemerintahan sendiri dari pihak British. Pada 16 September 1963, Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia. Jumlah Pengundi di Sabah Pengarah Pilihan Raya Negeri, Haji Mohd Idrus Ismail berkata, statistik terkini Sabah mempunyai jumlah pemilih yang berdaftar dengan SPR seramai 807,862.

Wednesday, December 14, 2011

Jumlah penduduk Kampung Sinompuru setakat November 2011

JUMLAH PENDUDUK KAMPUNG SINOMPURU SETAKAT NOVEMBER 2011

1 JIKAT @ BINOL DARIMBANG 591201-12-1959
MARY SANGKI 640510-12-5846
BEXTER DEXTON 11.01.1989
MARVELYNE JANE 3.01.1992
BRANDON DEE 31.7.1994
BECKHAM BEN 21.8.2002

2 Meddy Barih 720115-12-5273
Martih Masidin
Viviana

3 Lucy Tham 800403-12-5592
Tai Kin Lung @ Nicholas 700630-12-5279
Tai Kim Lung 28.4.2001
Mailee Lai Ah Kun ( Ibu) 10.10.1954

4 Mai Mika bin Sigar 680517-12-5183
Ruran Yukang 7202114-12-5614
Jeshen 20.7.1993
Jesrael 12.8.1999
Jovi 25.9.1977
Jyacheni 28.12.1999

5 Languna @ Rusnah bte Abdullah 581011-12-5262
Awangku Ruslie 30.1.1981
Dayangku Masni 17.7.1984
Awangku Jasni 23.3.1988

6 Maurince Anton 700114-12-5264
Bernadus Mulia 551004-12-5435
Melissa Peny 22.11.1986
Frendiktus Boli 03.07.1988
Diana Ernolia 5.08.1989
Felix Arnold 9.10.1997
Michelle Beatrice 05.01.2005


7 Wong Loi @ Jimmy 640123-12-5299
Juliana Senglai 730112-12-5866
Jaselin 30.12.1988
Jacqueline 27.01.1992
Jacques 27.9.1994
Ljerrelly 3.6.1999
Juventus 13.04.2003

8 Welin @ Rubilin Binjti Ebal 670319-12-5044
Jutaim bin Guntamas 590403-12-5899
Andy Jutaim 18.10.1990
Christtillah Jutaim 25-12-1993
Edrik Jutaim 28.9.1995

9 Damillus B.Kuntiham 770426-12-5371
Juiren Kiat 741220-12-5138
Casandra 25.2.2005

10 David Fung Zee Lie 69080-12-5355
Wei Chui Yun 741115-12-5264
Lous Michella 31.10.1998
Ann Natalia 21.3.1999
Medeline 11.3.2003
Nelson 25.9.2010

11 Molukin Gombido 610228-12-5191
Dundum @ Monica Mingki 610503-12-5242
Beronie 17.2.1986
Flodina 20.10.1988
Alvin 12.8.1991
Endrian 21.12.1996

12 Jasneh bin Kiat 731130-12-5493
Dianna Andau 792110-12-5122
Jedan Aosca (L) 16.4.2003
Aeroll 12.5.1994

13 Rupiah bt. Kogi 621125-12-5220
Thomas Dile Daen 611209-71-5369
Katarina 25.11.1989
Elizabeth Thomas 19.11.1993
Sebastian 7.1.2001

14 Fredoline Ang 500205-12-5271
Kung Fui Yee 490315-12-5022

15 Lawsin @Lowrince bin Taliban 570120-12-5241
Losuim Kimus 5803030-12-5518

16 Emjus Essi 580130-12-5287
Suim Mathew 610703-12-5466
Suzie 31.1.85
Susan 29.10.87
Raymond 5.11.1989
Stephanie 25.1.1991
Diana Ann 8.5.1992
Sherley 28.7.1994
Herman 27.3.1996
Jeromy 30.8.1999

17 Rampayan Sungki @Herlyn 491230-12-522
Agus Lot Simon Sabon AE875764

18 Gusirin Ginduh 621215-12-5129
Irene Lumbating 610110-12-5452
Azreenya 5.9.1993
Savrina 6.11.1996
Zurina 16.5.2000

19 Sinun Godong 620609-12-5071
Manvim Selinoh 670815-12-5334
Ofranis 22.11.1993
Onesimus 5.6.1996
Bevelybl 20.5.1998
Betsybel 3.4.200-

