Kata orang di permulaan percintaan, semuanya manis-manis; bahu busuk pun termasuk kentot juga wangi. Demikian lah yang berlaku dalam Konvensyen Pakatan semalam.
Umum mengetahui, DAP pernah bergabung dengan PAS pada tahun 1990 diambang pilihan raya melalui barisan alternatif, namun selepas sahaja gagal dalam PRU itu, DAP dan PAS bertelagah lagi. Kemudian itu, parti yang sama bergabung semula pada PRU-1999, namun selepas PRU- dua parti itu seperti biasa berpisah lagi.
Pada PRU-2008, parti yang berbeza matalamat ini berpakat semula-melalui persetujuan peletakan calon, yakni satu lawan satu terhadap BN, memandangkan keputusan PRU itu membolehkan Pakatan longgar itu berjaya merampas 5 negeri, termasuk Kelantan, maka mereka menjadi gairah, dengan memijak prinsip masing-masing-demi menawan Putrajaya.
Pada Konvensyen Pakatan semalam, terlihat bagaimana skrip akomodasi yang tersembunyi antara para pemimpin Pakatan, agar kelihatan bahawa kesepakatan mereka adalah ikhlas.
Para pemimpin Pakatan berjaya dalam lakonan mereka seperti mana arahan dalam skrip. Misalnya Lim Guan Eng berlagak bodoh bodoh sombong, dengan mengatakan bahawa DAP tidak mempunyai kuasa mencipta hubungan diplomatik dengan Singapura, apatah lagi persisik rahsia mereka.
Umum mengetahui, bahawa hubungan antara DAP dan People Action party (PAP) Singapura adalah hubungan antara abang-adik; pun demikian melalui skrip pada konvensyen pakatan itu, fakta seumpama ini dikelirukan daripada rakyat.
Salama konvensyen itu juga Karpal Singh mempergunakan bahasa berbelit, dengan mengatakan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Negara adalah negara islam. Permainan kata-kata ini sukar difahami pleh pemimpin PAS terutama Haji Hadi, sehingga dalam pengulungannya tidak pun menyebut ucapan Karpal itu.
Karpal berlakon sesuai dengan skrip dengan mengatakan bahawa isu agama islam, kononnya mesti diselesaikan dengan cepat, agar tidak diekspilotasi oleh BN. Melihat nada ucapan ini, pengakuan Karpal dalam konvensyen itu sebenarnya hanya bersandiwara.
No comments:
Post a Comment