Di kampung saya ada yang mahu menghidam untuk menjawat jawatan diperingkat kampung, apa bila dapat jawatan tersebut, dia tidak menjalankan tugas. Tidak pernah mengadakan mesyuarat kampung, apa tah lagi mengadakan gotong royong membersih kawasan perkampungan.
Yang hairannya apabila ada yang mengambil tanggungjawab, dia marah dengan orang itu, sedangkan orang yang mengambil tanggungjawab itu, sukarela untuk membantu kemajuan kampung.
Pemimpin jenis apa ini?.Perlukah kita biarkan jenis orang ini menjadi pemimpin di kampung kita? saya pernah berjumpa dengan pemaju mukim Menggatal dan berbincang berkenaan dengan orang ini. Pemimpin ini merayu-merayu sambil menangis memohon agar dia dipilih menjawat jawatan tersebut,
Apakah matlamatnya hendak menjadi jawatan itu? kalau tujuannya hanya mendapat habuan atau kepentingan, ketepikalah itu, kerana penduduk kampung mahukan seorang pemimpin yang pandai merancang, melaksana dan menjadi contoh tualadan kepada penduduk kampung.
Pengorbanan masa, wang ringgit tidak lari daripada seseorang yang ingin menjadi pemimpin. Kalau pemimpin itu tidak dapat melakukannya seperti itu, janganlan jadi pemimpin memalukan diri sendiri.
Pada zaman ini, seorang pemimpin diperingkat kampung, pemimpin itu sekurang-kurangnya pandai menggunakan komputer kerana hari ini mesin taip tidak laku lagi. Kalau komputer dan mesin taip tidak pandai macammana nak jadi pemimpin?. Sedarlah kemampuan diri sendiri.
Nak menulis, mengarang, merancang? jauh sekali apa tah lagi berucap perlulah belajar lagi. Di kampung kita ini ada ramai yang berkelulusan ijazah, berilah peluang kepada mereka. Tapi ada orang yang mengatakan pemimpin berkenaan pernah berkata bahawa tiada guna tinggi pelajaran semuanya bodoh dia saja yang pandai katanya. Wah kalau benar sungguh dikata buktikan kepada kami kebolehan tersebut.
Zaman ini, kelulusan sekurang-kurang diploma baru dapat kerja. Pengalaman itu penting tetapi mesti disokong oleh kelulusan. Pendidikan itu sangat penting, kerana melalunya kita boleh merubah kehidupan diri sendiri dan keluarga, bangsa dan nusa.
Sejak dia sudah jadi pemimpin, kampung kami mundur kebelakang, tiada ada aktiviti menyebabkan kampung menjadi sepi dan tidak meriah. Ketua kampung sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat tetapi pemimpin ini membiokot dan menyeru penduduk kampung menggagalkan usaha Ketua Kampung. Susah kalu jadi macam ini kata penduduk kampung.
Ada yang menyalahkan YB, tetapi saya berpendapat bukan YB yang bersalah dalam soal ini. Seorang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin, apa tah lagi merayu-rayu mahu jawatan itu, harus menjaga nama YB kita dengan menjalankan tugas dengan penuh dengan tanggungjawab.
Buktikan kepada kami, bahawa apabila dapat jawatan itu anda menjalankan tugas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung. Jangan selalu menyalahkan orang lain sekiranya anda gagal menjalankan tugas. Kuasa penduduk kampung sungguh berkesan untuk memilih pemimpin akan datang jika sekirnya anda tidak berubah, penduduk kampung tiada pilihan lagi melainkan melalui kuasa pemilihan yang ada ditangan penduduk kampung untuk memilih seorang pemimpin yang benar-benar menjalankan tugas bukan dipengaruhi oleh nama jawatan itu, wang ringgit tetapi disebabkan oleh komitmen dan kesedaran mahu menjadi pemimpin ikhlas dan untuk kepentingan penduduk kampung.
No comments:
Post a Comment