SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 12, 2009

JKKK (Penaja) menghalang tugas Ketua Kampung

Pengujudan sebuah kampung di atas Tanah Kerajaan Negeri, merupakan satu kesalahan dan boleh dikatakan penempatan sebuah perkampungan itu dikategorikan sebagai penempatan setinggan. Adalah dikira sangat beruntung, kalau sebuah perkampunagn itu mendapat sokongan pemimpin masyarakat, seperti wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT).

Dalam hal yang demikian, seorang ketua samada Ketua Kampung Penaja atau Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sesebuah perkampungan tersebut, akan memohon permohonan Tanah Perkampungan melalui Jabatan Tanah dan Ukur. Proses permohonan untuk mendapatkan Tanah Rezab  perkampungan bukanlah sesuatu yang singkat dan mudah, ianya melalui satu peroses ynag agak lama, kerana melibatkan beberapa agensi seperti, Perangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hasil dan Bumi dan Ketua Menteri dan seterusnya Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri Sabah untuk menandatangani surat perwartaan Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri. Mengikut pengalaman, semantara menunggu jawaban dari setiap agensi, kita perlu merujuk dari masa kesemasa, ini memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit untuk berulang alik untuk mendapatkan jawaban. Kalau nasib baik, kalau tiada aral melintang maka fail tersebut akan bertukar kepada pihak yang seterusnya dan kalau tidak kita akan bermula semula dari bawah.


Setelah perkampungan tersebut mendapat watikah perwartaan sebagai Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri, maka terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh penduduk kampung dan pemimpin kampung lain seperti JKKK.

Antara peraturan atau undang-undang tersebut ialah:
Terkandung dalam :
SEKSYEN 78 (1),(2) DAN (3)

ORDINAN TANAH BAB 68

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1),(2) dan (3) seksyen 78 Ordinan Tanah, Yang di Pertua Negeri telah mengisythiarkan Tanah Kerajaan yang diperihalkan di dalam Jadual bersama ini sebagai Tanah Rizab Anak Negeri yang dikenali sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Sinompuru (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tanah Rizab') untuk kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk maksud kediaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Tanah Rizab ini adalah kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk pembinan rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan tambahan yang lain.;
  2. Penduduk-penduduk Kampung tersebut adalah dibenarkan untuk menjalnkan adat-resam industri kampung, memelihara ayam, binatang ternakan dan berkebun tanaman jualan di dalam kawasan Tanah Rizab tersebut;
  3. Tiada seorngpun anak Negeri yang bukan pada lazimnya bermastautin di kampung Sinompuru dibenarkan dan membina sebarang bangunan di dalam  Tanah Rizab itu tanpa keizinan daripada PEMEGANG AMANAH;
  4. Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Kinabalu, Ketua Derah Kota Kinabalu dan Ketua Kampung Sinompuru adalah dengan ini dilantik sebagai Pemegang Amanah Tanah Rizab itu tertakluk kepada arahan-arahan Setiausaha Hasil Bumi;
  5. Pemegang Amanah hendaklah memagar atau menyebabkan supaya dipagar sempadan Tanah Rizab tersebut dengan cara yang memuaskan hati Setiausaha Hasil Bumi dan kemudian memeliahar pagar tersebut dengan cara yang memuaskan hatinya dan;
  6. Seseorang yang terkilan oleh sesuatu tindakan atau sesuatu yang tidak dilakukan oleh Pemegang Amanah boleh memohon kajian semula kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang keputusannya adalah muktamad.
Dalam hal menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kampung (Pemegang Amanah), syarat-syarat perkara (1) dan (2) telah dikuatkuasakan dan peraturan-peraturan ini adalah hasil permuafakatan dan telah dihebahkan kepada penduduk kampung dan mendapat persetujuan seperti diterangkan di bawah:

MEMBICARA, MEMUTUSKAN DAN MELUPUSKAN KES

a) Kes-Kes Yang Timbul Daripada Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Anak Negeri

yang semuanya adalah Tinggal di Kampung Sinompuru (Anak Negeri)

b) Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Negeri, Daripada Segi Pertunangan, Perkahwinan Atau Seksual

(i) Pertunangan, Perkahwinan,Penceraian ,Pembatalan Perkahwinan Dan Pemisahan Perkahwinan

(ii) Pengambilan Anak Angkat, Penjagaan dan Jagaan Anak, Nafkah Tangungan dan Keesahan

(iii) Hadiah Atau Menentukan Waris Wasiat

c) Kes-Kes Lain Jika Bidang Kuasa Diberikan Kepadanya Oleh Enakmen Ini Atau mana- mana Undang-Undang bertulis yang Lain.


PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT


LOT

• Lot tidak boleh tukar milik tanpa persetujuan daripada Ketua Kampung

• Lot tidak boleh dijual, sekiranya didapati lot itu akan ditarik/diambil oleh  Ketua Kampung

Lot yang tidak diusahakan lebih dari 6 bulan akan diberikan kepada pemilik baru yang layak

• Hanya Ketua Kampung yang boleh memberi lot kepada pemohon yang layak
• Pemilik Lot boleh membina rumah,menanam pokok buah-buahan dan menternak binatang dengan syarat berkurung

• Bukan pemilik/Orang luar tidak boleh membuat sebarang bentuk rumah dikampung tanpa keizinan Ketua Kampung

Merujuk kepada syarat-syarat dan peraturan Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru, tiada satu pun ayat menyebut bahawa JKKK (penaja) boleh memberi lot dan membenarkan orang luar membina rumah atau  campur tangan dalam hal Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru.

Dalam ruangan ini, saya memohon kepada semua penduduk kampung termasuk Pengerusi JKKK (penaja)agar mematuhi peraturan dan menjaga ada istiadat resam kampung Sinompuru. Sebagai pemimpin kita seharusnya menjadi contoh kepada penduduk kampung dan mematuhi peraturan dan melakukan perkara yang baik.

Sebagai seorang Penasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung, saya merayu buatlah perancangan untuk kemajuan kampung. Saya melihatkan banyak yang perlu kita usahakan untuk mendapat sokongan daripada Wakil Rakyat N13 Inanam, seperti Balai Raya, Padang, jalanraya, dan Air paip yang bersih.Tanah dan kawasan untuk membuat kemudahan asas tersebut sudah ada dan menunggu untuk tindakan dan usaha yang berterusan oleh JKKK.

Berjumpa lagi dalam ruangan Komentar Ketua Kampung Sinompuru akan datang.

Thursday, September 24, 2009

Sah atau tidak sah

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan:

Penulis berpendapat bahawa dibenarkan untuk perempuan itu berkahwin terumatanya dengan lelaki yang telah menyebabkannya mengandung dan perkahwinan itu adalah sah. Tetapi andaikata dia berkahwin dengan lelaki yang BUKAN menyebabkannya mengandung ,maka TIDAK dibenarkan bersetubuh kecuali setelah melahirkan anak.

Berikut adalah penjelasnnya. - Ulama’ bersepakat bahawa perempuan diceraikan ataupun kematian suami maka perempuan itu haram berkahwin selagi berada dalam tempoh iddah. Tetapi mereka berbeza pandangan berkenaan perempuan berzina , adakah diwajibkan menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin ataupun dibenarkan berkahwin tanpa menunggu tamat tempoh iddah.

Pandangan ulama’ dalam bab ini.

1 Abu Hanifah, Muhammad Bin hasan dan Abu Yusuf berpandangan bahawa perempuan yang mengandung disebabkan zina dibenarkan berkahwin tetapi tidak dibenarkan bersetubuh melainkan selepas perempuan itu melahirkan anak.(al-muhalla)

2) Imam asy-Syafie berpandangan perempuan yang berzina dibenarkan berkahwin dan terus bersetubuh dengan suaminya kerana hubungan zina tidak menyebabkan pertalian keturunan.(majmu’ al-fatawa)

3) Imam malik dan Ahmad berpendapat diharamkan bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin kecuali setelah melahirkan anak(al-muhalla & majmu’ al-fatawa)

4) Sebahagian pendapat dari Ahmad dan Malik melarang perempuan yang berzina untuk berkahwin melainkan setelah menunggu sekali haid (istibra’) bagi memastikannya tidak mengandung (Majmu al-Fatawa)

5) Imam Zufar , al-Qadi Abu Ya’la dan sebahagian riwayat dari Ahmad dan Malik mewajibkan perempuan yang berzina menunggu sehingga tiga kali haid sebelum dibenarkan berkahwin (al-Muhalla & Majmu’ al-Fatawa)

Ulama’ yang mengharamkan perempuan yang mengandung anak luar nikah daripada berkahwin berpegang dengan ayat al-Quran,

“Dan perempuan yang mengandung maka tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan anak”(At-Thalaq : 4)

Maka perempuan yang mengandung tidak dibenarkan berkahwin melainkan setelah melahirkan anak.

Bagi Ulama’ yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin pula menyatakan bahawa ayat ini berkenaan dengan perempuan mengandung yang diceraikan suaminya bukannya perempuan yang mengandung disebabkan zina. Disebabkan itu Allah menyebutkan di dalam ayat 6 Surah yang sama

“……Berikanlah mereka rumah kediaman sebagaimana yang kamu diami mengikut kemampuan kamu”

Terdapat khabar dari Umar yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin.

Daripada Abu Yazid “sesungguhnya Siba’ bin Harith dengan anak perempuan Mauhib Binti Rabah sedangkan dia mempunyai anak perempuan dengan suami yang terdahulu.Begitu juga Siba’ mempunyai anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu.Maka kedua-dua anak mereka berzina sehangga mengandung. Mereka dibawa kepada Umar Al-Khattab untuk diputuskan hukuman, maka Omar menjalankan hukuman hudud dan mengarahkan mereka untuk berkahwin tetapi lelaki itu enggan berkahwin. (Al-Muhalla).

Bagi mereka yang berkahwin dengan perempuan mengandungkan anak luar nikah, sedangkan dia bukan merupakan bapa kepada anak yang dikandungkan perempuan itu, tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan itu melainkan setelah perempuan itu melahirkan anak.

Sebaliknya jika perempuan itu tidak mengandung , dibenarkan untuk berkahwin dengannya dan bersetubuh dengannya setelah kedatangan haid sekali (setelah dipastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung). Ini merupakan sebagaimana disebutkan di dalam hadith

Daripada Ruwaifi’ Bin Tsabit , Rasulullah bersabda “Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya di kebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain), bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan (kepada sesama tentera)” (Riwayat Abu daud , Ahmad , al-Baihaqi , Ibn A’tsir [Jami' al-usul]).

Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa tujuan utama mewajibkan perempuan yang bercerai menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin dengan orang lain adalah untuk memastikan rahimnya suci dari mengandungkan anak orang lain kerana beberapa alasan.

1) Tempoh sekali haid (istibra’) sudah memadai untuk memastikan bahawa perempuan itu telah cusi dari mengandungkan anak orang lain.