20 Auren Tegko 680810-12-5174
Vannessa 4.8.1996
Vynecca 3.3.2003

21 Nur'ain Abdullah 680326-12-5498
Md.Sayuti Abdullah 680302-12-6365
Khadijah Md Sayuti 05.11.1994
Md.Said Md.Sayuti 12.11.96
Aisyah Md.Sayuti 19.3.1999

22 Misik Umbaris 660223-12-5235
Rosy Bt.Talin 670318-12-5552
Avy Rosabel 9.2.2002
Aven Rossel (L) 1.11.03
Abel Ross (L) 1.11.03

23 Justin Asan 620919-12-5333
Juddy Lee 65011212-12-5268
Yezelinne 14.12.1986
Evelinne 30.8.1994

24 Noh Bin Riung RF/W0584
Betty Singa 630826-13-5646

25 Suging Bt. Robuyut 660517-12-5046
John A.Pickens
Jordan 25.10.19861
Jeremiah 16.9.1989
Joshua 10.101.19190

26 Andrew Ego b.Insau 640216-12-5343

27 Leslie Tabat @Charles Ayub 791001-12-5811

28 Ritta Samiah Sanding 690318-12-5390
Joseph Madiki 60723-12-5757
Roffer Asyur 24.8.1992
Roffeei Asyriee 2.7.1993
Roffeen Asyeen 8.10.1998

29 Chua Lam Ken 661218-12-5083
Ting Moi Chii 670928-13-5336
Chua Boon Kiat 10.11.1994
Chua Xin Yie 5.11.1996
Chua Kah Kiat 29.5.1998

30 Gilan Simuk 550210-12-5271
Lotimboi Lonsuh 560406-12-5192
Paulin
Irinius 25.6.1982

31 Damanih @ Dominic Galipoh 620620-12-5195
Saulin @ Juitah Linsut 700909-12-5188
Adiancey 10.9.2986
Alfred 1.11.1988
Albester 15.9.1990
Aedryaon Valerian 10.8.1999
Adrie Hairold 6.7.2001

32 Lukin Teliban 630122-12-5079
Rusinah Isak 650625-12-5300
Kenny 1987
Jelsie 1988
Karloff 1992
Yonathan 1997

33 Doungin Kurun H0934135
Rosela Cauhela PasportHH614896
Donnalyn 28-03-98
Daryl 13-11-2001

34 Malson Maralin 661214-12-5035
ALICE CHUNG H0723417
Melveyson 7.3.1997
Melvira 3.3.1995

35 Rujalih bin Moh Jidi 78051-12-5507
Norsidah Saidin 810420-12-5462
Nurul Faizatul Amitah 020531-12-0158
Nurul Faizatul Asikin 051203-12-0038
Nurul Faizatul Shairah 090820-12-0860

36 Majelim Tinggangau 620601-12-5173
Moirin Tubing 660607-12-5162
Vainsylyen Majelim 870220-12-5200

37 Xavier Gimbun 710527-12-5181
Martha Korom 660607-12-5162
Rino Francis 021102-12-1501
Frisca Jessy 040526-12-0776
Filicity Jessy 071122-12-0368

38 Joseph Korom 780507-12-6009
Celvia Joseph 840904-12-5132
Meccy 070927-12-0600
Kelvin 091024-12-1269
Keldoy 110220-12-0395

39 Sius Muni 610114-12-5011
Radiah Kunsir 630510-12-5118
Denis 871005-49-5118
Dona 860402-11-5296

40 Windlee Stevens Maginkal 630821-12-5289
Morinse Madupis 650425-12-5656
Frederick 86017-49-5919
Marcellevia Vilinda 900917-12-6224
Jenny Vivianne 830401-12-5780
Bryan Valantine 840917-12-5609

41 Johnson Gondikit 680721-12-5017
Suzie Maidol 720826-12-5228
Abbegail 2.3.2001
Aaron Valentine 14.2.2006
Annmarie 1.2.2010

