SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, March 7, 2010

STACY- RELA

AWAS! Perbuatan "DILARANG" oleh DAP.


 
Mereka ini pernah dipuja-puja Pakatan Pembangkang. Mereka kini dipijak-pijak kerana mempertahankan prinsip perjuangan masing-masing.Mereka masih dalam senarai DAP kerana melanggar larangan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah dan Pulau Pinang bersatu mendesak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) harii ini meletakkan jawatannya yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu bagi membolehkan rakyat memilih ahli parlimen yang baru......Sebagai simbolik, pada perhimpunan itu turut membakar poster yang bertulis perkataan ‘Zulkifli Tidur’, Zulkifli Tak Buat Kerja’, ‘Zulkifli Tak Turun Padang’ dan lain-lain. [di sini]
YB Zulkifli Noordin bagai bukit yang berdiri teguh. Pendiriannya tidak berubah. Awal-awal lagi dia sudah memberikan isyarat kepada JK Desiplin PR. "Nak pecat, pecatlah"!. Seakan dia sudah melihat dunia JK Desiplin PR itu kecil dan alat para firaun kecil. Siapa yang tunduk kepada firaun?

AMK sekadar mampu menyalak bukit yang teguh. Menyalak sehingga kehabisan suara sekalipun, sehingga terkencing-kencing, mereka tak akan mampu menggugat kedudukan YB. Zul. YB Zul tetap juga sebagai MP. Kulim Bandar Baharu. Jika mereka bercakap mengenai "maruah dan prinsip", YB Zul lebih awal lagi memberitahu mereka bahawa dia bertegas kerana "maruah dan prinsip".BACA SENJALIZA DI SINI

Monday, October 12, 2009

JKKK (Penaja) menghalang tugas Ketua Kampung

Pengujudan sebuah kampung di atas Tanah Kerajaan Negeri, merupakan satu kesalahan dan boleh dikatakan penempatan sebuah perkampungan itu dikategorikan sebagai penempatan setinggan. Adalah dikira sangat beruntung, kalau sebuah perkampunagn itu mendapat sokongan pemimpin masyarakat, seperti wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT).

Dalam hal yang demikian, seorang ketua samada Ketua Kampung Penaja atau Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sesebuah perkampungan tersebut, akan memohon permohonan Tanah Perkampungan melalui Jabatan Tanah dan Ukur. Proses permohonan untuk mendapatkan Tanah Rezab  perkampungan bukanlah sesuatu yang singkat dan mudah, ianya melalui satu peroses ynag agak lama, kerana melibatkan beberapa agensi seperti, Perangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hasil dan Bumi dan Ketua Menteri dan seterusnya Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri Sabah untuk menandatangani surat perwartaan Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri. Mengikut pengalaman, semantara menunggu jawaban dari setiap agensi, kita perlu merujuk dari masa kesemasa, ini memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit untuk berulang alik untuk mendapatkan jawaban. Kalau nasib baik, kalau tiada aral melintang maka fail tersebut akan bertukar kepada pihak yang seterusnya dan kalau tidak kita akan bermula semula dari bawah.


Setelah perkampungan tersebut mendapat watikah perwartaan sebagai Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri, maka terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh penduduk kampung dan pemimpin kampung lain seperti JKKK.

Antara peraturan atau undang-undang tersebut ialah:
Terkandung dalam :
SEKSYEN 78 (1),(2) DAN (3)