2) Tempoh iddah berbeza-beza bagi perempuan yang diceraikan (3 quru’) dan kematian suaminya (4 bulan 10 hari) menunjukkan bahawa iddah dijalankan kerana mengikut perintah Allah bukannya kerana tujan utama lain.

3) Ibn Abbas , Uthman dan Ibn Umar berpandangan bahawa setelah khulu’ (perempuan membayar sejumlah pampasan dan meminta supaya suaminya menceraikannya) perempuan itu hanya perlu menunggu tempoh istibra’ sahaja sebelum berkahwin dengan orang lain (majmu’ al-fatawa)(Hadith Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Maka iddah ini hannya diwajibkan untuk perempuan yang bercerai setelah berkahwin sahaja. Bukannya untuk perempuan yang berzina dan tawanan perang. Tags:





Share



▼ Reply to This

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.


Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.

Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.

Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

Lega apabila pasangan memujuknya.

Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.

Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.

Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.

Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.

Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Penemuan manuskrip yang berusia 2200 tahun

‘The Dead Sea Scrools: Menggoncang atau Mendukung Kekristenan?’ Penemuan ini sangat menghebohkan, mengingat penemuan manuskrip yang berusia 2200 tahun bisa jadi mempertanyakan sejarahkan kekristenan selama ini?


Sekilas Sejarah Penemuaan

Pada tahun 1947, Muhammad el-Dib, seorang gembala Beduin dari suku Ta’famire, menemukan naskah-naskah gulungan yang tersimpan di tempayan-tempayan kuno di gua-gua Qumran.

Naskah-naskah itu kemudian dijualnya kepada Kando, seorang pedagang barang-barang antik di Yerusalem, yang akhirnya dimiliki oleh Prof. Eliezer Sukenik, guru besar Hebrew University dan Mar Yeshue Samuil, uskup Gereja Ortodoks Syria di Yerusalem.

Menurut penelitian palegrafi, yang kemudian dibenarkan oleh penelitian radio karbon (C-14), ternyata naskah-naskah itu berasal dari abad II sebelum Masehi.

Dan setelah diperiksa isinya, ternyata Kitab-Kitab Perjanjian Lama, dan beberapa dokumen sekte Eseni. Sekte Eseni berasal dari orang-orang Yahudi di Yerusalem yang mengungsi ke gua-gua Laut mati, karena mereka tidak puas dengan pengangkatan Yonathan sebagai Imam Besar Bait Allah di Yerusalem.

Pendiri sekte ini bergelar Guru Kebenaran, yang mulai masuk ke gua tahun 150 SM dan meninggal tahun 100 SM, lalu digantikan oleh para pengikut setianya, sampai tahun 68 M pemukiman Qumran dihancurkan oleh tentara Romawi.

Dari sebelas gua yang ditemukan di Qumran, ternyata sebagian besar adalah naskah-naskah Alkitab dalam bahasa asli Ibrani, tafsiran-tafsiran dalam bahasa Aramaik dan sebagian kecil dalam bahasa Yunani.

Metode Ilmiah Usia Manuskrip

Metode Paleografi adalah cara yang paling umum dikenal untuk menentukan usia suatu manuskrip atau naskah tulisan tangan, berdasarkan ciri-ciri aksara yang digunakan.

Seperti diketahui, bahwa setiap zaman mempunyai kebiasaan cara menuliskan aksara, bentuk-bentuk aksara tulisan tangan dari jaman kejaman selalu berbeda dan berubah-ubah.

Dua tokoh dalam menerapkan metode ini adalah Prof. Eliezer Sukenik dan Prof. Albright. Menilik bentuk aksaranya, Albrght dan Cross, muridnya, menyimpulkan naskah-naskah Qumran yang paling muda tidak lebih dari tahun 135M dan paling tua berasal dari abad II SM ( antara tahun 225 – 200 SM ).

Kesimpulan ini akhrinya juga dibenarkan dengan temuan surat-surat Bar Kohba di wadi maraba’at, sedangkan Bar Kohba adalah pemimpin Israel yang memberontak kepada Roma tahun 132-135 M.

Metode C-14 ini ditemukan oleh seorang ahli atom, caranya dengan menghitung zat radio arang aktif (C-14) yang ada pada suatu naskah dari kulit, papyrus, kayu dan tembikar.

Dari besaran jumlah C-14 yang terdapat pada bahan yang diteliti, dapatlayh ditentukan usia bahan tersebut. Melalui metode ini, para arkeolog yang bekerja di Qumran, juga berhasil mengukur C-14 pada tembikar sisa dan sisa kain yang ditemukan di Qumran, dimana kain yang paling tua berasal dari sekitar tahun 167 SM.

Selanjutnya manuskrip Nabi Yesaya yang lebarnya 3 cm dan panjangnya 131 cm diperkirakan berasal dari tahun 150 SM.

Bukti Pemeliharaan Firman Ilahi

‘Jadi dengan temuan penting ini kita memiliki manuskrip yang 1000 tahun lebih tua dari Manuskrip Masora (Alkitab Perjanjian Lama terkuno yang kita miliki berasal dari abad IX-X M). Setelah diselidiki dengan teliti antara dua naskah tersebut, tidak ada perbedaan yang cukup berarti’, jeals Bambang Noersena.

Sebelum ditemukan naskah-naskah laut Mati, manuskrip (tulisan tangan) tertua Perjanjian Lama yang kita miliki semua berasal dari akhir abad IX dan awal abad X M. Manuskrip itu dikenal sebagai Manuskrip masoterik, yaitu Manuskrip Geniza dari Cairo, Manuskrip Allepo dari Syria dan Manuskrip Leningrad dari Rusia.

Dengan penemuan The Dead Sea Scrolls, yang berasal dari abad II SM, berarti kini kita mempunyai manuskrip yang 1200 tahun lebih tua atau berusia 2200 tahun dari zaman kita.

Kaum Masoretik memegang pemeliharaan Kitab Suci sejak tahun 500 – 1000 M, yang sebelumnya dipegang kaum Seferim. Kalau kaum Seferim zaman Yesus sampai menghitung jumlah huruf-huruf Kitab Suci, dalam menjaga keaslian firman-firman ilahi kaum Masoretik lebih teliti lagi.

Misalnya, kalau dalam penyalinan Alkitab ia meragu-ragukan ketepatan bacaan ayat tertentu, mereka tidak berani menggantinya. Mereka hanya mencantumkan kode ‘K’ (Ketiv = tertulis) di samping bacaan yang diragukan dan pada bawah halaman Kitab mereka mengusulkan bacaannya yang benar di bawah kode ‘Q’ (Qere = bacaan). Maklumlah, bahasa Ibrani kuno tidak mempunyai huruf hidup.

Contoh seperti itu, misalnya ada dalam Yes 21:8 dan Yer 31:40. Para ahli Taurat meragukan bacaan Hash Sharemot, karena memang kata itu tidak ada artinya dalam bahasa Ibrani, tetapi toh mereka tidak berani mengubahnya begitu saja.

Mereka hanya mengusulkan bacaannya yang benar ghash shademoth (artinya: padang-padang). ‘Perhatikan!’, kata Noorsena, sambil menunjuk salinan fotograph manuskrip Qumran dan menunjuk Yeremia 1:40, ‘We kal hash shademot ead nahal Qidronc’ (dan segenap tanah datar ditepi sungai Kidron).

Dengan penemuan Qumran, bacaan para ahli Taurat itu ternyata tepat. Jadi, teks-teks Qumran sering kali menjelaskan ayat-ayat yang bacaannya kurang jelas dalam teks-teks yang lebih muda.

Kasus semacam ini, dalam manuskrip Yesaya di Qumran, yang tertulis di atas papyrus dengan panjang 171 cm dan lebar 31 cm, hanya terdapat kira-kira 15 kali.

Perbedaan kecil dalam rincian huruf dan cara baca itu, sama sekali tidak mengubah makna firman-firman Tuhan.

Semua penemuan itu membuktikan bahwa sepanjang zaman Allah selalu menjaga firman-firmanNya sehingga bersih dari segala usaha pemalsuan dan perubahan. Meskipun ada perbedaan-perbedaan kecil tetapi itu tidak sama sekali tidak mengubah makna pesan kitab Suci.

Milik orang Kristen Dan Yahudi

Para ahli mengakui bahwa mushaf-mushaf dari Laut Mati ini banyak sekali memperjelas teks-teks masora yang kurang jelas.

Pada jamanNya, Yesus Kristus tidak menyangkal reputasi ahli-ahli Taurat dan imam-imam Farisi karena keseksamaan mereka dalam kegiatan pemeliharaan Kitab-Kitab suci, sehingga mereka disebut ‘telah menduduki kursi Musa’.

Walaupun demikian Yesus mengecam kemunafikkan mereka seraya menuntuk kita agar menurut ajaran mereka, tetapi jangan mengikuti perbuatan mereka. Pengajaran mereka bisa diterima, tetapi perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ajarkan (Mat 23:1-4).

Bagaimanapun juga, bahas Ibrani yang digunakan di Israel modern itu, pada dasarnya sama dengan bahasa Ibrani yang dipakai nabi-nabi jaman dahulu.

Misalnya Musa, Daud atau Salomo muncul kembali ke bumi ini lagi. Kata seorang rekan Yahudi kepada Bambang Noorsena, pasti orang Israel sekarang dapat dengan mudah berkomunikasi dengan mereka.

‘Ini terbukti, ketika rekapan itu saya minta membacakan huruf-huruf Ibrani kuno tanpa tanda baca dari manuskrip (tulisan tangan) Kitab Habakuk yang disimpan di museum itu, dengan lancar dia membacanya, seperti layaknya membaca koran saja,’ katanya.

Luar biasanya, hasil penelitian seksama atas teks-teks Alkitab yang berjarak lebih dari 1000 tahun tersebut, ternyata tidak ada pemalsuan apapun. Kemujizatan penemuan Qumran, tidak hanya milik orang Kristen, tetapi juga umat Yahudi. Sekalipun Yahudi dan Kristen sudah berpisah selama 2000 tahun, tetapi kedua agama tetap memegang teguh kitab suci yang satu dan sama.

Perbedaan tafsir antara kedua agama, tidak membuat umat Yahudi atau umat Kristen saling memalsukan firman-firman Ilahi itu di dalamnya.

praise the lord, memang kitab kita yang terbaik, merupakan Firman Allah yang hidup, ya dan amin, kekal selamanya.

Tidak ada yang dapat menyesatkan

Renungan sepanjang zaman

Jangan tertarik kepada seseorang karena parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.


Jangan pula tertarik kepada kekayaannya,karena kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, karena hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu menemukan orang seperti itu.

Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu memimpikan orang seperti itu.