42 Yalip bin Sabian @ Poudoh 590209-125465
Liama binti Kitang 590922-12-5348
Calvert Desimon 850728-12-5609
Cynthia Sharon 870224-12-5160
Charles Darwin 890303-12-5781
Cressia Sherly 900811-12-5258
Donavan Denny Mc Owen 020308-12-0913

43 Milin Bauteh 760908-12-5164
Hanry Daud @ Bactian 710807-12-5151
Hollyanna Hanry 980113-12-5384
Hossebrail Hanry 020112-12-0575
Himanewell Hanry 071231-12-1423

44 Cornelia Mickey Micheal 770725-12-5312
Liew En Soon 700406-12-5127
Cynthi Natasha 12/9/1994
Christian Joshua 23.8.2003
Cheanelia jeremiah 10.3.2008

45 Eldah Wong @ Helda 580627-12-5354 Janda
Alvino Alaska Kalasa 5.4.1978
Andrian Alaska Kalasa 23.6.1979
Maryann Alaska Kalasa 4.8.1986

46 Tany Pudin 770718-12-6069
Waidah Sawatan 790617-12-5356

47 Kris Mazmiel Dayou 790406-12-5988
Crany Jinod 830621-12-5758

48 Jaimau Unsuyan 570403-12-6367
Rosnia Marujil 600311-12-5150
Ronny 801215-12-5477
Radly 5.11.1982
Roscelia 18.11.1985
Rinacia 21.12.1988
Rainol 8.10.1991

