SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 21, 2011

Sejarah Tumunda bin Yuggonit

PENGKISAHAN TUMUNDA BIN YUNGGONIT

Berikut adalah hasil cerita daripada mereka yang pernah ditemu ramah tentang pengkisahan Tumunda Bin Yunggonit , beliau ini adalah berasal daripada Paitan, Beluran, Sandakan lebih kurang 2,000 tahun dahulu dan boleh berbahasa dalam pelbagai loghat bahasa , mengikut cerita mereka, bahawa beliau berasal dari Nunuk Ragang,Sungai Liwogu, antara Ranau dan Sandakan, beliau adalah suku kaum Tombonuo, bahasa Tombonuo, mereka berpindah randah di Paitan,Tumunda adalah seorang yang sangat disegani kerana keberaniannya, berbadan sederhana besar, ketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci, tegap, berkebal lagi kuat, kacak, pandai berpidato, boleh melompat setinggi 30 kaki, dengan mengamalkan kepercayaan kuno dahulu kala, beliau kerapkali berulang alik ke Tamu di Brunei, sebelum beliau ke sana, beliau akan berfirasat dengan menendang bahagian tajam bujak (LITUKAN) ke arah langit kalau naik melambung dan tidak kelihatan lagi, beliau akan meneruskan perjalanannya, jika bujak itu tidak melambung naik, dia lantas batalkan hasratnya. Firasat yang kedua ialah dengan menggunakan kerisnya . Beliau akan menghiris tangannya. Jika tidak luka barulah beliau akan meneruskan perjalanannya . Di sepanjang perjalanannya ke Tamu di Brunei, beliau hanya singgah dan mencabut pokok-pokok rotan saga secukupnya dengan tidak menggunakan benda tajam dan sebagainya, hanya ditarik mengunakan tangan sambil berjalan. Tujuannya ialah untuk ditukarganti dengan garam dan sebagainya. Setibanya di sebuah pangkalan perahu-perahu layar dahulu kala sedang menunggu lantas beliau memuatkan barang-barang bawaannya dan belayar, di tengah-tengah pelayaran terjumpa penjahat digelar Bolongingi, lanun laut, Shariff-shariff tumpas di tangannya. Perjalanan diteruskan dan begitulah seterus-seterusnya.
Alkisah Tumunda, beliau beristeri ramai di mana-mana kampung di perbukitan, khususnya di sepanjang jalan dari Paitan ke Tamu di Brunei, beliau dikisahkan mempunyai isteri yang ramai di Paitan, suku kaum Tombonuo, Rungus, Sonsogon, dan Kimaragang malahan beristerikan seorang anak Shariff (suku kaum Brunei) (tiada anak) cerita nyata ramai keturunannya di setiap suku kaum dari Beluran, Paitan ke Tandek, Kota Marudu. Menyentuh kisah isteri-isterinya di suku kaum Kimaragang dengan asal usul mereka adalah Sonsogon, mengikut nama sungai sahaja dan petempatan mereka khususnya di sepanjang Sungai Bengkoka jelas masih ada sungai tersebut cuma kayu kayan sahaja tidak kelihatan lagi. Ramai isteri Tumunda dan keturunannya di merata-rata tempat di kawasan Tandek sekarang dan mencari pendapatan dari segi ekonomi dan pendidikan. Generasi Tumunda telah berkembang dan sekarang jumlah keturunannya ialah 6 keturunan, yang jelas dipaparkan seperti berikut:-
TUMUNDA BIN YUNGGONIT
Anak pertama-Osong (p), suaminya bernama Balaban;
Anak-anaknya 1.Sungiab 2.Maganda 3.Inggong 4.Lungkee 5.Rungaying
Anak kedua-Udowoy (p), suaminya bernama Marawan
Anak-anaknya 1.Rudiying@Andut 2.Masanda
Anak ketiga-Odoyo (p), suaminya bernama Jaini
Anak-anaknya 1.Pamadsu 2.Yopiyi
Anak keempat-Impayan (p), suaminya bernama Lindungan
Anak-anaknya 1.Omiyi 2.Sumisih 3.Unggut 4.Koris 5.Kondok 6.Inaun 7.Ayeh8.Andung
Anak kelima-Okolow (p), suaminya bernama Lungkibon
Anakanaknya 1.Inapai 2. Yundaying
Anak keenam-Ponggoron (L), isterinya bernamaInoying & Kokiban
Anak-anaknya 1.Masabun 2.Injawan 3.Utit 4.Uriying 5.Onilik 6.Jamari 7.Uyien8.Gorotom
Anak Ketujuh- Arani@Lungkodon (L), isterinya bernamaUrimbot
Anak-anaknya 1.Rosinding 2.Uriyim 3.Majun 4.Jainah 5.Bayan 6.Undirin
Anak kelapan-Pamantug@Suduk (L), isterinya bernama Suraying
Anak-anak 1.Uliyim 2.Yoyog 3.Paduka 4.Simpungon 5.Yabi 6,Simbunon7.Simbungon
Sahadan, alkisah Tumunda dengan memaparkan nama anak-anak dan cucu-cucunya diharap anda dengan sendirinya memperbetulkan nama-nama mereka kerana didapati tidak tersusun mengikut urutan, lebih-lebih lagi nama isteri-isteri Tumunda dari Paitan ke Tandek, Kota Marudu, tidak diketahui nama-nama mereka,dan nama-nama bin/binti isteri/suami anak-anakTumunda juga tidak di ketahui, maka dengan itu pandai-pandailah bertanyakan namanya, adalah dicadangkan supaya suatu ahli jawatankuasa yang bijak pandai ditubuhkan dengan membukukan cerita pengkisahan ini dengan menjual wajib sesama sendiri, hasilnya dijadikan Dana Tumunda projek jangka panjang mesti menubuhkan YAYASAN TUMUNDA,dan membuat lawatan sambil mengutip pengkisahan di Paitan, Beluran dan seterusnya di Nunuk Ragang sana, sekian dan terima kasih.