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat tempat kamu ingin pergi, jadilah seperti yang kamu inginkan,karena kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu mendapatkan kebahagiaan yang cukup untuk membuatmu baik hati, cobaan yang cukup untuk membuatmu kuat, kesedihan yang cukup untuk membuatmu manusiawi, pengharapan yang cukup untuk membuatmu bahagia dan uang yang cukup untuk membeli hadiah-hadiah.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi acapkali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita milik sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Pandanglah segala sesuatu dari kacamata orang lain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hati orang itu pula.

Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat menyulut perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkahi.

Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cinta menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas karunia itu.

Hanya diperlukan waktu semenit untuk menaksir seseorang, sejam untuk menyukai seseorang dan sehari untuk mencintai seseorang tetapi diperlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang.

Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.

Cinta adalah jika kamu kehilangan rasa, gairah, romantika dan masih tetap peduli padanya.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.

Cinta dimulai dengan sebuah senyuman, bertumbuh dengan sebuah ciuman dan berakhir dengan tetesan air mata.

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi yang lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan tidak pernah memiliki keberanian untuk mengutarakan cintamu kepadanya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung kepada masa lalu yang dilupakan, kamu tidak dapat hidup terus dengan baik jika kamu tidak melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Jangan pernah mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencoba, jangan pernah menyerah jika kamu masih merasa sanggup jangan pernah mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu! Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuhdihatimu.

Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang disekelilingmu tersenyum , jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang disekelilingmu menangis.

Karakter Tidak Dibuat Dalam Krisis, Hanya Ditunjukkan

Beberapa tahun yang lalu dalam sebuah penerbangan dari Orlando, si pilot menyadari bahwa ada sesuatu yang tidak beres pada saat pesawat lepas landas.

la cepat-cepat kembali ke bandara Orlando dan memperingatkan para penumpang untuk bersiap-siap menghadapi pendaratan darurat karena sistem hidrolik gagal.

Para penumpang terpaku dan terlihat ketakutan. Banyak yang mulai menangis, dan beberapa orang bahkan meratap-ratap atau berteriak-teriak. Hampir semuanya gelisah dengan satu atau lain cara, namun seorang wanita terus berhicara dengan suara yang tenang dan biasa saja. la menatap wajah putrinya yang berusia empat tahun, yang mendengarkan dia dengan sungguh-sungguh.

Wanita itu berkata, "Ibu sangat menyayangimu. Kamu tahu Ibu menyayangimu lebih dari segalanya?"

"Ya, Ibu?"

Si ibu melanjutkan, "Dan ingat, tak peduli apa pun yang terjadi, Ibu selalu menyayangimu. Dan kamu adalah anak yang baik. Kadang-kadang terjadi hal-hal yang bukan kesalahanmu. Kamu tetap seorang anak yang baik dan kasih Ibu akan selalu menyertaimu.

Lalu si ibu menutupi tubuh putrinya dengan tubuhnya, mengikatkan sabuk pengaman di atas mereka berdua, dan bersiap kalau-kalau pesawat mereka jatuh. Kasih dan karakter si ibu memberi putrinya keberanian. Sungguh suatu mukjizat, sistem pendaratan dapat berfungsi. Pesawat itu mendarat dengan selamat.

Karakter dibangun selapis demi selapis, tidak dalam satu tindakan besar.

"Memiliki apa yang dibutuhkan " untuk hari esok merupakan hasil langsung dari "melakukan apa yang benar" hari ini.

Wednesday, September 23, 2009

Motivasi Bisnes - Hasil Atau Proses?

Motivasi Bisnes - Hasil Atau Proses?


Sebut pasal bisnes, orang terbayang kereta besar, rumah besar, pakai smart, muka konpiden, income berpuluh ribu. Orang kita menjadikan imej gitu sebagai pengukur kejayaan seseorang, terutama dalam bidang perniagaan.

Jika perniagaan seseorang cuma dalam skala kecil, dia diangap terdesak atau berniaga semata-mata sebab tak ada pilihan lain atau sebab tak dapat kerja kerajaan. Inilah mindset masyarakat kita, terutama Melayu beragama Islam.

Mindset sebegitu perlu diubah.Kina kena bina mindset baru kemudian kekalkannya.

Biarlah kita berniaga sebab kita memang seronok berniaga, suka menjual dan kita merasa nikmatnya menjual, bukan sebab mengejar untung semata-mata. Ramai usahawan Melayu hari ini sungguh tamak - menumpukan pada HASIL sahaja, tak menumpu pada PROSES.

Kejayaan tetap ada, jika Anda rajin berusaha. Tetapi, kejayaan tak akan ada jika Anda hanya menumpu perhatian kepada kejayaan semata-mata tapi tak pernah menumpu kepada proses mencapai kejayaan.Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang boleh dilakukan, sebaliknya hanya menumpu pada hasil sahaja.

Ibarat membina sebuah bangunan dan Anda arkiteknya. Anda cuma nampak sebuah bangunan tersergam indah dalam kepala Anda lalu Anda melukis design bangunan tu di atas kertas. Di peringkat tu, Anda masih belum berjaya sebab bangunan idaman Anda masih belum dibina.

Jika Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang dilakukan, Anda hanya syok sendiri, cuma seronok membayangkan bentuk bangunan yang akan dibina. Anda tak pernah berusaha mencari pemaju, mencari pekerja, mengumpul bahan-bahan, mengumpul jentera dan peralatan lalu mula bekerja.

Cemana nak berjaya?

Cemana nak mencapai kejayaan?

Anda hanya akan berjaya bila bangunan idaman Anda berjaya dibina, disiapkan sepenuh sebijik macam yang Anda mahu. itu baru berjaya namanya.

Mulai hari ni, usah terlalu tamak walaupun Anda boleh bersikap tamak. Kawal sikap tamak tu.

Fokus pada proses.

Motivasi Diri - 4 Langkah Bagaimana Mengekalkan Kesan Perubahan Positif Dalam Diri

Motivasi Diri - 4 Langkah Bagaimana Mengekalkan Kesan Perubahan Positif Dalam Diri


4 langkah bagaimana untuk mengekalkan perubahan positif dalam diri:

1. Tekad untuk bersikap positif, berfikiran positif sepanjang masa. Elak segala yang negatif walaupun sedikit ( cakapan negatif, fikiran negatif, sikap negatif, tindakan negatif). Unsur negatif yang sedikit akan menghilangkan sikap positif serta merta.

Sikap positif akan membuat Anda dapat mengekalkan perubahan dalam diri lantas menyerapnya menjadi sebahagian daripada tabiat biasa.

Sikap negatif, walaupun sedikit, akan melunturkan perubahan yang dibina. Selagi sikap negatif tidak dikurangkan, selagi itu kita akan mengalami kesukaran untuk mengekalan kesan perubahan.

2. Disiplin. Jaga disiplin, latih diri berdisiplin dalam mengekalkan perubahan yang dicipta. Sesudah berubah, jika perubahan, kekalkannya dengan disiplin. Disiplin yang terjaga akan membentuk peribadi tersendiri.

3. Ransang diri dengan cakapan-cakapan positif di dalam hati. Ingat kisah-kisah kejayaan orang lain yang pernah Anda baca.

Bayangkan bagaimana kecekalan mereka. Jika mereka boleh membentuk kecekalan hati, bermakna Anda juga boleh. Jika orang lain boleh buat, Anda juga boleh. Fikirkan boleh!

4. Gambarkan imej diri yang diinginkan. Jika Anda tekad nak merubah diri menjadi rajin, gambarkan diri Anda sebagai orang rajin di dalam imaginasi minda. Bayangkan sekerap mungkin imej tu difikiran, seolah-olah ia adalah gambar pegun yang terpampang di depan mata Anda.

Jika Anda nak merubah diri menjadi orang yang kaya dengan idea, bijak berkomunikasi, bayangkan diri Anda menjadi orang sedemikian. Lama kelamaan bila Anda selalu melakukan teknik ini, Anda akan terbiasa dengan sikap tersebut, menjadikannya perubahan yang dicipta kekal dalam diri.

Sebab, minda separa sedar akan menangkap bayangkan minda yang ada difikiran Anda lantas mengatur sistem saraf, otot dan bahan kimia dalam badan supaya menjadi seperi yang Anda bayangkan.

Apa yang kita fikirkan tentang diri kita, itulah yang akan jadi tanpa kita sendiri sedari.

Simulasi Minda Ke Arah Kejayaan

Simulasi bermaksud ransangan. Simulasi adalah realiti bayangan kepada situasi sebenar.


Contohnya, pelatih juruterbang berlatih mengendalikan kapal terbang melalui simulasi sebelum berkeyakinan mengawal kapal terbang sebenar.

Simulasi di cipta untuk melatih minda, otot dan sistem saraf supaya jadi terbiasa kepada sesuatu. Untuk menjadikan minda, otot dan sistem saraf terbiasa dengan amat cepat, simulasi diulang-ulang. Maka, stimulasi diperlukan sebagai cara untuk meransang minda dan meningkatkan motivasi dalam sesi simulasi.

Dalam usaha kita mengejar kejayaan, simulasi kejayaan amat perlu. Kita perlu ransang minda kita dengan perkara-perkara berkaitan kejayaan supaya minda kita terbiasa dengan kejayaan lalu membuat kita sentiasa bersemangat mahu mencapai kejayaan.

Bayangkan kejayaan cemana yang kita nak capai, bayangkan seperti simulasi, seolah-olah kejayaan yang kita inginkan tu benar-benar berlaku.

Baca banyak maklumat tentang kejayaan orang-orang ternama sebelum ni, mengkaji saikologi kejayaan, membaca artikel-artikel motivasi kejayaan dan berkawan dengan orang yang sukakan kejayaan. Ransang diri sebanyak mungkin, sekerap mungkin dengan kejayaan dan hal-hal berkaitan dengan kejayaan supaya dapat mensimulasi minda dengan kejayaan, membuat kita sentiasa berfikir soal kejayaan, lantas membuat kita hampir dengan kejayaan.

Apa yang kita banyak fikirkan selalu, itulah yang kita akan jadi.

Zero To Hero

Zero To Hero


Pekebendanya zero to hero ni?

Pada saya, pengertiannya, dulu kita orang biasa, perangai kita biasa-biasa, disiplin dan motivasi kita biasa-biasa saja. Dari tak ada menjadi ada. Dari orang biasa menjadi orang dikenali ramai.

Tiba-tiba, kita terfikir untuk mencapai sesuatu. Kita nak menjadi seperti seseorang, seperti idola kita nak mahu berjaya sepertinya. Ruang masa ketika kia terfikir semua ini, itulah yang dipanggil “zero”.

Kita bukan siapa-siapa, kita cuma orang biasa. Ilmu kita agak kosong, kemahiran dan pengalaman kita, penaakulan kita, agak kosong juga.

Dipacu oleh kemahuan, keinginan membara nak berjaya, kita belajar segala-galanya, merubah diri, membina peribadi baru supaya kita menjadi seperti “hero”. Kita jadi pendahulu, buah fikiran kita lain daripada yang lain, usaha kita lain daripada yang diusahakan oleh orang lain di sekeliling kita. Kesannya, kejayaan kita nampak lebih menyerlah.