ORDINAN TANAH BAB 68

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1),(2) dan (3) seksyen 78 Ordinan Tanah, Yang di Pertua Negeri telah mengisythiarkan Tanah Kerajaan yang diperihalkan di dalam Jadual bersama ini sebagai Tanah Rizab Anak Negeri yang dikenali sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Sinompuru (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tanah Rizab') untuk kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk maksud kediaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Tanah Rizab ini adalah kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk pembinan rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan tambahan yang lain.;
  2. Penduduk-penduduk Kampung tersebut adalah dibenarkan untuk menjalnkan adat-resam industri kampung, memelihara ayam, binatang ternakan dan berkebun tanaman jualan di dalam kawasan Tanah Rizab tersebut;
  3. Tiada seorngpun anak Negeri yang bukan pada lazimnya bermastautin di kampung Sinompuru dibenarkan dan membina sebarang bangunan di dalam  Tanah Rizab itu tanpa keizinan daripada PEMEGANG AMANAH;
  4. Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Kinabalu, Ketua Derah Kota Kinabalu dan Ketua Kampung Sinompuru adalah dengan ini dilantik sebagai Pemegang Amanah Tanah Rizab itu tertakluk kepada arahan-arahan Setiausaha Hasil Bumi;
  5. Pemegang Amanah hendaklah memagar atau menyebabkan supaya dipagar sempadan Tanah Rizab tersebut dengan cara yang memuaskan hati Setiausaha Hasil Bumi dan kemudian memeliahar pagar tersebut dengan cara yang memuaskan hatinya dan;
  6. Seseorang yang terkilan oleh sesuatu tindakan atau sesuatu yang tidak dilakukan oleh Pemegang Amanah boleh memohon kajian semula kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang keputusannya adalah muktamad.
Dalam hal menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kampung (Pemegang Amanah), syarat-syarat perkara (1) dan (2) telah dikuatkuasakan dan peraturan-peraturan ini adalah hasil permuafakatan dan telah dihebahkan kepada penduduk kampung dan mendapat persetujuan seperti diterangkan di bawah:

MEMBICARA, MEMUTUSKAN DAN MELUPUSKAN KES

a) Kes-Kes Yang Timbul Daripada Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Anak Negeri

yang semuanya adalah Tinggal di Kampung Sinompuru (Anak Negeri)

b) Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Negeri, Daripada Segi Pertunangan, Perkahwinan Atau Seksual

(i) Pertunangan, Perkahwinan,Penceraian ,Pembatalan Perkahwinan Dan Pemisahan Perkahwinan

(ii) Pengambilan Anak Angkat, Penjagaan dan Jagaan Anak, Nafkah Tangungan dan Keesahan

(iii) Hadiah Atau Menentukan Waris Wasiat

c) Kes-Kes Lain Jika Bidang Kuasa Diberikan Kepadanya Oleh Enakmen Ini Atau mana- mana Undang-Undang bertulis yang Lain.


PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT


LOT

• Lot tidak boleh tukar milik tanpa persetujuan daripada Ketua Kampung

• Lot tidak boleh dijual, sekiranya didapati lot itu akan ditarik/diambil oleh  Ketua Kampung

Lot yang tidak diusahakan lebih dari 6 bulan akan diberikan kepada pemilik baru yang layak

• Hanya Ketua Kampung yang boleh memberi lot kepada pemohon yang layak
• Pemilik Lot boleh membina rumah,menanam pokok buah-buahan dan menternak binatang dengan syarat berkurung

• Bukan pemilik/Orang luar tidak boleh membuat sebarang bentuk rumah dikampung tanpa keizinan Ketua Kampung

Merujuk kepada syarat-syarat dan peraturan Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru, tiada satu pun ayat menyebut bahawa JKKK (penaja) boleh memberi lot dan membenarkan orang luar membina rumah atau  campur tangan dalam hal Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru.

Dalam ruangan ini, saya memohon kepada semua penduduk kampung termasuk Pengerusi JKKK (penaja)agar mematuhi peraturan dan menjaga ada istiadat resam kampung Sinompuru. Sebagai pemimpin kita seharusnya menjadi contoh kepada penduduk kampung dan mematuhi peraturan dan melakukan perkara yang baik.

Sebagai seorang Penasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung, saya merayu buatlah perancangan untuk kemajuan kampung. Saya melihatkan banyak yang perlu kita usahakan untuk mendapat sokongan daripada Wakil Rakyat N13 Inanam, seperti Balai Raya, Padang, jalanraya, dan Air paip yang bersih.Tanah dan kawasan untuk membuat kemudahan asas tersebut sudah ada dan menunggu untuk tindakan dan usaha yang berterusan oleh JKKK.

Berjumpa lagi dalam ruangan Komentar Ketua Kampung Sinompuru akan datang.

Thursday, September 24, 2009

Sah atau tidak sah

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?


Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan:

Penulis berpendapat bahawa dibenarkan untuk perempuan itu berkahwin terumatanya dengan lelaki yang telah menyebabkannya mengandung dan perkahwinan itu adalah sah. Tetapi andaikata dia berkahwin dengan lelaki yang BUKAN menyebabkannya mengandung ,maka TIDAK dibenarkan bersetubuh kecuali setelah melahirkan anak.