Tuesday, February 22, 2011

Lampu Jalan Kampung

Bagi pihak penduduk kampung, saya mengucapkan terima kasih kepada Wakil Rakyat N13 Inanam, YB Datuk Johnny Goh, DBKK, dan SESB kerana telah meluluskan 10 buah lampu jalan kampung pada 20 Februari 2011.

Jalan kampung sudah terang benderang, tidak payah takut dengan ular, atau tunggul kayu lagi. Untuk makluman Balai Raya Baru Kampung sudah diluluskan oleh YB Datuk Johnny Goh ADUN N13 Inanam, dan pelaksanaan membuatnya akan dilakukan bila-bila masa dari sekarang.

Penduduk kampung yang dihormati marilah kita MISOMPURU dan memberi sokongan kepada ADUN kita YB Datuk Johnny Goh, kerana kampung kita memerlukkan kepemimpin sepertinya.

Friday, February 4, 2011

Monday, January 31, 2011

RAHSIA KUNYIT

   KUNYIT – LEBIH DARIPADA BAHAN REMPAH UNTUK MEMBUAT KARI
oleh: Benjamin Drewe

Jarang-jarang sekali dapat kita temui sebuah taman kampung di kawasan tropika yang tidak ditumbuhi pokok berdaun besar yang merupakan anggota famili halia ini. Nama saintifiknya ialah Curcuma longa, manakala dalam bahasa Inggeris biasa pula ia dipanggil Turmeric. Batangnya yang seakan akar, dipanggil rizom, ditumbuhi akar serta tunas, dan dan mudah dikenali dengan warna kuning/jingga. Batang berakar inilah yang
menjadi bahan utama untuk dijadikan serbuk kari. Malah, rasa kunyit inilah yang memberikan rasa utama yang terdapat pada serbuk rempah yang menjadi ramuan asas bagi kebanyakan juadah Asia, manakala bahan rempah lain hanya menghasilkan kebanyakannya rasa pedas-pedas sahaja. Kunyit merupakan contoh terbaik satu keadaan yang mana garis pemisah di antara herba bahan masakan dan herba ubatan adalah amat halus sekali. Di samping menghasilkan perisa dan warna kepada pelbagai gulai, secara serentak sifat antipengoksidanya melindungi sistem pencernaan anda daripada toksin (bahan beracun) dan asid lemak berbahaya yang terkandung dalam makanan, serta membantu sistem imun anda untuk menentang jangkitan dan meredakan masalah radang lebihan dalam keseluruhan tubuh anda. Dari segi ini, penggunaan Kunyit dalam masakan kari dan pelbagai jenis gulai lain di Asia sepastinya tidak berlaku secara kebetulan, terutamanya memandangkan bahawa cuaca di negara tropika yang kebanyakannya panas dan lembap menyebabkan makanan yang dimasak boleh menjadi basi dalam tempoh hanya beberapa jam sahaja. Pigmen kuning yang terdapat pada Kunyit terhasil daripada kandungan utamanya, curcumin, yang juga merupakan ramuan ubatannya yang paling aktif. Ramuan inilah yang telah menjadikan Kunyit suatu herba ubatan paling utama sejak zaman purba lagi. Tidak hairanlah bahawa Kunyit tersenarai dalam sebuah kitab herba Assyria bertarikh kira-kira tahun 600 sebelum Masihi, di samping ada juga disebut oleh seorang tokoh masyhur dalam sejarah bernama Dioscorides. Kunyit memainkan peranan penting dalam sistem perubatan tradisional