Anda ada potensi untuk menjadi seseorang yang “from zero to hero”. Mulakannya sekarang. Kenal pasti apa yang Anda mahu capai, orang cemana yang Anda mahu jadi, tetapkan ruang masa bila Anda mahu mencapainya.

Seorang hero bukan sekadar penyelamat. Dia berani melakukan sesuatu yang belum pernah dilakukan, mencapai sesuatu tahap yang belum pernah dicapai oleh sesiapapun sebelum ini.

Anda boleh menjadi hero dalam pelajaran, dalam kerjaya atau dalam perniagaan. Jangan asyik bandingkan diri dengan orang lain, tapi jadikanlah orang lain sebagai idola Anda supaya Anda dorongan untuk semakin maju, khususnya orang yang berjaya pada mata Anda.

Kagumi mereka, contohi kekuatan mereka.

Satu hari nanti, pencapaian Anda akan melebihi pencapaian mereka tanpa Anda sedari. Syaratnya, jangan pandang rendah sesiapa.

Komunikasi Magnetik - Jadi Diri Sendiri Membuat Penampilan Anda Lebih Menarik

Kita seringkali merasa tidak puas hati sebab kesuntukan masa. Mungkin, itu petanda kita terlalu banyak perkara yang nak dihandle dalam satu masa yang sama.


Pengurusan diri, pengurusan masa kerja dan pengurusan keluarga membuat saya tak terasa masa cepat berlalu sebab rutin harian sama saja - kerja dan saya sangat kerap diganggu pada masa kerja. Selalunya time kerja saya, saya membantu membuat kerja-kerja rumah kekadang membantu jiran yang datang minta tolong ke ‘pejabat’ saya.

Bekerja di rumah amat mencabar. Anda turut berdepan dengan musuh menggerunkan dalam masa yang sama musuh paling menggoda - malas.

Di musim perayaan macam sekarang ni (saat artikel ni dihasilkan) kita akan bergaul dengan ramai orang. Kita gi rumah orang, orang gi rumah kita, kita bersembang dengan berbagai ragam orang.

Biasanya, kita akan banyak berjumpa dengan orang yang bertanya hal kerja diri kita, pencapaian kita, harta-harta kita (misalnya kereta, laptop, henpon, motorsikal) atau kerjaya kita sekarang ini.

Ada yang bertanya sekadar ingin tahu, sekadar buka cerita. Ada yang bertanya semata-mata untuk merendah-rendahkan Anda.

Jika Anda tak ada kerja, jawap saja tak ada kerja. Jika Anda tak ada apa-apa harta hanya sekadar memiliki sebuah laptop, jawap saja laptop itulah satu-satunya harta berharga Anda.

Usah berlakon atau berlagak besar. Tak perlu buat-buat cerita yang tak ada semata-mata nak cover malu.

Usah riak. Usah temberang. Usah menipu.

Sebab? Kelak sikap sedemikian akan memakan diri kita sendiri.

Berlaku jujur saja.

Perlihatkan siapa Anda, pencapaian Anda, harta-harta Anda yang ada. Malu memang le malu, tapi itu lebih baik dari menipu-nipu.

Orang akan lebih respek camtu.

Jadi diri sendiri membuat penampilan Anda lebih menarik. Komunikasi Anda memikat, tutur kata Anda memukau, semuanya bermula dari satu faktor - kejujuran!

Tak perlu berlakon Anda banyak duit, dihormati, berkemahiran tinggi, tak perlu beritahu ramai orang yang kononnya Anda ni dikenali ramai. Tak perlu mengkondem orang lain untuk menampakkan Anda lebih bijak. Tak perlu mentertawakan kekurangan orang semata-mata untuk dibuat bahan lawak.

Lama-kelamaan Anda akan terperangkap oleh sikap sendiri. Bila sudah terperangkap, Anda akan merasa malu yang amat sangat. Masalah lain, mungkin orang akan tak suka bergaul dengan Anda.

Penyelesaiannya, gunakan pendekatan ringkas bila bergaul dengan ramai orang.

Pamerkan kesimpelan, kesederhanaan, seadanya Anda.

Less is more!

Orang akan suka bergaul dengan kita, jika kita menampilkan diri kita seadanya, tak perlu berlebih-lebih selebih yang mungkin untuk meraih hormat, tak perlu berkurang-kurang sekurang-kurang yang mungkin untuk meraih simpati.

Jadi diri sendiri. Biar kita bersikap rendah diri, bukan bersikap merendah-rendahkan diri.

Just be yourself!

Motivasi Kejayaan - Terima Kesilapan Sebagai Cara Hidup Ini Membentuk Kita Menjadi Orang Berjaya

Motivasi Kejayaan - Terima Kesilapan Sebagai Cara Hidup Ini Membentuk Kita Menjadi Orang Berjaya


Terima kasih pada Anda kerana rajin berziarah ke blog iMotivasi.com, motivasi dalam satu blog.

Tiada hadiah yang paling menggembirakan saya selain hadiah berupa kunjungan Anda ke sini. Terima kasih, thank you!

Jika Anda mengenali saya sejak dua tahun lepas, Anda akan perasan stail saya menghasilkan artikel motivasi diri, motivasi kejayaan dan artikel motivasi dalam topik lain asyik berubah-ubah. Ada stail lawak-lawak, ada stail emosional, ada stail tegas, ada stail tertekan.

Itu tandanya saya manusia normal yang beremosi. Manusia normal seperti kita, kerap membuat kesilapan.

Paling memeritkan, kesilapan tu kekadang mengakibatkan luka yang pedih, susah nak diubati, terlalu dalam hingga membuat kita tertekan pastu hilang semangat.

Kemudian, kita tak tahu cemana nak bangkit balik, bersemangat balik. Mungkin Anda juga pernah melalui situasi serupa, mungkin banyak kali sampai terasa nak ‘give up’.

Saya dan Anda sama. walaupun kita diluar kita berlainan - berlainan bangsa, berlainan umur, berlainan sikap, berlainan kerjaya, berlainan jantina, di dalam kita tetap sama.

Sama yang cemana? Sama di hati kita.

Hati kita banyak terfokus kepada usaha membina kebahagiaan, kecemerlangan, kejayaan. Saya percaya Anda tekad mahu berjaya.

Saya juga mahu berjaya seperti Anda. Tekad kita serupa!

Semuanya bermula dari keinginan membara. Anda mahu memperbaiki diri Anda sebagus yang mungkin, lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga saya.

Kita berdua bermatlamat mahu mencapai kebagusan supaya kita beroleh hasil berupa kejayaan dalam usaha kita. Menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk Anda adalah usaha untuk saya memperbaiki diri saya.

Kejayaan Anda, kebahagiaan Anda, kegembiraan Anda adalah kegembiraan saya. Saya bahagia melihat Anda bahagia, saya cukup gembira melihat Anda berjaya.

Takdir hidup saya di ‘tune’ untuk berjalan bersama-sama Anda. Entah kenapa, saya merasakan arah hidup saya ditentukan untuk berjumpa dengan Anda.

Paling ganjil, saya melakukannya di internet dan saya merasakan internet adalah medium paling serasi dengan saya. Anda mengenali saya dinternet, saya kenal dengan Anda di internet.

Mengapa tidak Anda kenali saya di dalam buku motivasi, novel, cerpen atau majalah motivasi? Heran kan..

Bak kata pepatah inggeris, “there must be a reason why”.

Sehingga ke hari ini, saya masih mengkaji apa faktor yang membuat seseorang sanggup berubah dan perkara apa mendorong dia sanggup mendepani apa jua yang akan berlaku dalam proses perubahan dirinya.

Mungkin kerana dia mahu memperbaiki masa lalu. Jawapan lain, mungkin kerana dia mahu membentuk masa depan yang lebih bahagia, paling bahagia supaya dia boleh menikmatinya dengan penuh kesenangan dan ketenangan jiwa.

Jawapan yang lagi lain, mungkin dia mahu banyak duit supaya dia boleh hidup senang dalam jangka waktu yang panjang. Mungkin saja, mungkin.

Anda mesti ada tujuan utama nak berjaya. Mungkin, Anda nak berjaya semata-mata untuk keluarga. Mungkin juga Anda mahu berjaya semata-mata untuk si dia yang Anda cinta.

Mungkin, Anda mahu berjaya semata-mata mahu mengumpul “saham” untuk memperoleh untungnya di akhirat sana.

Kejayaan duniawi yang terbaik adalah kejayaan yang lahir dari hati, disemarakkan oleh cinta, disuburi rasa kesyukuran yang amat mendalam atas pemberian Tuhan.

Dari apa yang saya baca dari kisah 0rang-orang berjaya, kesemua mereka ada karekter seperti yang saya sebutkan tadi - kejayaan mereka lahir dari hati, disemarakkan oleh cinta, disuburi rasa kesyukuran yang amat mendalam.

Mulai hari ini, kita sama-sama berubah. Ubah diri, bina peribadi. Peribadi paling banyak saya kaji untuk dijadikan contoh diri kita adalah peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam proses membina peribadi, kita akan banyak buat silap. Kita bukan nabi, kita bukan malaikat sebab tu kita banyak buat silap. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.

Misalnya, kekadang kita janjikan sesuatu tapi kita tak mengotakan janji kita tu. Entah dari mana silapnya. Entah apa yang mendorong kita hingga kita sampai hati tak menunaikan janji, walaupun pada kawan kita sendiri.

Kekadang kita terlepas cakap, termaki atau terucap kata-kata yang menghiris hati sahabat kita tanpa kita sendiri sedari.

Pada kita, itu perkara biasa.

Pada tanggapan kita, kawan kita tu boleh menerimanya. Tetapi, nyata kita silap apabila si kawan mula tak suka kita, mula menjauh dari kita. Jadikan itu satu proses untuk Anda memperbaiki diri dengan mengkaji sikap.

Anda, jangan pernah takut buat silap. Beranikan diri buat silap dan beranikan diri menghadapi kesilapan, sanggup menerima apa yang berlaku selepas tersilap.

Dari kesilapan, kita belajar sesuatu yang mungkin tak akan diajar pada orang lain. Hanya kita. Kita ada kelebihan di situ.

Terima hakikat hidup ini punya cara tersendiri untuk mendidik kita, memandu kita kepada tujuan utama perjalanan hayat kita. Kesilapan kekadang berpunca dari perbuatan kita.

Kat situlah pentingnya kita memaafkan diri sendiri, terima kesilapan kemudian usaha terus untuk mencapai matlamat kita.

Hidup menjadi lebih bermakna bila kita terima kesilapan sebagai cara membentuk kita menjadi orang berjaya.

Sememangnya, kita ada kapasiti untuk menjadi orang berjaya.