Berikut adalah penjelasnnya. - Ulama’ bersepakat bahawa perempuan diceraikan ataupun kematian suami maka perempuan itu haram berkahwin selagi berada dalam tempoh iddah. Tetapi mereka berbeza pandangan berkenaan perempuan berzina , adakah diwajibkan menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin ataupun dibenarkan berkahwin tanpa menunggu tamat tempoh iddah.

Pandangan ulama’ dalam bab ini.

1 Abu Hanifah, Muhammad Bin hasan dan Abu Yusuf berpandangan bahawa perempuan yang mengandung disebabkan zina dibenarkan berkahwin tetapi tidak dibenarkan bersetubuh melainkan selepas perempuan itu melahirkan anak.(al-muhalla)

2) Imam asy-Syafie berpandangan perempuan yang berzina dibenarkan berkahwin dan terus bersetubuh dengan suaminya kerana hubungan zina tidak menyebabkan pertalian keturunan.(majmu’ al-fatawa)

3) Imam malik dan Ahmad berpendapat diharamkan bagi perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin kecuali setelah melahirkan anak(al-muhalla & majmu’ al-fatawa)

4) Sebahagian pendapat dari Ahmad dan Malik melarang perempuan yang berzina untuk berkahwin melainkan setelah menunggu sekali haid (istibra’) bagi memastikannya tidak mengandung (Majmu al-Fatawa)

5) Imam Zufar , al-Qadi Abu Ya’la dan sebahagian riwayat dari Ahmad dan Malik mewajibkan perempuan yang berzina menunggu sehingga tiga kali haid sebelum dibenarkan berkahwin (al-Muhalla & Majmu’ al-Fatawa)

Ulama’ yang mengharamkan perempuan yang mengandung anak luar nikah daripada berkahwin berpegang dengan ayat al-Quran,

“Dan perempuan yang mengandung maka tempoh iddahnya adalah sehingga melahirkan anak”(At-Thalaq : 4)

Maka perempuan yang mengandung tidak dibenarkan berkahwin melainkan setelah melahirkan anak.

Bagi Ulama’ yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin pula menyatakan bahawa ayat ini berkenaan dengan perempuan mengandung yang diceraikan suaminya bukannya perempuan yang mengandung disebabkan zina. Disebabkan itu Allah menyebutkan di dalam ayat 6 Surah yang sama

“……Berikanlah mereka rumah kediaman sebagaimana yang kamu diami mengikut kemampuan kamu”

Terdapat khabar dari Umar yang membenarkan perempuan yang mengandung anak luar nikah untuk berkahwin.

Daripada Abu Yazid “sesungguhnya Siba’ bin Harith dengan anak perempuan Mauhib Binti Rabah sedangkan dia mempunyai anak perempuan dengan suami yang terdahulu.Begitu juga Siba’ mempunyai anak lelaki dengan isterinya yang terdahulu.Maka kedua-dua anak mereka berzina sehangga mengandung. Mereka dibawa kepada Umar Al-Khattab untuk diputuskan hukuman, maka Omar menjalankan hukuman hudud dan mengarahkan mereka untuk berkahwin tetapi lelaki itu enggan berkahwin. (Al-Muhalla).

Bagi mereka yang berkahwin dengan perempuan mengandungkan anak luar nikah, sedangkan dia bukan merupakan bapa kepada anak yang dikandungkan perempuan itu, tidak dibenarkan bersetubuh dengan perempuan itu melainkan setelah perempuan itu melahirkan anak.

Sebaliknya jika perempuan itu tidak mengandung , dibenarkan untuk berkahwin dengannya dan bersetubuh dengannya setelah kedatangan haid sekali (setelah dipastikan bahawa perempuan itu tidak mengandung). Ini merupakan sebagaimana disebutkan di dalam hadith

Daripada Ruwaifi’ Bin Tsabit , Rasulullah bersabda “Tidak dihalalkan kepada seseorang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat menyiramkan airnya di kebun orang lain (bersetubuh dengan perempuan yang mengandungkan anak orang lain), bersetubuh dengan perempuan tawanan perang melainkan setelah dipastikan perempuan itu tidak mengandungkan anak orang lain dan menjual harta rampasan perang melainkan setelah dibahagikan (kepada sesama tentera)” (Riwayat Abu daud , Ahmad , al-Baihaqi , Ibn A’tsir [Jami' al-usul]).

Adalah tidak tepat untuk dikatakan bahawa tujuan utama mewajibkan perempuan yang bercerai menunggu sehingga tamat tempoh iddah sebelum berkahwin dengan orang lain adalah untuk memastikan rahimnya suci dari mengandungkan anak orang lain kerana beberapa alasan.