49 Sotim Gumbala 49090-12-5316 Janda

50 Dale Morgan Majudil 810307-12-5719
Elvie Johaya 810203-12-5378
Aiden Dale 27.4.2011

Thursday, April 21, 2011

Sejarah Tumunda bin Yuggonit

PENGKISAHAN TUMUNDA BIN YUNGGONIT

Berikut adalah hasil cerita daripada mereka yang pernah ditemu ramah tentang pengkisahan Tumunda Bin Yunggonit , beliau ini adalah berasal daripada Paitan, Beluran, Sandakan lebih kurang 2,000 tahun dahulu dan boleh berbahasa dalam pelbagai loghat bahasa , mengikut cerita mereka, bahawa beliau berasal dari Nunuk Ragang,Sungai Liwogu, antara Ranau dan Sandakan, beliau adalah suku kaum Tombonuo, bahasa Tombonuo, mereka berpindah randah di Paitan,Tumunda adalah seorang yang sangat disegani kerana keberaniannya, berbadan sederhana besar, ketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci, tegap, berkebal lagi kuat, kacak, pandai berpidato, boleh melompat setinggi 30 kaki, dengan mengamalkan kepercayaan kuno dahulu kala, beliau kerapkali berulang alik ke Tamu di Brunei, sebelum beliau ke sana, beliau akan berfirasat dengan menendang bahagian tajam bujak (LITUKAN) ke arah langit kalau naik melambung dan tidak kelihatan lagi, beliau akan meneruskan perjalanannya, jika bujak itu tidak melambung naik, dia lantas batalkan hasratnya. Firasat yang kedua ialah dengan menggunakan kerisnya . Beliau akan menghiris tangannya. Jika tidak luka barulah beliau akan meneruskan perjalanannya . Di sepanjang perjalanannya ke Tamu di Brunei, beliau hanya singgah dan mencabut pokok-pokok rotan saga secukupnya dengan tidak menggunakan benda tajam dan sebagainya, hanya ditarik mengunakan tangan sambil berjalan. Tujuannya ialah untuk ditukarganti dengan garam dan sebagainya. Setibanya di sebuah pangkalan perahu-perahu layar dahulu kala sedang menunggu lantas beliau memuatkan barang-barang bawaannya dan belayar, di tengah-tengah pelayaran terjumpa penjahat digelar Bolongingi, lanun laut, Shariff-shariff tumpas di tangannya. Perjalanan diteruskan dan begitulah seterus-seterusnya.
Alkisah Tumunda, beliau beristeri ramai di mana-mana kampung di perbukitan, khususnya di sepanjang jalan dari Paitan ke Tamu di Brunei, beliau dikisahkan mempunyai isteri yang ramai di Paitan, suku kaum Tombonuo, Rungus, Sonsogon, dan Kimaragang malahan beristerikan seorang anak Shariff (suku kaum Brunei) (tiada anak) cerita nyata ramai keturunannya di setiap suku kaum dari Beluran, Paitan ke Tandek, Kota Marudu. Menyentuh kisah isteri-isterinya di suku kaum Kimaragang dengan asal usul mereka adalah Sonsogon, mengikut nama sungai sahaja dan petempatan mereka khususnya di sepanjang Sungai Bengkoka jelas masih ada sungai tersebut cuma kayu kayan sahaja tidak kelihatan lagi. Ramai isteri Tumunda dan keturunannya di merata-rata tempat di kawasan Tandek sekarang dan mencari pendapatan dari segi ekonomi dan pendidikan. Generasi Tumunda telah berkembang dan sekarang jumlah keturunannya ialah 6 keturunan, yang jelas dipaparkan seperti berikut:-
TUMUNDA BIN YUNGGONIT
Anak pertama-Osong (p), suaminya bernama Balaban;
Anak-anaknya 1.Sungiab 2.Maganda 3.Inggong 4.Lungkee 5.Rungaying
Anak kedua-Udowoy (p), suaminya bernama Marawan
Anak-anaknya 1.Rudiying@Andut 2.Masanda
Anak ketiga-Odoyo (p), suaminya bernama Jaini
Anak-anaknya 1.Pamadsu 2.Yopiyi
Anak keempat-Impayan (p), suaminya bernama Lindungan
Anak-anaknya 1.Omiyi 2.Sumisih 3.Unggut 4.Koris 5.Kondok 6.Inaun 7.Ayeh8.Andung
Anak kelima-Okolow (p), suaminya bernama Lungkibon
Anakanaknya 1.Inapai 2. Yundaying
Anak keenam-Ponggoron (L), isterinya bernamaInoying & Kokiban
Anak-anaknya 1.Masabun 2.Injawan 3.Utit 4.Uriying 5.Onilik 6.Jamari 7.Uyien8.Gorotom
Anak Ketujuh- Arani@Lungkodon (L), isterinya bernamaUrimbot
Anak-anaknya 1.Rosinding 2.Uriyim 3.Majun 4.Jainah 5.Bayan 6.Undirin
Anak kelapan-Pamantug@Suduk (L), isterinya bernama Suraying
Anak-anak 1.Uliyim 2.Yoyog 3.Paduka 4.Simpungon 5.Yabi 6,Simbunon7.Simbungon
Sahadan, alkisah Tumunda dengan memaparkan nama anak-anak dan cucu-cucunya diharap anda dengan sendirinya memperbetulkan nama-nama mereka kerana didapati tidak tersusun mengikut urutan, lebih-lebih lagi nama isteri-isteri Tumunda dari Paitan ke Tandek, Kota Marudu, tidak diketahui nama-nama mereka,dan nama-nama bin/binti isteri/suami anak-anakTumunda juga tidak di ketahui, maka dengan itu pandai-pandailah bertanyakan namanya, adalah dicadangkan supaya suatu ahli jawatankuasa yang bijak pandai ditubuhkan dengan membukukan cerita pengkisahan ini dengan menjual wajib sesama sendiri, hasilnya dijadikan Dana Tumunda projek jangka panjang mesti menubuhkan YAYASAN TUMUNDA,dan membuat lawatan sambil mengutip pengkisahan di Paitan, Beluran dan seterusnya di Nunuk Ragang sana, sekian dan terima kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Lampu Jalan Kampung

Bagi pihak penduduk kampung, saya mengucapkan terima kasih kepada Wakil Rakyat N13 Inanam, YB Datuk Johnny Goh, DBKK, dan SESB kerana telah meluluskan 10 buah lampu jalan kampung pada 20 Februari 2011.

Jalan kampung sudah terang benderang, tidak payah takut dengan ular, atau tunggul kayu lagi. Untuk makluman Balai Raya Baru Kampung sudah diluluskan oleh YB Datuk Johnny Goh ADUN N13 Inanam, dan pelaksanaan membuatnya akan dilakukan bila-bila masa dari sekarang.