Maka, pilihlah untuk menjadi orang berjaya. Ambil keputusan mahu menjadi orang berjaya!.

Berbual-bual - Kesan Tak Nampak Pada Motivasi Diri

Berbual-bual - Kesan Tak Nampak Pada Motivasi Diri


Kerap berbual-bual akan mendorong kita untuk jadi ‘over confident’. Disebabkan itu, kita akan cenderung mengajar sesuatu pada orang lain tapi buntu bila mendepani hidup sendiri. Kekadang kita merendah-rendahkan potensi orang lain tanpa kita sedari, sebab kita rasa dia tak setahap dengan diri kita.

Sikap yakin diri satu sikap positif yang akan mendorong kita ke arah kejayaan. Sikap terlalu yakin diri mendorong kita ke arah kehancuran sebab sikap itu menjadikan kita sombong dan bongkak.

Kita berjalan dengan rasa takbur. Kita jadi orang tidak bersyukur dan hati kita dipenuhi kebencian juga kedengkian yang pekat, menghasilkan titik-titik hitam nan gelap di dinding hati kita.

Berbual-bual di internet mendorong kita untuk lebih banyak berbohong dan menipu-nipu sebab orang yang kita ajak berbual tu tak ada di depan mata. Dia cuma boleh melihat realiti kata-kata kita melalui kamera web dan gambar saja.

Suasana ini membuat kita nak mencari orang jujur di internet ibarat mencari sehelai rambut putih dalam sebaldi tepung. Jarang kita jumpa orang di internet berkata seadanya, memperkenalkan diri seadanya, bercerita latar belakarang seadanya. Ada memang ada, tapi cuma dalam jumlah sedikit. Di internet, ramai orang nak dipandang hebat.

Minda kita menjadi aktif apabila kita rajin berbual-bual. Biarlah kita habis air liur berbual-bual dari pagi sampai ke malam. Biarlah secawan kopi tak cukup sebagai modal untuk kita mengeluarkan kata-kata kita sebab berbual-bual mengaktifkan minda kita.

Berbual-bual menjadikan motivasi diri kita meninggi. Lantas, kata-kata nampak berapi, kita jadi bertenaga. Malas tidak ada tempat di minda kita.

Tapi, biarlah kita bualkan sesuatu yang dapat memberi manfaat pada orang lain. Biarlah kita berbahas, berbincang sesutu perkara untuk membantu orang lain bukan berbincang untuk mengkondem kehidupan orang lain.

Elak untuk berbual-bual semata-mata untuk mengkritik kepimpinan negara, menyatakan rasa tidak puas hati pada kenaikan harga minyak, tak perlu bertekak soal isu yang kita tak boleh kawal.
Pendek kata, elak untuk menjadi pengkritik tidak berasas. Elak untuk mengkritik kehidupan orang lain untuk menunjukkan hidup kita lebih bagus.

Mulai hari ini, kita kena bijak mengawal diri tatkala berbual-bual. kawal diri dari berbohong, bersikap riak atau nak menunjuk-nunjuk. Sikap-sikap tu semua sikap negatif.

Lagi satu, bila kita sudah pernah melakukannya sekali, kita akan jadi terbiasa untuk melakukannya berkali-kali sehingga sikap negatif itu menjadi sebahagian daripada diri kita.

Berbual-bual - Kebaikan Dan Keburukannya Terhadap Minda Kita

Berbual-bual - Kebaikan Dan Keburukannya Terhadap Minda Kita


Berbual dengan kerap dapat mengaktifkan minda. Orang yang kerap berbual-bual dan pandai memulakan perbualan, mindanya sentiasa kaya dengan idea.

Kemudian, bila berdepan masalah, dia cepat menganalisa masalah tersebut kemudian menyelesaikannya dengan idea-idea yang lahir dari fikirannya. Kekadang, masalah yang timbul dalam hidupnya seolah-olah datang dan berlalu pergi begitu saja.

Mindanya yang aktif membolehkan dia bertenaga, mempunyai daya fokus yang tajam tatkala melakukan sesuatu, menyiapkan sesuatu, menghasilkan sesuatu.

Berbual-bual dengan kerap membuat Anda dapat membayangkan dulu sesuatu topik sebelum membualkannya, lantas dapat melatih imaginasi Anda untuk menjadi semakin kuat. Ketika sedang berbual, pendapat Anda cenderung menjadi lebih logik, pemikiran Anda meragkumi hal yang kurang difikir orang lain.

Berbual-bual mempunyai keburukan tersendiri. Antaranya:

1. Anda terdorong untuk berbohong. Anda mengada-adakan cerita sebagai penyedap perisa cerita Anda. Sekali berbohong, Anda akan terdorong untuk selalu berbohong. Sebagai penyelesaian, bercerita saja seadanya.

2. Anda terdorong untuk bersikap riak dan menunjuk-nunjuk. Sebagai penyelesaiannya, latih diri Anda untuk bersederhana, be humble, down to earth.

3. Rancak bercerita membuat Anda bercakap lebih banyak aspek-aspek negatif, kesannya fikiran Anda terbiasa kepada perkar-perkara negatif. Terlalu jarang orang kita berbicara secara positif dari sudut pandangan positif.

4. Anda cenderung untuk mengumpat dan mengata keburukan orang lain, kekurangan-kekurangannya dan kelemahannya. Sikap ini menjadikan Anda suka merendah-rendahkan orang lain, di mana ia merupakan sikap negatif.

Berbual-bual adalah satu seni, dalam masa yang sama berbual-bual adalah kemahiran yang perlu ada pada semua orang apatah lagi jika dia mahu berjaya.

Kita perlu kawal semua perkataan yang keluar dari mulut kita, di fikiran kita, di hati kita. Biar positif sentiasa supaya kita ditemukan dengan situasi-situasi positif dan dijumpakan dengan orang-orang positif yang banyak membantu kita memburu kejayaan.

Mengambil hati orang

7 Langkah Bagaimana Untuk Mengambil Hati Orang Lain Ketika Berbual-bual


Kita berbual dengan ramai orang setiap hari. Bila sampai musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, kita mungkin berbual dengan ratusan orang dalam sehari. Anda mungkin mahu nampak menonjol dan memikat pada waktu itu.

Kita kena bijak mengambil hati orang supaya mereka senang berada berhampiran dengan kita, menjadikan penampilan kita berbeza lalu nampak menonjol di mata mereka.

7 langkah bagaimana untuk mengambil hati orang lain ketika berbual-bual adalah:

1. Paling utama, kurangkan sekurang mungkin bercerita tentang diri kita. Elak untuk menceritakan apa saja hal berkaitan diri kita kerana boleh membawa kepada sikap riak, lagipun sukar kita nak mengambil hati orang lain bila kita asyik bercerita tentang diri kita.

Sebaliknya, tanya lebih banyak tentang diri orang lain, kehidupan mereka, kerjaya mereka.

Buka cerita dari satu hal ke hal yang lain berkaitan mereka, misalnya kisah cinta mereka, kisah pencapaian-pencapaian mereka, bagaimana mereka bekerja keras membina kesenangan hidup dan sejarah keluarga mereka.

2. Memuji seseorang dalam berbual-bual dah lama diketahui sebagai cara untuk kita mengambil hati dan menarik perhatian orang lain. Tapi, jangan terlalu memuji hingga ia bertukar menjadi seperti satu sindiran. Puji dia seadanya.

Puji dua atau tiga kali saja, jangan lebih daripada itu. Jika lebih, kita akan dilihat sebagai orang yang suka mempermainkan perasaan orang, mengejek-ejek dirinya dan pencapaiannya.

3. Pamerkan air muka bertenaga, santai dan manis. Banyakkan tersenyum dalam emosi ketenangan, jangan memandang mukanya dengan dahi berkerut seolah-olah kita sangsi dengan kata-katanya.

Elak berbual-bual dengan orang lain dengan air muka tegang, seolah-olah kita tertekan padahal kita tak le tertekan mana.

Niatkan yang kita mahu OK dengan orang tu.

4. Nikmati perbualan. Jangan bangkitkan topik perbualan pedas dan sensitif terutama topik berkaitan politik, bangsa, agama. Bincakan topik santai dan positif seperti cuaca, sukan, filem-filem terbaru, tokoh-tokoh dikagumi.

Kita datang dari latar belakang pendidikan berbeza dan melalui pengalaman berbeza. Jadikan sesi berbual-bual sebagai ruang untuk kita belajar sesuatu dari orang lain sebagai kegunaan untuk memperbaiki diri kita. Kita boleh belajar dari pengalaman orang lain.

Mungkin kita tak tahu. Ramai orang suka ditanya tentang pengalaman dilaluinya, sebab membuat dia bersemangat untuk bercerita.

5. Jujur pada dirinya, jujur pada diri Anda sendiri. Usah ego, usah takut dikritik, takut dikalahkan.

Jika Anda dibawa bercerita tentang perihal diri Anda, ceritakan seadanya. Jangan ada niat untuk menunjuk sebab ia menyebabkan orang lain kurang senang dengan kehadiran Anda.

6. Gunakan postur selesa. Jika berbual-bual secara duduk, elakkan terlalu membongkok ke depan. Cara paling baik, duduk berbual sambil menyandarkan bahu. Postur jenis ini membuat pernafasan lancar, membuat Anda menikmati perbualan dengan penuh keseronokan.

Elak menyilangkan kaki atau mengakat kaki di depan muka orang lain ketika sedang duduk di depannya.

7. Mulakan dengan Bismillah di dalam hati. Ketika mahu berbual-bual, baca Bismillah, niatkan berbual-bual sebagai untuk Anda merapatkan talian silaturrahim.

Hati yang disinari cahaya, kesannya akan terpamer di wajah Anda dan di tutur kata Anda. Sesiapa saja akan merasa ‘lain’ tiap kali berbual-bual dengan Anda.


Oleh: HAFIZ JAMAIL


MENGIKUT hukum Islam, mereka yang menjual kerakyatan dan tanah airnya harus dihukum pancung atau digantung sampai mati atau disula, sesuai atau mengikut undang-undang di sebuah Negara atau negeri yang mengamalkan ajaran Islam.

Mujur Malaysia dan Sabah hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi di dalam Perlembagaan dan bukannya mengamalkan hukum hudud atau hukum Al-Quran. Jika tidak beliau dan seluruh ‘pengkhianat’ di Sabah sudah lama mati kerana mengkhianat kepada negeri Sabah dan Malaysia amnya.

Demikianlah pandangan mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar M.P Ebrahim ketika membicarakan soal ‘pengkianat’ yang ditujukan khusus Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya kini insaf kerana telah dipergunakan oleh pemimpin Sabah seperti Datuk Harris Salleh dan pemimpin Malaysia seperti Allahyarham Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub untuk menderhaka kepada rakyat Sabah semata-mata terpengaruh dengan dakyah palsu kononnya mahu meramaikan umat Islam di Sabah sehingga terlibat merekrut pendatang asing tanpa izin yang beragama Islam sebagai Warganegara Malaysia. Saya tidak sedar telah diperbodohkan untuk memenuhi cita-cita politik pemimpin Berjaya dan UMNO yang mahu merampas Sabah melalui kerakyatan songsang ini,” ujar OKK Hassnar.