1) Tempoh sekali haid (istibra’) sudah memadai untuk memastikan bahawa perempuan itu telah cusi dari mengandungkan anak orang lain.

2) Tempoh iddah berbeza-beza bagi perempuan yang diceraikan (3 quru’) dan kematian suaminya (4 bulan 10 hari) menunjukkan bahawa iddah dijalankan kerana mengikut perintah Allah bukannya kerana tujan utama lain.

3) Ibn Abbas , Uthman dan Ibn Umar berpandangan bahawa setelah khulu’ (perempuan membayar sejumlah pampasan dan meminta supaya suaminya menceraikannya) perempuan itu hanya perlu menunggu tempoh istibra’ sahaja sebelum berkahwin dengan orang lain (majmu’ al-fatawa)(Hadith Abu Daud dan At-Tirmidzi)

Maka iddah ini hannya diwajibkan untuk perempuan yang bercerai setelah berkahwin sahaja. Bukannya untuk perempuan yang berzina dan tawanan perang. Tags:





Share



▼ Reply to This

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik

CINTA lelaki memang pelik dan aneh, tetapi unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis.


Aneh apabila dia sudah lembut dan romantis, mudah pula berasa sayu pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya.

Semua ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami, ada kala lunak tetapi selalu keras dan kurang simpati.

Lelaki tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisi tetapi tatkala sudah memiliki jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.

Lelaki yang benar-benar lelaki, disenangi pasangan sama ada kekasih mahupun sudah bergelar isteri.

Kesungguhan cinta lelaki terpancar melalui:

Kesungguhan dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isteri tanpa paksaan. Semua dilakukan dengan rela, ceria dan penuh bahagia.

Puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

Lebih banyak menasihati kerana amat menyayangi kekasih atau isterinya.

Mencemburui kekasih atau isteri, lantas akan mengongkong kebebasan mereka. Kongkongan semata-mata perasaan sayang dan cemburu yang meluap-luap.

Kerap menyatakan ketakutan jika kehilangan kekasih atau isteri.

Mudah merajuk dan sensitif apabila si dia tidak menumpukan perhatian penuh padanya.

Kadangkala seperti anak kecil untuk mendapatkan layanan terbaik daripada pasangan.

Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhan melakukan apa saja asalkan dapat membahagiakan kekasih atau isteri.

Mudah merajuk kerana mahukan kata-kata lembut da ripada kekasih atau isteri.

Lega apabila pasangan memujuknya.

Gelisah apabila berjauhan dengan kekasih atau isteri.

Kerap menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS).

Lelaki yang jujur dan cukup mabuk dalam percintaan pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia akan berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isteri.

Sebenarnya apabila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia kepada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikap amat mengejutkan.

Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.

Malah, lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa saja untuk kekasihnya.

Sekeras manapun hati lelaki, dia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amat sukar. Antara tanda-tanda lelaki jatuh cinta ialah:

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawa sendiri.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

Dia banyak menasihati kekasih kerana amat menyayanginya.

Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana sentiasa berasa curiga.

Dia tidak suka lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.

Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan dengannya terlalu lama.

Dia mementingkan kekasihnya lebih daripada dirinya sendiri.

Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia berasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu dengan sabar.

Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kekasihnya kembali.

Dia tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya namun jika dia berbuat demikian, ini bermakna dia belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Penemuan manuskrip yang berusia 2200 tahun

‘The Dead Sea Scrools: Menggoncang atau Mendukung Kekristenan?’ Penemuan ini sangat menghebohkan, mengingat penemuan manuskrip yang berusia 2200 tahun bisa jadi mempertanyakan sejarahkan kekristenan selama ini?


Sekilas Sejarah Penemuaan

Pada tahun 1947, Muhammad el-Dib, seorang gembala Beduin dari suku Ta’famire, menemukan naskah-naskah gulungan yang tersimpan di tempayan-tempayan kuno di gua-gua Qumran.

Naskah-naskah itu kemudian dijualnya kepada Kando, seorang pedagang barang-barang antik di Yerusalem, yang akhirnya dimiliki oleh Prof. Eliezer Sukenik, guru besar Hebrew University dan Mar Yeshue Samuil, uskup Gereja Ortodoks Syria di Yerusalem.

