SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, December 20, 2010

Harga getah cecah paras tertinggi RM14.13 sekilogram

Harga getah cecah paras tertinggi RM14.13 sekilogram

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Harga getah di pasaran kini mencecah RM14.13 sen sekilogram dan dijangka kekal pada paras tertinggi sehingga pertengahan tahun depan.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, harga itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri getah di Malaysia.
'Peningkatan itu berlaku ekoran permintaan yang tinggi dari seluruh dunia akibat perubahan cuaca dan musim di negara-negara pengeluaran getah lain seperti China, Vietnam dan Thailand,' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Penasihat Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau menyarankan para penoreh getah di seluruh negara agar mengambil kesempatan tersebut dan meningkatkan produktiviti bagi mendapat keuntungan yang lebih lumayan.
"Keuntungan yang diperolehi hari ini membolehkan penoreh getah membeli baja untuk penggunaan pada masa hadapan.
"Penoreh getah digalakkan untuk menoreh getah pada sebelah petang bagi mengoptimumkan hasil kerana sebelum ini mereka hanya menoreh pada waktu pagi," katanya.
Harga getah di pasaran dunia kini mencatatkan sejarah baru kerana mencecah RM14 sekilogram berbanding RM4 sekilogram lima tahun lalu.
Dalam pada itu, Abdul Rahim menasihatkan 350,000 penoreh getah di seluruh negara menjual hasil getah mereka kepada RISDA yang menawarkan harga antara RM6 hingga RM7 sekilogram.
"Jangan jual hasil getah kepada orang tengah kerana harga tawaran mereka adalah lebih rendah daripada RISDA," katanya.
Tambahnya, orang tengah biasanya memberi alasan seperti terlalu banyak air di dalam kandungan getah bertujuan merendahkan harga tawaran demi kepentingan diri sendiri.
"Justeru itu, para penoreh getah dinasihatkan menjual hasil getah yang kurang daripada 25 tan kepada RISDA dan hasil yang melebihi 25 tan boleh menjual terus kepada kilang," katanya.
Pada masa sama, Abdul Rahim juga memberitahu, RISDA akan menambahkan bilangan depot pembelian getah dan pusat timbang dan stor (PTS) di seluruh negara sebagai satu langkah untuk membasmi orang tengah yang mengaut keuntungan daripada penoreh getah.

Pakatan PKR hanya sandiwara?

Kata orang di permulaan percintaan, semuanya manis-manis; bahu busuk pun termasuk kentot juga wangi. Demikian lah yang berlaku dalam Konvensyen Pakatan semalam.

Umum mengetahui, DAP pernah bergabung dengan PAS pada tahun 1990 diambang pilihan raya melalui barisan alternatif, namun selepas sahaja gagal dalam PRU itu, DAP dan PAS bertelagah lagi. Kemudian itu, parti yang sama bergabung semula pada PRU-1999, namun selepas PRU- dua parti itu seperti biasa berpisah lagi.

Pada PRU-2008, parti yang berbeza matalamat ini berpakat semula-melalui persetujuan peletakan calon, yakni satu lawan satu terhadap BN, memandangkan keputusan PRU itu membolehkan Pakatan longgar itu berjaya merampas 5 negeri, termasuk Kelantan, maka mereka menjadi gairah, dengan memijak prinsip masing-masing-demi menawan Putrajaya.

Pada Konvensyen Pakatan semalam, terlihat bagaimana skrip akomodasi yang tersembunyi antara para pemimpin Pakatan, agar kelihatan bahawa kesepakatan mereka adalah ikhlas.

Para pemimpin Pakatan berjaya dalam lakonan mereka seperti mana arahan dalam skrip. Misalnya Lim Guan Eng berlagak bodoh bodoh sombong, dengan mengatakan bahawa DAP tidak mempunyai kuasa mencipta hubungan diplomatik dengan Singapura, apatah lagi persisik rahsia mereka.

Umum mengetahui, bahawa hubungan antara DAP dan People Action party (PAP) Singapura adalah hubungan antara abang-adik; pun demikian melalui skrip pada konvensyen pakatan itu, fakta seumpama ini dikelirukan daripada rakyat.

Salama konvensyen itu juga Karpal Singh mempergunakan bahasa berbelit, dengan mengatakan bahawa DAP menerima Islam sebagai agama rasmi negara, bukan Negara adalah negara islam. Permainan kata-kata ini sukar difahami pleh pemimpin PAS terutama Haji Hadi, sehingga dalam pengulungannya tidak pun menyebut ucapan Karpal itu.

Karpal berlakon sesuai dengan skrip dengan mengatakan bahawa isu agama islam, kononnya mesti diselesaikan dengan cepat, agar tidak diekspilotasi oleh BN. Melihat nada ucapan ini, pengakuan Karpal dalam konvensyen itu sebenarnya hanya bersandiwara.