Namun setelah diperdaya dan ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Tahanan Kediaman Terhad, barulah OKK Hassnar sedar bahawa agenda subversif Kerajaan Berjaya yang dilestari dengan niat UMNO untuk masuk ke Sabah dan menumbangkan USNO adalah pengkhianatan paling besar pemimpin Sabah terhadap rakyatnya.

OKK Hassnar menegaskan, tidak cukup dengan pengeluaran dokumen pengenalan diri Malaysia seperti surat lahir daftar lewat dan kad pengenalan melalui jalan songsang, para pemimpin akar umbi di Sabah seperti Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri dengan kerjasama Ketua kampung telah mencontohi modus operandi kad pengenalan projek dengan mengeluarkan Sijil Anak Negeri kepada mereka yang tidak layak menerimanya terutama kaum Tiong Hua sehingga menjadi ancaman besar kepada Kerajaan Berjaya ketika itu.

“Akibatnya pada 1982, kerajaan Parti Berjaya telah mengarahkan pemberhentian pengeluaran Sijil Anak Negeri kerana didapati ramai daripada kalangan Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri yang masih Pro- Usno telah menyalahgunakan kedudukan mereka dengan sewenang-wenangnya tanpa mengikut prosedur mahkamah,” ujar OKK Hassnar yang mempunyai bukti kukuh pengkhianatan pemimpin akar umbi kepada rakyat Sabah.

Tegas OKK Hassnar, Ketua Daerah dan Ketua Anak Negeri ini telah memanipulasi kelemahan pentadbiran Mahkamah Anak Negeri yang pegawainya adalah lantikan politik dan tidak mempunyai pengalaman pentadbiran dan tidak tahu undang-undang (semua enakmen ketika itu dalam bahasa Inggeris) telah mengeluarkan Sijil Anak Negeri kepada mereka yang tidak berkelayakan tetapi mempunyai wang dan kedudukan dalam masyarakat seperti Lembaga Pengarah dan pemilik saham Kwantas Corporation Sdn.Bhd, Fortuna Leong Sdn.Bhd, Nak Hotel dan sebagainya.

“Kesan Sijil Anak Negeri yang terus dikeluarkan pada 1982 sehingga 1984 tetapi tarikhnya di kebelakangkan pada 1981 hanya dirasai sekarang iaitu apabila ‘Mafia’ dari Hong Kong, Filipina, China, Taiwan dan Singapura telah memiliki dua pertiga tanah yang hanya dikhususkan untuk Anak Negeri Sabah iaitu tanah bergeran N.T (Native Title),” keluh OKK Hassnar yang sedih kerana Anak Negeri Sabah telah menjadi pelarian di negeri sendiri kerana tidak mempunyai tanah.

Tambah mendukacitakan OKK Hassnar, Kerajaan Barisan Nasional Sabah hanya membiarkan ‘Isu Pengkhianatan’ ini berlarutan dan dimantapkan melalui jentera kerajaan seperti Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Mahkamah Anak Negeri, Ketua Kampung dan sebagainya yang mengiktiraf ‘Anak Negeri Palsu’ ini terus memiliki dan mewariskan tanah yang mereka tidak layak kepada generasi seterusnya.

“Walaupun kerajaan mempunyai alat seranta dan mengawal media arus perdana, namun isu Anak Negeri kehilangan tanah adat dan tanah NT mereka kepada bukan bumiputera seolah-olah langsung tidak diambil peduli kerana tidak pernah disebarkan kepada rakyat Sabah,” kata OKK Hassnar yang membidas menteri yang menjaga perihal tanah di Sabah kerana tidak berhati perut dan hanya memikirkan kesenangan diri sendiri.

OKK Hassnar mendedahkan, dalam satu kes melibatkan pemberian Sijil Anak Negeri kepada bukan Anak Negeri, beliau mendapati terdapat Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri mengeluarkan sijil tersebut kepada orang gila sejak lahir.

“Saya telah memfailkan permohonan penyemakan kelulusan Sijil Anak Negeri kepada Ngui Tau Chin. Menurut fakta dalam surat lahir Ngui Tau Chin, ayahnya bernama Ngui Ah Kui berbangsa Cina. Ibunya pula bernama Chung Kim Fung juga berbangsa Cina,” kata OKK Hassnar lagi.

Bagaimanapun, rungut OKK Hassnar, permohonan ini telah cuba digagalkan oleh Pegawai Mahkamah Anak Negeri yang bertugas yang sebagai Timbalan Presiden II, Majlis Perbandaran Sandakan iaitu A.B.M Fajeer. Percubaan pertama, sejak beliau mula memfailkan kes, Fajeer mengarahkan kakitangan Mahkamah Anak Negeri Sandakan tidak membenarkan beliau melihat fail, sedangkan kejadian seperti ini tidak pernah berlaku di mana-mana mahkamah.

“Percubaan kedua, apabila saya minta tarikh pendengaran, Fajeer langsung tidak mahu layan. Lebih teruk lagi, ketika menjalankan tugasnya, Fajeer hanya memanggil suami pemegang Sijil Anak Negeri, bernama Lim Jok Tek dan bukannya membicarakan kes tersebut di Mahkamah,” tegas Hassnar yang terpaksa menunggu selama dua tahun sebelum mendapat surat pengesahan setelah beliau membuat memfailkan perintah mandamus.

Jelas OKK Hassnar lagi, Fajeer hanya keluarkan surat daripada Mahkamah Rayuan Anak Negeri yang intisarinya berbunyi bahawa ‘Sijil Anak Negeri yang dikeluarkan kepada penama didapati TIDAK TERATUR’.

OKK Hassnar menegaskan, pada April 2009, Ketua Daerah Sandakan, OKK Awang Damit Abdul Rahim mengeluarkan surat pengesahan bahawa Ngui Tau Chin adalah Anak Negeri yang berkelayakan membeli tanah NT. Surat ketua Daerah Sandakan dipanjangkan kepada Pengarah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Mohd Said Hinayat yang kemudiannya mengeluarkan satu surat lagi yang nada serupa seperti surat Awang Damit.

“Bayangkan apa jenis atau spesis pegawai kerajaan yang ada sekarang ini dalam konteks menjaga kepentingan bumiputera? Kalau sijil yang telah diistiharkan oleh Mahkamah Rayuan Daerah Anak Negeri sebagai tidak teratur boleh disokong oleh orang bawahan bagi membolehkan pemegang sijil membeli tanah NT. SPRM tidurkah? Mereka inilah sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu,” ujar Hassnar lagi yang tidak langsung bersetuju dengan ugutan dan agitasi politik Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap Anwar Ibrahim kerana label ‘Pengkhianat’ seharusnya ditujukan kepada semua Ketua Menteri Sabah.




MODUS Operandi pengeluaran kad pengenalan biru kepada warga asing telah terbongkar berikutan penahanan lebih 15 Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara sekitar 1995, kononnya melalui kaedah Sijil Akuan sebagaimana yang tercatat di belakang Kad Pengenalan biru mereka.


Namun, pendedahan yang dibuat oleh seorang Pegawai JPN yang juga mantan tahanan ISA, Yakub Damsah dan Setiausaha Task Force UMNO Sabah, Jabarkhan Napi @ Yasser Arafat, mereka tidak menggunakan sebarang surat akuan atau apa-apa dokumen ketika ‘diarah’ memproses kad pengenalan berkenaan, sebagaimana yang didedahkan di dalam buku ‘007-Lelaki Malaysia Terakhir’.

Pendedahan Datuk Kong Hong Ming baru-baru ini berhubung ‘Operasi Terbaru’ di Kampung Kalabakan Tengah, Tawau bagaikan mencurah minyak ke dalam api kerana ramai pihak melenting termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, ahli politik UMNO, parti komponen dan sebagainya.

Mereka mendakwa Kong hanya mencari publisiti murahan dan meminta Kong mengemukakan bukti jika dakwaannya benar, bagaikan kes liwat Mohd Shaiful Bukhari yang diminta tunjukkan bukti yang hanya diketahui oleh pelakunya sahaja kerana pemeriksaan doktor tidak menemui sebarang kesan yang boleh disabitkan dengan perbuatan meliwat.

Sehubungan itu, pendedahan terbaru yang dibuat oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Jeffrey Kitingan begitu mengejutkan kerana ‘Warga Asing’ bukan sahaja diberikan Kad Pengenalan melalui ‘Ops Gembleng’ pada 1991-1993, malah diberikan Sijil Lahir daftar lewat seolah-olah mereka dilahirkan di Sabah bagi ‘menutup’ dakwaan pemberian kad pengenalan biru kepada PTI melalui Sijil Akuan yang dipalsukan.

“Apa agenda BN mengeluarkan Sijil Lahir Daftar Lewat kepada warga India dan Pakistan ini? Ianya bukan sahaja pencabulan terhadap kedaulatan Sabah malah membakar Perlembagaan Persekutuan apabila warga asing sewenang-wenangnya diberikan Sijil Lahir Sabah sekalipun mereka lahir di India atau Pakistan?,” tanya Jeffrey yang teramat kesal kerana menerima salinan sah Sijil Lahir setelah disemak silang dengan JPN Sabah.

Salinan berwarna Sijil Lahir tersebut yang diterima melalui pos, kata Jeffrey adalah milik seorang warga Pakistan yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri, Sherdali Mohd Ali, nombor kad pengenalan 540128-12-5011 kerana terlibat dengan Sindiket Kad Pengenalan Projek.

“Sherdali telah dikeluarkan Sijil Kelahiran Daftar Lewat pada 21 Januari 1991 ketika berusia 37 tahun yang menyatakan beliau dilahirkan di Kampung Bengkongan, Kota Marudu sedangkan pada dasarnya beliau lahir di Pakistan,” kata Jeffrey yang mahukan penjelasan JPN berhubung penemuan terbaru beliau.

Tambah Jeffrey, beliau turut mendesak JPN menyiasat siapa Sukor Amponi yang memaklumkan pendaftaran lewat kelahiran Sherdali kerana ketika laporan dibuat Sherdali telah berusia 37 tahun dan bukannya 37 hari dan tidak terdapat sebarang maklumat Sukor pada Sijil Lahir Daftar Lewat berkenaan.

“Data ibunya, Sherifah Abdullah dan bapanya, Mohd Ali Ibrahim langsung tidak dinyatakan dalam Sijil Lahir Daftar Lewat yang bernombor siri 242213 bagi daftar kelahiran KM 518/91 yang dikeluarkan di JPN Kota Marudu,” tegas Jeffry yang mendesak JPN Sabah dirombak sebelum terlambat terutama bahagian Sijil Kelahiran.