India iaitu Ayurveda dan juga sistem perubatan tradisional Cina, di samping menjadi suatu bahan dagangan utama yang dibawa dari Asia ke Barat sejak zaman terawal perdagangan antara benua menggunakan kapal layar melalui "laluan rempah" yang merentasi Lautan Hindi. Kunyit dan ramuan aktifnya, curcumin, telah terbukti memiliki sejulat luas tindakan penyembuh dalam kajian melibatkan haiwan mahupun kajian terhadap manusia tanpa mengakibatkan sebarang ketoksikan (keracunan). Kajian-kajian ini telah menunjukkanbahawa Kunyit mempunyai sifat-sifat berikut: antipengoksida, antiradang, antiplatlet, mengurangkan kolesterol, antiketumbuhan, penyembuh luka, malah mungkin juga kesan anti-HIV.
ANTIPENGOKSIDA
Manakala mekanisme tepat bagi tindakan bahan-bahan yang terkandung dalam Kunyit masih diselidiki untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas tentangnya, diketahui bahawa gabungan khasiat antipengoksida kuatlah yang melindungi daripada kerosakan akibat radikal bebas, lalu dengan itu membuat Kunyit berguna dalam menentang pelbagai masalah yang mana radikal bebas memainkan peranan utama.
ANTIRADANG
Di India, Kunyit lazim digunakan untuk merawat atritis (sakit sendi) dan asma (lelah), bilamana penduduk kampung akan menelan serbuk Kunyit dengan sukatan sudu teh ketika mengalami masalah. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa Kunyit meredakan radang melalui tindakan antihistamin berserta peningkatan dalam penghasilan kortison asli daripada kelenjar adrenal. Dalam dua kajian (double-blind) didapati bahawa Kunyit memiliki sifat antiradang yang mujarab pada pesakit yang menghidapi atritis reumatoid di samping berkesan untuk melegakan radang selepas pembedahan.
PELINDUNG HATI
Di Asia, Kunyit lazimnya digunakan untuk merawat masalah kurang pencernaan, jaundis (sakit kuning), serta masalah hati dan pepundi hempedu (gall bladder). Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin mempunyai sifat-sifat melindung hati daripada sebilangan sebatian toksik. Kunyit juga menghasilkan kesan menggalakkan pengaliran hempedu. Manakala Kunyit berguna untuk mencegah penyakit pepundi hempedu, ia harus digunakan dengan lebih berhati-hati dalam merawat batu hempedu (gallstone). Kerosakan hati akibat keracunan makanan juga dapat dipulihkan. Dalam satu kajian rabun dua pihak (double-blind) di Thailand, Kunyit dikaji kesannya dalam melegakan kurang pencernaan dan angin. Bilangan mengagumkan iaitu sebanyak 87% daripada pesakit yang menerima rawatan Curcuma menunjukkan hasil positif terhadap rawatan, yang telah mendorong penghasilan beberapa ubatan paten untuk kurang pencernaan mengandungi curcumin terpiawai. Kunyit juga mengandungi beberapa sebatian asli yang bertindak sebagai bahan antiasid asli, dengan itu melindungi salutan perut daripada asid lebihan dan pembentukan ulser (borok).
ANTI-ARTEROSKLEROSIS