Wednesday, December 15, 2010

Dr Jeffrey dijangka keluar PKR

Pemerhati politik melihat pengunduran Dr Jefrrey sebagai tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan kedudukan di Sabah, yang dianggap sebagai ‘simpanan tetap’ untuk Barisan Nasional (BN).

Thursday, December 9, 2010

Lama tidak dengar suara

Saya terlelap sekejap, kerana sepanjang siang hari membantu menyelaras Bengkel Kg Cemerlang dan Berinovasi anjuran bersama Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan ekonomi dan Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara, di Usukan Cove resort, Kuala Abai Kota Belud bermula pada 8-9 Disember 2010,  tiba-tiba telefon berbunyi dengan nada dering Tuhan selalu baik, jam menunjukkan waktu pukul 10.00 malam.

Suara yang pernah saya dengar tetapi jarang berbual, dalam hati saya itu suara YB Datuk Johnny Goh Wakil Rakyat N13 Inanam. Seperti biasa YB Datuk bertanya keadaan saya, "keselamatan" saya dan saya katakan kepada YB Datuk bahawa saya baik-baik saja. 'Terima kasih YB Datuk kerana menelfon saya dan bertanya kabar' kata saya.

Seterusnya, seperti bulan jatuh keriba, apabila YB Datuk ADUN N13 Inanam, memberi tahu kepada saya bahawa, beliau akan membina balairaya di Kampung Sinompuru berukuran 20kaki X 30Kaki tahun depan. Saya bertanya kepada beliau sama ada saya perlu buat kertas kerja katanya boleh juga.

Dalam kesempatan yang cukup selesa bagi saya untuk bercakap kepadanya, maka sayapun mengemukakan beberapa permohonan seperti jalanraya kampung dan kemudahan prasarana yanag lain. Terima kasih YB Datuk kerana prihatin kepada penduduk kampung.

Sunday, March 7, 2010

STACY- RELA

AWAS! Perbuatan "DILARANG" oleh DAP.


 
Mereka ini pernah dipuja-puja Pakatan Pembangkang. Mereka kini dipijak-pijak kerana mempertahankan prinsip perjuangan masing-masing.Mereka masih dalam senarai DAP kerana melanggar larangan.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kedah dan Pulau Pinang bersatu mendesak Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) harii ini meletakkan jawatannya yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu bagi membolehkan rakyat memilih ahli parlimen yang baru......Sebagai simbolik, pada perhimpunan itu turut membakar poster yang bertulis perkataan ‘Zulkifli Tidur’, Zulkifli Tak Buat Kerja’, ‘Zulkifli Tak Turun Padang’ dan lain-lain. [di sini]
YB Zulkifli Noordin bagai bukit yang berdiri teguh. Pendiriannya tidak berubah. Awal-awal lagi dia sudah memberikan isyarat kepada JK Desiplin PR. "Nak pecat, pecatlah"!. Seakan dia sudah melihat dunia JK Desiplin PR itu kecil dan alat para firaun kecil. Siapa yang tunduk kepada firaun?

AMK sekadar mampu menyalak bukit yang teguh. Menyalak sehingga kehabisan suara sekalipun, sehingga terkencing-kencing, mereka tak akan mampu menggugat kedudukan YB. Zul. YB Zul tetap juga sebagai MP. Kulim Bandar Baharu. Jika mereka bercakap mengenai "maruah dan prinsip", YB Zul lebih awal lagi memberitahu mereka bahawa dia bertegas kerana "maruah dan prinsip".BACA SENJALIZA DI SINI

Monday, October 12, 2009

JKKK (Penaja) menghalang tugas Ketua Kampung

Pengujudan sebuah kampung di atas Tanah Kerajaan Negeri, merupakan satu kesalahan dan boleh dikatakan penempatan sebuah perkampungan itu dikategorikan sebagai penempatan setinggan. Adalah dikira sangat beruntung, kalau sebuah perkampunagn itu mendapat sokongan pemimpin masyarakat, seperti wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT).

Dalam hal yang demikian, seorang ketua samada Ketua Kampung Penaja atau Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sesebuah perkampungan tersebut, akan memohon permohonan Tanah Perkampungan melalui Jabatan Tanah dan Ukur. Proses permohonan untuk mendapatkan Tanah Rezab  perkampungan bukanlah sesuatu yang singkat dan mudah, ianya melalui satu peroses ynag agak lama, kerana melibatkan beberapa agensi seperti, Perangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hasil dan Bumi dan Ketua Menteri dan seterusnya Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri Sabah untuk menandatangani surat perwartaan Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri. Mengikut pengalaman, semantara menunggu jawaban dari setiap agensi, kita perlu merujuk dari masa kesemasa, ini memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit untuk berulang alik untuk mendapatkan jawaban. Kalau nasib baik, kalau tiada aral melintang maka fail tersebut akan bertukar kepada pihak yang seterusnya dan kalau tidak kita akan bermula semula dari bawah.


Setelah perkampungan tersebut mendapat watikah perwartaan sebagai Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri, maka terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh penduduk kampung dan pemimpin kampung lain seperti JKKK.