Penduduk kampung yang dihormati marilah kita MISOMPURU dan memberi sokongan kepada ADUN kita YB Datuk Johnny Goh, kerana kampung kita memerlukkan kepemimpin sepertinya.

Friday, February 4, 2011

Monday, January 31, 2011

RAHSIA KUNYIT

   KUNYIT – LEBIH DARIPADA BAHAN REMPAH UNTUK MEMBUAT KARI
oleh: Benjamin Drewe

Jarang-jarang sekali dapat kita temui sebuah taman kampung di kawasan tropika yang tidak ditumbuhi pokok berdaun besar yang merupakan anggota famili halia ini. Nama saintifiknya ialah Curcuma longa, manakala dalam bahasa Inggeris biasa pula ia dipanggil Turmeric. Batangnya yang seakan akar, dipanggil rizom, ditumbuhi akar serta tunas, dan dan mudah dikenali dengan warna kuning/jingga. Batang berakar inilah yang
menjadi bahan utama untuk dijadikan serbuk kari. Malah, rasa kunyit inilah yang memberikan rasa utama yang terdapat pada serbuk rempah yang menjadi ramuan asas bagi kebanyakan juadah Asia, manakala bahan rempah lain hanya menghasilkan kebanyakannya rasa pedas-pedas sahaja. Kunyit merupakan contoh terbaik satu keadaan yang mana garis pemisah di antara herba bahan masakan dan herba ubatan adalah amat halus sekali. Di samping menghasilkan perisa dan warna kepada pelbagai gulai, secara serentak sifat antipengoksidanya melindungi sistem pencernaan anda daripada toksin (bahan beracun) dan asid lemak berbahaya yang terkandung dalam makanan, serta membantu sistem imun anda untuk menentang jangkitan dan meredakan masalah radang lebihan dalam keseluruhan tubuh anda. Dari segi ini, penggunaan Kunyit dalam masakan kari dan pelbagai jenis gulai lain di Asia sepastinya tidak berlaku secara kebetulan, terutamanya memandangkan bahawa cuaca di negara tropika yang kebanyakannya panas dan lembap menyebabkan makanan yang dimasak boleh menjadi basi dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja. Pigmen kuning yang terdapat pada Kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatannya yang paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan Kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak zaman purba lagi. Tidak hairanlah bahawa Kunyit tersenarai dalam sebuah kitab herba Assyria bertarikh kira-kira tahun 600 sebelum Masihi, di samping ada juga disebut oleh seorang tokoh masyhur dalam sejarah bernama Dioscorides. Kunyit memainkan peranan penting dalam sistem perubatan tradisional India iaitu Ayurveda dan juga sistem perubatan tradisional Cina, di samping menjadi suatu bahan dagangan utama yang dibawa dari Asia ke Barat sejak zaman terawal perdagangan antara benua menggunakan kapal layar melalui "laluan rempah" yang merentasi Lautan Hindi. Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksikan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkanbahawa Kunyit mempunyai sifat-sifat berikut: antipengoksida, antiradang, antiplatlet, mengurangkan kolesterol, antiketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.
ANTIPENGOKSIDA
Manakala mekanisme tepat bagi tindakan bahan-bahan yang terkandung dalam Kunyit masih diselidiki untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentangnya, diketahui bahawa gabungan khasiat antipengoksida kuatlah yang melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas, lalu dengan itu membuat Kunyit berguna dalam menentang pelbagai masalah yang mana radikal bebas memainkan peranan utama.
ANTIRADANG
Di India, Kunyit lazim digunakan untuk merawat atritis (sakit sendi) dan asma (lelah), bilamana penduduk kampung akan menelan serbuk Kunyit dengan sukatan sudu teh ketika mengalami masalah. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa Kunyit meredakan radang melalui tindakan antihistamin berserta peningkatan dalam penghasilan kortison asli daripada kelenjar adrenal. Dalam dua kajian (double-blind) didapati bahawa Kunyit memiliki sifat antiradang yang mujarab pada pesakit yang menghidapi atritis reumatoid di samping berkesan untuk melegakan radang selepas pembedahan.