Kunyit juga telah terbukti berupaya mengurangkan platlet (suatu bahan kandungan darah yang terlibat dalam pembekuan darah) daripada bergugus-gugus, lal memperbaik peredaran darah dan membantu melindungi daripada arterosklerosis (pemegalan sendi). Beberapa kajian juga telah menunjukkan bahawa menelan pati Kunyit setiap hari mengurangkan paras lipoprotein ketumpatan rendah (LDL, atau kolesterol tidak bagus) dan meningkatkan lipoprotein ketumpatan tinggi HDL, atau kolesterol bagus) di kalangan subjek kajian yang sihat. Kesemua penyelidik merumus bahawa Kunyit berguna dalam pengurusan arterosklerosis dan penyakit kardiovaskular.
MENINGKATKAN SISTEM IMUN DAN ANTIBARAH
Berbilangan institut penyelidikan barah, termasuk Pusat Penyelidikan Barah Amala di India, telah mengesahkan bahawa curcumin meningkatkan secara ketara beberapa parameter aktiviti sistem imun dalam meningkatkan aktiviti melawan jangkitan dan antiketumbuhan. Para penyelidik juga telah memulakan beberapa kajian terhadap penggunaan curcumin untuk merawat jangkitan HIV, yang mana ia telah didapati
memiliki sifat-sifat anti-HIV yang nyata dalam tabung uji. Ia juga didapati melindungi jangkitan seterusnya akibat keimunan yang terturun, misalnya jangkitan virus Epstein- Barr (EBV). Pelbagai kajian lain juga telah menunjukkan tindakan mencegah barah oleh curcumin dalam kes barah-barah berikut: kerviks, perut, duodenum, kolon, payu dara dan kulit, dengan peningkatan tambahan dalam kesan pembunuh barah oleh kaedah radioterapi dan kemoterapi. Sebanyak manakah biasanya harus ditelan? Manakala Kunyit sebagai suatu rempah sememangnya berguna sebagai sebahagian daripada makanan biasa seseorang, sesetengah daripada bahan dalam kunyit tidak larut dalam air, dan sesetengah yang lain pula terlalu peka (sensitif) terhadap haba. Dos harian yang dianggap sesuai ialah 0.5 gram serbuk kering sehari. Manakala paras curcumin yang terdapat dalam kunyit kering biasanya antara 1.5 hingga 4%, untuk memperolehi hasil yang lebih baik pati kunyit terpiawai dijangka lebih mujarab. Ada baiknya jika diingati bahawa Kunyit jarang kali
disediakan sebagai herba tunggal, tetapi lazimnya secara bergabung dengan herba lain dalam rumusan herba.
FITONUTRIEN
Fasa seterusnya dalam penyelidikan herba kini mula melihat herba seumpama Kunyit sebagai “fitonutrien” (phytonutrients), iaitu zat tumbuhan yang menyediakan kita dengan perlindungan dan sokongan pemakanan yang penting. Zat herba ini tidak terdapat pada suplemen garam galian atau suplemen vitamin, tetapi lahir daripada tindak balas kimia yang rumit di antara bahan-bahan herba itu sendiri. Hanya penyelidikan selanjutnya sahaja yang bakal memberikan kita kefahaman tepat tentang sebanyak manakah manfaat kesihatan yang kita perolehi setiap kali kita menikmati kari atau gulai kegemaran kita.
Benjamin Drewe ialah seorang Pengamal
Perubatan Herba.