Antara peraturan atau undang-undang tersebut ialah:
Terkandung dalam :
SEKSYEN 78 (1),(2) DAN (3)

ORDINAN TANAH BAB 68

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1),(2) dan (3) seksyen 78 Ordinan Tanah, Yang di Pertua Negeri telah mengisythiarkan Tanah Kerajaan yang diperihalkan di dalam Jadual bersama ini sebagai Tanah Rizab Anak Negeri yang dikenali sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Sinompuru (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tanah Rizab') untuk kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk maksud kediaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Tanah Rizab ini adalah kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk pembinan rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan tambahan yang lain.;
  2. Penduduk-penduduk Kampung tersebut adalah dibenarkan untuk menjalnkan adat-resam industri kampung, memelihara ayam, binatang ternakan dan berkebun tanaman jualan di dalam kawasan Tanah Rizab tersebut;
  3. Tiada seorngpun anak Negeri yang bukan pada lazimnya bermastautin di kampung Sinompuru dibenarkan dan membina sebarang bangunan di dalam  Tanah Rizab itu tanpa keizinan daripada PEMEGANG AMANAH;
  4. Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Kinabalu, Ketua Derah Kota Kinabalu dan Ketua Kampung Sinompuru adalah dengan ini dilantik sebagai Pemegang Amanah Tanah Rizab itu tertakluk kepada arahan-arahan Setiausaha Hasil Bumi;
  5. Pemegang Amanah hendaklah memagar atau menyebabkan supaya dipagar sempadan Tanah Rizab tersebut dengan cara yang memuaskan hati Setiausaha Hasil Bumi dan kemudian memeliahar pagar tersebut dengan cara yang memuaskan hatinya dan;
  6. Seseorang yang terkilan oleh sesuatu tindakan atau sesuatu yang tidak dilakukan oleh Pemegang Amanah boleh memohon kajian semula kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang keputusannya adalah muktamad.
Dalam hal menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kampung (Pemegang Amanah), syarat-syarat perkara (1) dan (2) telah dikuatkuasakan dan peraturan-peraturan ini adalah hasil permuafakatan dan telah dihebahkan kepada penduduk kampung dan mendapat persetujuan seperti diterangkan di bawah:

MEMBICARA, MEMUTUSKAN DAN MELUPUSKAN KES

a) Kes-Kes Yang Timbul Daripada Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Anak Negeri

yang semuanya adalah Tinggal di Kampung Sinompuru (Anak Negeri)

b) Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Negeri, Daripada Segi Pertunangan, Perkahwinan Atau Seksual

(i) Pertunangan, Perkahwinan,Penceraian ,Pembatalan Perkahwinan Dan Pemisahan Perkahwinan

(ii) Pengambilan Anak Angkat, Penjagaan dan Jagaan Anak, Nafkah Tangungan dan Keesahan

(iii) Hadiah Atau Menentukan Waris Wasiat

c) Kes-Kes Lain Jika Bidang Kuasa Diberikan Kepadanya Oleh Enakmen Ini Atau mana- mana Undang-Undang bertulis yang Lain.


PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT


LOT

• Lot tidak boleh tukar milik tanpa persetujuan daripada Ketua Kampung

• Lot tidak boleh dijual, sekiranya didapati lot itu akan ditarik/diambil oleh  Ketua Kampung

Lot yang tidak diusahakan lebih dari 6 bulan akan diberikan kepada pemilik baru yang layak

• Hanya Ketua Kampung yang boleh memberi lot kepada pemohon yang layak
• Pemilik Lot boleh membina rumah,menanam pokok buah-buahan dan menternak binatang dengan syarat berkurung

• Bukan pemilik/Orang luar tidak boleh membuat sebarang bentuk rumah dikampung tanpa keizinan Ketua Kampung

Merujuk kepada syarat-syarat dan peraturan Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru, tiada satu pun ayat menyebut bahawa JKKK (penaja) boleh memberi lot dan membenarkan orang luar membina rumah atau  campur tangan dalam hal Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru.

Dalam ruangan ini, saya memohon kepada semua penduduk kampung termasuk Pengerusi JKKK (penaja)agar mematuhi peraturan dan menjaga ada istiadat resam kampung Sinompuru. Sebagai pemimpin kita seharusnya menjadi contoh kepada penduduk kampung dan mematuhi peraturan dan melakukan perkara yang baik.

Sebagai seorang Penasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung, saya merayu buatlah perancangan untuk kemajuan kampung. Saya melihatkan banyak yang perlu kita usahakan untuk mendapat sokongan daripada Wakil Rakyat N13 Inanam, seperti Balai Raya, Padang, jalanraya, dan Air paip yang bersih.Tanah dan kawasan untuk membuat kemudahan asas tersebut sudah ada dan menunggu untuk tindakan dan usaha yang berterusan oleh JKKK.

Berjumpa lagi dalam ruangan Komentar Ketua Kampung Sinompuru akan datang.