Dalam pada itu, Aktivis Masyarakat, Dr Chong Eng Leong yang turut hadir di sidang media tersebut meminta penjelasan Menteri Dalam Negeri bagaimana Sijil Lahir Daftar Lewat boleh dikeluarkan kepada warga asing yang selama ini menjadi rungutan dan kebimbangan kepada rakyat Sabah.

“Kita bimbang jika semua warga asing yang mendapat kad pengenalan melalui pintu belakang turut diberikan Sijil Lahir Daftar Lewat sehingga mereka boleh membeli tanah adat atau NT di Sabah kerana mereka berbangsa ‘Melayu’ atau peranakan ‘Dusun’, sedangkan mereka langsung tidak layak tinggal di Sabah jika menurut Perlembagaan Malaysia,” tegas Dr Chong yang meminta siasatan segera dijalankan.

Dr Chong yang telah membantu seorang warganegara Malaysia, Yong Lee Hua @ Piang Lin yang diberi taraf Penduduk Tetap (PR) atau Kad Pengenalan Merah memfailkan saman pada 4 November 2008 di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menamakan Pengarah JPN Sabah dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama dan kedua.

“Jika rakyat Sabah dilayan seperti makhluk asing kerana dipersulitkan, saya tidak faham kenapa JPN dan KDN begitu prihatin memberikan Sijil Lahir Daftar Lewat dan Mykad kepada warga Asing yang layak dipanggil Pendatang Haram, terutama daripada India dan Pakistan. Apakah kerana mereka mempunyai wang atau ada agenda yang Menteri Dalam Negeri sahaja yang tahu?,” ujar Dr Chong yang kecewa dengan tahap keselamatan dokumen rasmi negara terutama JPN dan Imigresen.

Menurut Dr Chong, Sijil Lahir adalah salah satu daripada Dokumen Rasmi Negara selain daripada kad Pengenalan yang diterima pakai secara meluas di bawah Akta Keterangan 1950 dan kawalan seketatnya harus dilaksanakan agar tidak jatuh kepada warga asing yang ditulenkan sebagai warganegara secara tidak sah.

“Tiba masanya Kerajaan Malaysia memberhentikan pengeluaran Sijil Lahir Daftar Lewat kepada warga yang diragui terutama mereka yang mempunyai kad pengenalan lama yang nombornya dikhaskan untuk pendatang asing yang diberi kad pengenalan biru (mykad) melalui beberapa operasi khas merekrut lebih 700,000 warga asing sebagai pemilih berdaftar sejak 1974 hingga 1994,” kata Dr Chong yang tidak menolak kemungkinan pengeluaran Sijil Lahir Daftar Lewat ini untuk menutup jenayah yang mereka lakukan selama ini dengan jenayah yang lebih besar.

Siasatan Sabahkini.net mendapati Sherdali, seorang saudagar permaidani merupakan salah seorang daripada 25 orang awam yang telah ditahan di bawah Seksyen 8, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pada 17 September 1995, kerana terlibat dengan Skandal Kad Pengenalan Projek sehingga mengancam Keselamatan Negara iaitu selepas setahun Kerajaan BN memerintah Sabah.

Pasport Malaysia Sherdali masih ditahan Jabatan Imigresen Sabah ketika beliau cuba menukar pasportnya yang rosak pada 22 Mac 2000 kerana maklumat kad pengenalannya diragui sekalipun memiliki Sijil Lahir Daftar Lewat.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, semasa di dalam tahanan ISA, Sherdali mengaku lahir di Pakistamendapat kad pengenalan biru H0381833 iaitu termasuk dalam kategori 2,807 kad pengenalan yang nombor siri H0380001 sehingga H0383999 sekitar 1991 yang dikhaskan untuk warga asing; sebelum dikeluarkan ‘KPT Bungaraya’ pada 28 Januari 1994 untuk membolehkannya mengundi pada pilihanraya umum 19 Februari 1994.

Ketika dalam tahanan ISA, Sherdali mendakwa telah disiksa sehingga cedera parah, namun dinafikan haknya untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun kerakyatannya tidak ditarik balik sekalipun Pasport Malaysianya masih ‘disita’ Jabatan Imigresen Sabah.

Walau mendapat layanan buruk, masih tidak diketahui kenapa Sherdali tetap turun membuang undi kerana beliau adalah pemilih berdaftar bagi Kurol Melangi, Dun Karambunai dan Parlimen Sepanggar, Sabah. Apakah kerana bimbang Mykadnya ditarik balik seperti Mohd Jani Majid?
GUNUNG TRUS MADI Vs GUNUNG KINABALU?








MENDAKI Gunung Trus Madi lebih mencabar daripada mendaki Gunung Kinabalu. Apakah faktornya sehinggakan ada di kalangan pendaki menganggap demikian?
Sepanjang pendakian Gunung Kinabalu, bermula dari Timpohon Gate sehingga ke Panar Laban, Gunting Lagadan dan Puncak Kinabalu dilengkapi kemudahan pendakian. Manakala di Gunung Trus Madi, kemudahannya belum sebaik di Gunung Kinabalu.

Gunung Trus Madi yang terletak di Taman Negara Banjaran Crocker adalah gunung kedua tertinggi di Malaysia, selepas Gunung Kinabalu. Ertinya, dengan ketinggian 2,645 meter, Trus Madi lebih tinggi daripada gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Gunung Tahan di Taman Negara dekat Pahang hanya berketinggian 2,187 meter. Pendakian ke puncak Trus Madi bermula pada paras 1,800 meter.

Paras 1,800 meter didaki menaiki kenderaan pacuan empat roda. Perjalanan memakan masa kira-kira 40 minit dari Pekan Tambunan, masuk ke Kampung Kaingaran melewati jalan berliku dan berbukit-bukau.

Dari kejauhan, Trus Madi hanya umpama sebuah bukit yang indah. Dengan pendakian bermula pada paras ketinggian 1800 meter, kira-kira cabaran pendakian apakah yang bakal dihadapi?

Pendakiannya agak landai, tidak securam mendaki Kinabalu. Namun perjalanan mendaki penuh beralun. Sesampai di satu puncak, perjalanan diteruskan dengan menuruni bukit, lalu kemudian mendaki lagi. Sehinggakan, dari satu puncak ke puncak yang lain memiliki jarak yang sangat berdekatan. Malahan, pendaki di satu puncak dengan pendaki lain di puncak hadapan boleh bercakap di antara satu sama lain. Tentunya dengan sedikit laungan.

Percakapan biasanya dalam konteks begini:

Puncak 1: Hoi!!! Jauhkah turun di bawah sana?

Puncak 2: Dekat saja ba, kau turunlah.

Puncak 1: Haus saya, kau banyak air lagikah?

Puncak2: Ada juga bah, kau datang sinilah, saya kasih kau.

Namun pada jarak dekat yang boleh bercakap dari puncak ke puncak, bukan mudah untuk sampai ke puncak sebelah. Tapi kalau dipasang jambatan, mungkin hanya selebar Sungai Pegalan.

Menaiki dan menuruni puncak demi puncak amat menguji kesabaran dan ketahanan mental pendaki. Dalam meniti puncak, sesekali melewati jalan yang lebarnya hanya satu kaki. Ertinya, dalam laluan sekaki lebar itu, jurang berada di tepi kiri dan kanan pendaki. Boleh dikatakan amat berbahaya. Namun Ranger Jabatan Perhutanan ada memasang tali-tali keselamatan untuk pendaki berpaut.

Bagi kakitangan Jabatan Perhutanan, pendakian Trus Madi hanya memakan masa sekitar empat jam begitu. Berbeza dengan rombongan pendaki amatur, tempoh pendakian boleh mencecah sehingga lapan jam. Jika terlalu lambat mendaki, alamat kemalamanlah di dalam pendakian. Sekiranya kemalaman, alamat bergelaplah berjalan kerana memang belum ada sebarang kemudahan lampu di gunung itu. Satu-satunya pilihan yang ada ialah dengan menggunakan lampu suluh telefon bimbit. Dan yang baiknya, di serata tempat di Trus Madi, “line” handphone sentiasa “full” belaka.

Sampai ke puncak kedua tertinggi, kelihatan kawasan sumber tenaga solar. Sumber tenaga yang dibina oleh kerajaan untuk memudahkan para pegawainya melaksanakan tugas termasuk hubungan telekomunikasi. Kawasan inipun menjadi tapak yang digemari para pendaki untuk berkemah. Namun demikian, lebih ramai yang memilih untuk mendaki puncak tertinggi yang letak hanya kira-kira 10 minit pendakian.

Seperti pendakian di Gunung Kinabalu, pendakian di Gunung Trus Madi juga melibatkan pendaki menginap di puncak. Bezanya ialah menginap di puncak Trus Madi memerlukan pendaki membawa khemah masing-masing. Tidak seperti di Gunung Kinabalu yang boleh menginap di asrama yang selesa, Panar Laban dan Gunting Lagadan.

Dalam keadaan demikian, cabaran pendakian amat terasa. Kecekalan mendaki dan berkhemah di puncak amat menguji. Belum termasuk kemahiran untuk memasak di puncak kerana memang tiada sebarang kemudahan memasak. Keadaan sejuk dan tiupan angin mencengkam tulang belum termasuk lagi.

Pendakian di Trus Madi menawarkan pemandangan yang beraneka ragam. Dalam keadaan cuaca yang tenang, panorama Gunung Kinabalu menampakkan diri untuk dinikmati rombongan pendaki yang berada di puncak Trus Madi. Pemandangan berkabus, pemandangan berlumut dan pemandangan pelbagai spesies fauna dan flora selalu setia menemani pendaki. Kalau bernasib baik, Orang Utan pula akan menyapa.

Menuruni Trus Madi tidak sesukar mana. Beberapa jam boleh sampai ke kaki pendakian. Boleh berehat di tepi sungai dan boleh menikmati makan tengahari di tanah pamah tebing sungai. Namun, perlu ada rakan-rakan lain yang menyediakan makanan. Kerana di kaki permulaan mendaki inipun belum ada kemudahan jualan makanan yang tetap.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan mahu mengekalkan corak pendakian Trus Madi seperti sedia ada. Biar cabaran mendaki lebih semulajadi. Biar menawarkan pendakian yang amat berbeza dengan pendakian Gunung Kinabalu. Bagi para pendaki handalan, anda boleh mengatur rombongan dengan menghubungi Jabatan Perhutanan Tambunan.