PELINDUNG HATI
Di Asia, Kunyit lazimnya digunakan untuk merawat masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), serta masalah hati dan pepundi hempedu (gall bladder). Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindung hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Manakala Kunyit berguna untuk mencegah penyakit pepundi hempedu, ia harus digunakan dengan lebih berhati-hati dalam merawat batu hempedu (gallstone). Kerosakan hati akibat keracunan makanan juga dapat dipulihkan. Dalam satu kajian rabun dua pihak (double-blind) di Thailand, Kunyit dikaji kesannya dalam melegakan kurang pencernaan dan angin. Bilangan mengagumkan iaitu sebanyak 87% daripada pesakit yang menerima rawatan Curcuma menunjukkan hasil positif terhadap rawatan, yang telah mendorong penghasilan beberapa ubatan paten untuk kurang pencernaan mengandungi curcumin terpiawai. Kunyit juga mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli, dengan itu melindungi salutan perut daripada asid lebihan dan pembentukan ulser (borok).
ANTI-ARTEROSKLEROSIS
Kunyit juga telah terbukti berupaya mengurangkan platlet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lal memperbaik peredaran darah dan membantu melindungi daripada arterosklerosis (pemegalan sendi). Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa menelan pati Kunyit setiap hari mengurangkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol tidak bagus) dan meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi HDL, atau kolesterol bagus) di kalangan subjek kajian yang sihat. Kesemua penyelidik merumus bahawa Kunyit berguna dalam pengurusan arterosklerosis dan penyakit kardiovaskular.
MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN ANTIBARAH
Berbilangan institut penyelidikan barah, termasuk Pusat Penyelidikan Barah Amala di India, telah mengesahkan bahawa curcumin meningkatkan secara ketara beberapa parameter aktiviti sistem imun dalam meningkatkan aktiviti melawan jangkitan dan antiketumbuhan. Para penyelidik juga telah memulakan beberapa kajian terhadap penggunaan curcumin untuk merawat jangkitan HIV, yang mana ia telah didapati
memiliki sifat-sifat anti-HIV yang nyata dalam tabung uji. Ia juga didapati melindungi jangkitan seterusnya akibat keimunan yang terturun, misalnya jangkitan virus Epstein- Barr (EBV). Pelbagai kajian lain juga telah menunjukkan tindakan mencegah barah oleh curcumin dalam kes barah-barah berikut: kerviks, perut, duodenum, kolon, payu dara dan kulit, dengan peningkatan tambahan dalam kesan pembunuh barah oleh kaedah radioterapi dan kemoterapi. Sebanyak manakah biasanya harus ditelan? Manakala Kunyit sebagai suatu rempah sememangnya berguna sebagai sebahagian daripada makanan biasa seseorang, sesetengah daripada bahan dalam kunyit tidak larut dalam air, dan sesetengah yang lain pula terlalu peka (sensitif) terhadap haba. Dos harian yang dianggap sesuai ialah 0.5 gram serbuk kering sehari. Manakala paras curcumin yang terdapat dalam kunyit kering biasanya antara 1.5 hingga 4%, untuk memperolehi hasil yang lebih baik pati kunyit terpiawai dijangka lebih mujarab. Ada baiknya jika diingati bahawa Kunyit jarang kali
disediakan sebagai herba tunggal, tetapi lazimnya secara bergabung dengan herba lain dalam rumusan herba.
FITONUTRIEN
Fasa seterusnya dalam penyelidikan herba kini mula melihat herba seumpama Kunyit sebagai “fitonutrien” (phytonutrients), iaitu zat tumbuhan yang menyediakan kita dengan perlindungan dan sokongan pemakanan yang penting. Zat herba ini tidak terdapat pada suplemen garam galian atau suplemen vitamin, tetapi lahir daripada tindak balas kimia yang rumit di antara bahan-bahan herba itu sendiri. Hanya penyelidikan selanjutnya sahaja yang bakal memberikan kita kefahaman tepat tentang sebanyak manakah manfaat kesihatan yang kita perolehi setiap kali kita menikmati kari atau gulai kegemaran kita.
Benjamin Drewe ialah seorang Pengamal
Perubatan Herba.