Menurut penelitian palegrafi, yang kemudian dibenarkan oleh penelitian radio karbon (C-14), ternyata naskah-naskah itu berasal dari abad II sebelum Masehi.

Dan setelah diperiksa isinya, ternyata Kitab-Kitab Perjanjian Lama, dan beberapa dokumen sekte Eseni. Sekte Eseni berasal dari orang-orang Yahudi di Yerusalem yang mengungsi ke gua-gua Laut mati, karena mereka tidak puas dengan pengangkatan Yonathan sebagai Imam Besar Bait Allah di Yerusalem.

Pendiri sekte ini bergelar Guru Kebenaran, yang mulai masuk ke gua tahun 150 SM dan meninggal tahun 100 SM, lalu digantikan oleh para pengikut setianya, sampai tahun 68 M pemukiman Qumran dihancurkan oleh tentara Romawi.

Dari sebelas gua yang ditemukan di Qumran, ternyata sebagian besar adalah naskah-naskah Alkitab dalam bahasa asli Ibrani, tafsiran-tafsiran dalam bahasa Aramaik dan sebagian kecil dalam bahasa Yunani.

Metode Ilmiah Usia Manuskrip

Metode Paleografi adalah cara yang paling umum dikenal untuk menentukan usia suatu manuskrip atau naskah tulisan tangan, berdasarkan ciri-ciri aksara yang digunakan.

Seperti diketahui, bahwa setiap zaman mempunyai kebiasaan cara menuliskan aksara, bentuk-bentuk aksara tulisan tangan dari jaman kejaman selalu berbeda dan berubah-ubah.

Dua tokoh dalam menerapkan metode ini adalah Prof. Eliezer Sukenik dan Prof. Albright. Menilik bentuk aksaranya, Albrght dan Cross, muridnya, menyimpulkan naskah-naskah Qumran yang paling muda tidak lebih dari tahun 135M dan paling tua berasal dari abad II SM ( antara tahun 225 – 200 SM ).

Kesimpulan ini akhrinya juga dibenarkan dengan temuan surat-surat Bar Kohba di wadi maraba’at, sedangkan Bar Kohba adalah pemimpin Israel yang memberontak kepada Roma tahun 132-135 M.

Metode C-14 ini ditemukan oleh seorang ahli atom, caranya dengan menghitung zat radio arang aktif (C-14) yang ada pada suatu naskah dari kulit, papyrus, kayu dan tembikar.

Dari besaran jumlah C-14 yang terdapat pada bahan yang diteliti, dapatlayh ditentukan usia bahan tersebut. Melalui metode ini, para arkeolog yang bekerja di Qumran, juga berhasil mengukur C-14 pada tembikar sisa dan sisa kain yang ditemukan di Qumran, dimana kain yang paling tua berasal dari sekitar tahun 167 SM.

Selanjutnya manuskrip Nabi Yesaya yang lebarnya 3 cm dan panjangnya 131 cm diperkirakan berasal dari tahun 150 SM.

Bukti Pemeliharaan Firman Ilahi

‘Jadi dengan temuan penting ini kita memiliki manuskrip yang 1000 tahun lebih tua dari Manuskrip Masora (Alkitab Perjanjian Lama terkuno yang kita miliki berasal dari abad IX-X M). Setelah diselidiki dengan teliti antara dua naskah tersebut, tidak ada perbedaan yang cukup berarti’, jeals Bambang Noersena.

Sebelum ditemukan naskah-naskah laut Mati, manuskrip (tulisan tangan) tertua Perjanjian Lama yang kita miliki semua berasal dari akhir abad IX dan awal abad X M. Manuskrip itu dikenal sebagai Manuskrip masoterik, yaitu Manuskrip Geniza dari Cairo, Manuskrip Allepo dari Syria dan Manuskrip Leningrad dari Rusia.

Dengan penemuan The Dead Sea Scrolls, yang berasal dari abad II SM, berarti kini kita mempunyai manuskrip yang 1200 tahun lebih tua atau berusia 2200 tahun dari zaman kita.

Kaum Masoretik memegang pemeliharaan Kitab Suci sejak tahun 500 – 1000 M, yang sebelumnya dipegang kaum Seferim. Kalau kaum Seferim zaman Yesus sampai menghitung jumlah huruf-huruf Kitab Suci, dalam menjaga keaslian firman-firman ilahi kaum Masoretik lebih teliti lagi.