Tuesday, September 22, 2009

Red Book


1. POLICE STOPS YOU
1.1 Not in uniform, ask for identification
Say: "Please, show me your Police authority card".
1.2 Police authority card
Red : Suspended Police Officer. He has no authority to do
anything to you. Walk away.
Other colours:
• Blue : Rank of Inspector and above
• Yellow : Below the rank of Inspector
• White : Reserve police
Note his name and ID number
1.3 In uniform
Note his name and ID number on his uniform.
1.4 Police vehicle
Note the number plate of the patrol car or motorcycle.
2. POLICE QUESTION YOU WHEN STOPPED
2.1 Your identification
Only give your name, ID card number and address.
2.2 The police ask other questions
Politely ask "Am I under arrest?"
2.3 When you are under arrest
You are arrested if the police:
• tells you "yes";
• does not allow you to leave/want to take you to the Police
Station; or
• handcuffs you
if you are not under arrest, you may walk away/refuse to follow
him back to the Police station or anywhere else, if asked.
2.4 When you cannot be arrested
The police cannot arrest you just because you are a potential
witness and want to take a statement from you (112 / Witness
Statement).
3. QUESTIONING BY POLICE WITHOUT ARREST
3.1 112 Statement
When the police are investigating a case and think you have
information / knowledge about the case, the police may examine
you and take down your answers (112 Statement).
3.2 Informal/Formal Request
Most times, the police make an informal request that you give a 112
Statement. If the place and time is convenient to you, cooperate.
If not, tell the police you will do so at a convenient place.
If you refuse to cooperate, the police may issue a formal order in
writing, signed by an investigating officer (Police Officer) to ask
you to cooperate.
If you disobey a Police Order, you cannot be arrested. However, it is
an offence and the police may request the Magistrate to issue a
warrant against you to compel you to cooperate.
3.3 Giving a 112 Statement
You have the right to ask a lawyer to accompany you.
This is advisable.
In giving a 112 Statement, you may refuse to answer any question /
remain silent if the answer is likely to expose you to a criminal
offence.
• Bring along a notebook or writing paper with you (Personal Notes).
• Write down every question asked in your Personal Notes.
• Make sure you understand every question asked.
• Take your time and think carefully before writing your answers in
your Personal Notes.
• Read your answers to the Police Officer questioning you.
• Keep your Personal Notes for future reference.
3.4 Signing your 112 Statement
Before signing your Statement, read the questions and your answers
written by the Police Officer carefully.
• Compare the Statement you are asked to sign with your Personal
Notes.
• You have the right to make any corrections/changes to the
Statement before signing.
• Sign your signature immediately below the last sentence of your
Statement.
4. POLICE ARREST YOU
4.1 Ask: "Why am I under arrest?"
An arrest is unlawful if you are not informed of the reason.
4.2 Do not resist an arrest
The Police have the right to use reasonable force to arrest you if you
resist.
4.3 Ask: "Which Police station are you taking me to?"
The arresting Police Officer must immediately take you to the
nearest Police station and no other place.
4.4 What to do when arrested
You have the right to telephone call to:-
1. Your relative or friend; and
2. A lawyer.
You may also call a nearby Legal Aid Centre (LAC). Inform them:
• you have been arrested;
• the time, place and reason of the arrest;
• the Police station you will be taken to.
4.5 What happens after arrest
You may be detained up to 24 hours:
• at the Police station, or
• in a lock-up to "assist" police investigation.
5. YOUR RIGHTS AFTER ARREST & DURING DETENTION
5.1 Right to consult a lawyer
Once you request for the presence of a lawyer, you have a right to
consult the lawyer at the Police Station. The Police must accord
you reasonable facilities and a reasonable time for you to meet
and consult the lawyer. The Police may, however, deny you this
right, if the delay in questioning you may cause the occurrence of
another crime or cause danger to others.
5.2 Clothing
You are allowed to have one set of clothing with you in the
lock-up.
5.3 Personal belongings
The Police must record and put all your personal belongings in
safe custody. Your personal belongings must be returned to you
upon your release.
5.4 Welfare
You are allowed to take a bath two times a day. If you are sick,
you have the right to receive immediate medical attention.
You are to be given proper and adequate food and water during
detention.
5.5 How long may the Police detain you
The Police may only detain you up to 24 hours for investigation.
The duty of the Police is to complete investigations within 24 hours
and to release you as soon as possible. If the Police cannot complete
investigations within 24 hours, the Police must bring you before a
Magistrate for a remand order to extend your detention beyond
24 hours (Remand Order).
6. REMAND ORDER BY MAGISTRATE AFTER 24 HOURS
6.1 Who is a Magistrate
A Magistrate is a judicial officer. He/She has the power to make a
Remand Order to detain you for more than 24 hours.
6.2 Purpose of a Remand Order
It is to give more time to the Police to complete their investigations
and decide whether there is evidence to charge you for an offence.
The Police cannot ask for a Remand Order only for the purpose of
taking a Statement from you.

Friday, September 18, 2009

SACKED BEFORE DUTY

By : JOE FERNANDEZ


THE new Penampang District Native Chief (DNC), Sylvester J Disimond, 62, who was supposed to report for work yesterday at the Native Court, has been unceremoniously axed in recent days for no apparent reason.


Informed sources swear that "questions raised by the man in the street over Disimon'ds moral standing in the community was the last straw for the state government".

Penampang District Officer William Sampil confirmed that "Disimond's appointment letter dated Aug 3 had been revoked by the State Local Government and Housing Minister Hajiji Mohd Noor".

Sampil, who has handed the revocation letter to Disimond, could not elaborate further.

Disimond confirmed that he received the letter of revocation on Aug 29 "following the decision of the State Local Government and Housing Ministry to impose a cooling off period".

"I respect the decision of the Ministry," said Disimond.

"The termination letter of my predecessor - his cousin OKK (Orang Kaya Kaya) Christopher Mojungkim, 66, should remain effective."

He denied that his appointment was revoked because it was not discussed among all Barisan Nasional (BN) component parties.

He said that the appointments of Native Chiefs Johnny Molijoh and Adrian Sikawah, both from the Penampang district, were also made without other BN parties being consulted.

The revocation of Disimond's appointment apparently followed an 'unsuccessful' meeting in late August between him, Moyog state assemblyperson Donald Mojuntin and Penampang MP Bernard Dompok.

The letter, according to Disimond when he first received it, clearly states that his "services can be terminated at any time on one month's notice".

He signed his acceptance of the letter on Aug 10 at Sampil's office.

During the three-hour meeting, both legislators, who had earlier recommended Disimon'ds appointment, reportedly "tried to persuade him not to accept the DNC post and not to report for work yesterday (Sept 1)".

Disimond, however, would have none of it and said he would report for work as per his appointment letter.

Cannot retire or be sacked

Dompok then proposed a "cooling off period to find an amicable solution and also to maintain the dignity of the Native Court".

When Disimond asked how long the "cooling off period" would last, the latter could not give a firm date.

Disimond then abruptly ended the meeting by reiterating that he would report for work on Sept 1 at the Native Court.

Albert Bingkasan, Special Officer to Dompok who is also the Plantation Industries and Commodities Minister, begs to disagree with reported versions of the meeting.

"The meeting was a success since a solution was reached for the good of all," said Bingkasan, a former Sabah journalist. "There were witnesses present. Disimond agreed to the cooling off period proposed by Tan Sri (Dompok)."

Bingkasan could not elborate on what comes next after the "cooling off period", leaving the impression that it was just a face-saving formula for all parties concerned in a controversy that could have snowballed out of control and brought political repercussions to Umno.

The DCN is also the Chief of the Native Court as the OKK.

The Dompok-Mojuntin meeting with Disimond came after the Moyog state assemblyperson received a letter from Mojungkim.

In the letter, Mojungkim pointed out that he "had many good years left in him and requested the state government not to interfere with his duties".

He pointed out that there was no provision in the Native Affairs Constitution that required him to retire at 65 years.

Earlier, he vowed in the local media that he would turn up for work as usual on Sept 1, pointing out that a DNC, according to Adat, does not have to retire, nor can he be sacked by the Government.

In fact, it was via the media that Mojungkim first learnt, to his "great surprise, utter humiliation and embarrassment", that his services had been "terminated".

He complained in the press that "didn't know how to hide my shame now and how to look my grandchildren in the eye".

Subsequently, he received a latter on Aug 12 from the NAC stating that his services had been terminated on July 23.

The letter was signed by the NAC director Mohd Said Hinayat.

Mojuntin subsequently took up the matter with Hajiji who advised the state assemblyperson to "find an amicable solution as soon as possible".

Disimond's appointment was also opposed by 27 village chiefs, Ketua Anak Negeri (KaN or Native Chief) and Wakil Ketua Anak Negeri (WKaN or Representatives of KAN).

All of them felt it might be their turn next to bite the dust.

They (some of whom are qualified to be DCN) met in Penampang over a recent weekend in an open show of support for Mojungkim.

Meeting with chief minister?

Among others, they demanded that the state government conduct "a proper investigation of the entire sordid affair".

It also believed that the village chiefs met Sabah Chief Minister Musa Aman recently when he opened the Penampang Umno division annual general meeting on behalf of deputy Umno president Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, also the deputy prime minister, had to cancel his appearance as he could not get to the meeting on time.

Michael Kubot, the chairperson of the Penampang Community Leaders Welfare Association (PCLWA), also issued a statement to support Mojumkim.

He did not mention Disimond.

The PCLWA is an informal body and is not registered with the Registrar of Societies.

Disimond's appointment was also opposed by Borneo Heritage Foundation chair, Jeffrey Gapari Kitingan, who cited it as "evidence of Umno's interference in native affairs in Sabah".

He also deplored the 'kurang ajar' (ill-mannered) treatment meted out to Mojungkim.

The reference to Umno was the fact that the president of the Kadazan Society Sabah (KSS) and an Umno member, Marcel Leiking, had also supported Disimond's appointment as DNC.

Disimond is KSS deputy president.

"This case creates a dangerous precedent for the future," commented one reader in a local daily.

"It will reflect badly on the government's objective to be transparent in all its dealings. It will show bad governance."

Adat expert Raymond Tombung feels that the termination of Mojungkim was morally wrong according to Adat.

"How can the new DNC (Disimond) call himself a protector of the Adat after trampling on it himself," said Tombung.

"Is the OKK now just rich in money and not OKK because of his wealth in the knowledge and observance of the Adat?"

Tombung asked for the politicians and the secular government to stay out of native affairs.

Adat punishment for humiliation

He further called for "due punishments to be meted out, under Adat, for anyone offended in public and just compensation be paid".

Adat fines (sogit) are usually in the form of a chicken, other animals, or material possessions like gongs and other similar valuables.

There should also be a public apology followed by a form of morally required cooling off period.

Mojungkim is now expected to continue as the DNC.

He has held the DCN post for 17 months. Previously, he was a village chief in Tuavon for 21 years and Native Chief for eight years.

He is a nephew of the late OKK Jintol Mogunting, a former Penampang DNC.

It was not immediately clear whether Mojungkim's "termination" letter from the NAC had been revoked as well.

He received the letter from a clerk in the district office and not from the NAC.

It is believed that he does not have any "appointment letter" and his selection was by his peers.