Friday, January 7, 2011

PIKUL TANGGUNG JAWAB

Di kampung saya ada yang mahu menghidam untuk menjawat jawatan diperingkat kampung, apa bila dapat jawatan tersebut, dia tidak menjalankan tugas. Tidak pernah mengadakan mesyuarat kampung, apa tah lagi mengadakan gotong royong membersih kawasan perkampungan.

Yang hairannya apabila ada yang mengambil tanggungjawab, dia marah dengan orang itu, sedangkan orang yang mengambil tanggungjawab itu, sukarela untuk membantu kemajuan kampung. 

Pemimpin jenis apa ini?.Perlukah kita biarkan jenis orang ini menjadi pemimpin di kampung kita? saya pernah berjumpa dengan pemaju mukim Menggatal dan berbincang berkenaan dengan orang ini. Pemimpin ini merayu-merayu sambil menangis memohon agar dia dipilih menjawat jawatan tersebut,

Apakah matlamatnya hendak menjadi jawatan itu? kalau tujuannya hanya mendapat habuan atau kepentingan, ketepikalah itu, kerana penduduk kampung mahukan seorang pemimpin yang pandai merancang, melaksana dan menjadi contoh tualadan kepada penduduk kampung.

Pengorbanan masa, wang ringgit tidak lari daripada seseorang yang ingin menjadi pemimpin. Kalau pemimpin itu tidak dapat melakukannya seperti itu, janganlan jadi pemimpin memalukan diri sendiri.

Pada zaman ini, seorang pemimpin diperingkat kampung, pemimpin itu sekurang-kurangnya pandai menggunakan komputer kerana hari ini mesin taip tidak laku lagi. Kalau komputer dan mesin taip tidak pandai macammana nak jadi pemimpin?. Sedarlah kemampuan diri sendiri.

Nak menulis, mengarang, merancang? jauh sekali apa tah lagi berucap perlulah belajar lagi. Di kampung kita ini ada ramai yang berkelulusan ijazah, berilah peluang kepada mereka. Tapi ada orang yang mengatakan pemimpin berkenaan pernah berkata bahawa tiada guna tinggi pelajaran semuanya bodoh dia saja yang pandai katanya. Wah kalau benar sungguh dikata buktikan kepada kami kebolehan tersebut.

Zaman ini, kelulusan sekurang-kurang diploma baru dapat kerja. Pengalaman itu penting tetapi mesti disokong oleh kelulusan. Pendidikan itu sangat penting, kerana melalunya kita boleh merubah  kehidupan diri sendiri dan keluarga, bangsa dan nusa.

Sejak dia sudah jadi pemimpin, kampung kami mundur kebelakang, tiada ada aktiviti menyebabkan kampung menjadi sepi dan tidak meriah. Ketua kampung sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat tetapi pemimpin ini membiokot dan menyeru penduduk kampung menggagalkan usaha Ketua Kampung. Susah kalu jadi macam ini kata penduduk kampung.

Ada yang menyalahkan YB, tetapi saya berpendapat bukan YB yang bersalah dalam soal ini. Seorang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin, apa tah lagi merayu-rayu mahu jawatan itu, harus menjaga nama YB kita dengan menjalankan tugas dengan penuh dengan tanggungjawab.

Buktikan kepada kami, bahawa apabila dapat jawatan itu anda menjalankan tugas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung. Jangan selalu menyalahkan orang lain sekiranya anda gagal menjalankan tugas. Kuasa penduduk kampung sungguh berkesan untuk memilih pemimpin akan datang jika sekirnya anda tidak berubah, penduduk kampung tiada pilihan lagi melainkan melalui kuasa pemilihan yang ada ditangan penduduk kampung untuk memilih seorang pemimpin yang benar-benar menjalankan tugas bukan dipengaruhi oleh nama jawatan itu, wang ringgit tetapi disebabkan oleh komitmen dan kesedaran mahu menjadi pemimpin ikhlas dan untuk kepentingan penduduk kampung.

Wednesday, January 5, 2011

SINOMPURU OH SINOMPURU: Antara Niat Dan Sikap

SINOMPURU OH SINOMPURU: Antara Niat Dan Sikap: "Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. ..."