Misalnya, kalau dalam penyalinan Alkitab ia meragu-ragukan ketepatan bacaan ayat tertentu, mereka tidak berani menggantinya. Mereka hanya mencantumkan kode ‘K’ (Ketiv = tertulis) di samping bacaan yang diragukan dan pada bawah halaman Kitab mereka mengusulkan bacaannya yang benar di bawah kode ‘Q’ (Qere = bacaan). Maklumlah, bahasa Ibrani kuno tidak mempunyai huruf hidup.

Contoh seperti itu, misalnya ada dalam Yes 21:8 dan Yer 31:40. Para ahli Taurat meragukan bacaan Hash Sharemot, karena memang kata itu tidak ada artinya dalam bahasa Ibrani, tetapi toh mereka tidak berani mengubahnya begitu saja.

Mereka hanya mengusulkan bacaannya yang benar ghash shademoth (artinya: padang-padang). ‘Perhatikan!’, kata Noorsena, sambil menunjuk salinan fotograph manuskrip Qumran dan menunjuk Yeremia 1:40, ‘We kal hash shademot ead nahal Qidronc’ (dan segenap tanah datar ditepi sungai Kidron).

Dengan penemuan Qumran, bacaan para ahli Taurat itu ternyata tepat. Jadi, teks-teks Qumran sering kali menjelaskan ayat-ayat yang bacaannya kurang jelas dalam teks-teks yang lebih muda.

Kasus semacam ini, dalam manuskrip Yesaya di Qumran, yang tertulis di atas papyrus dengan panjang 171 cm dan lebar 31 cm, hanya terdapat kira-kira 15 kali.

Perbedaan kecil dalam rincian huruf dan cara baca itu, sama sekali tidak mengubah makna firman-firman Tuhan.

Semua penemuan itu membuktikan bahwa sepanjang zaman Allah selalu menjaga firman-firmanNya sehingga bersih dari segala usaha pemalsuan dan perubahan. Meskipun ada perbedaan-perbedaan kecil tetapi itu tidak sama sekali tidak mengubah makna pesan kitab Suci.

Milik orang Kristen Dan Yahudi

Para ahli mengakui bahwa mushaf-mushaf dari Laut Mati ini banyak sekali memperjelas teks-teks masora yang kurang jelas.

Pada jamanNya, Yesus Kristus tidak menyangkal reputasi ahli-ahli Taurat dan imam-imam Farisi karena keseksamaan mereka dalam kegiatan pemeliharaan Kitab-Kitab suci, sehingga mereka disebut ‘telah menduduki kursi Musa’.

Walaupun demikian Yesus mengecam kemunafikkan mereka seraya menuntuk kita agar menurut ajaran mereka, tetapi jangan mengikuti perbuatan mereka. Pengajaran mereka bisa diterima, tetapi perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ajarkan (Mat 23:1-4).

Bagaimanapun juga, bahas Ibrani yang digunakan di Israel modern itu, pada dasarnya sama dengan bahasa Ibrani yang dipakai nabi-nabi jaman dahulu.

Misalnya Musa, Daud atau Salomo muncul kembali ke bumi ini lagi. Kata seorang rekan Yahudi kepada Bambang Noorsena, pasti orang Israel sekarang dapat dengan mudah berkomunikasi dengan mereka.

‘Ini terbukti, ketika rekapan itu saya minta membacakan huruf-huruf Ibrani kuno tanpa tanda baca dari manuskrip (tulisan tangan) Kitab Habakuk yang disimpan di museum itu, dengan lancar dia membacanya, seperti layaknya membaca koran saja,’ katanya.

Luar biasanya, hasil penelitian seksama atas teks-teks Alkitab yang berjarak lebih dari 1000 tahun tersebut, ternyata tidak ada pemalsuan apapun. Kemujizatan penemuan Qumran, tidak hanya milik orang Kristen, tetapi juga umat Yahudi. Sekalipun Yahudi dan Kristen sudah berpisah selama 2000 tahun, tetapi kedua agama tetap memegang teguh kitab suci yang satu dan sama.

Perbedaan tafsir antara kedua agama, tidak membuat umat Yahudi atau umat Kristen saling memalsukan firman-firman Ilahi itu di dalamnya.

praise the lord, memang kitab kita yang terbaik, merupakan Firman Allah yang hidup, ya dan amin, kekal selamanya.

Tidak ada yang dapat menyesatkan