SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, January 9, 2011

15 (1995-2010) years Adventist Youths Homecoming




Posted by Picasa

Friday, January 7, 2011

PIKUL TANGGUNG JAWAB

Di kampung saya ada yang mahu menghidam untuk menjawat jawatan diperingkat kampung, apa bila dapat jawatan tersebut, dia tidak menjalankan tugas. Tidak pernah mengadakan mesyuarat kampung, apa tah lagi mengadakan gotong royong membersih kawasan perkampungan.

Yang hairannya apabila ada yang mengambil tanggungjawab, dia marah dengan orang itu, sedangkan orang yang mengambil tanggungjawab itu, sukarela untuk membantu kemajuan kampung. 

Pemimpin jenis apa ini?.Perlukah kita biarkan jenis orang ini menjadi pemimpin di kampung kita? saya pernah berjumpa dengan pemaju mukim Menggatal dan berbincang berkenaan dengan orang ini. Pemimpin ini merayu-merayu sambil menangis memohon agar dia dipilih menjawat jawatan tersebut,

Apakah matlamatnya hendak menjadi jawatan itu? kalau tujuannya hanya mendapat habuan atau kepentingan, ketepikalah itu, kerana penduduk kampung mahukan seorang pemimpin yang pandai merancang, melaksana dan menjadi contoh tualadan kepada penduduk kampung.

Pengorbanan masa, wang ringgit tidak lari daripada seseorang yang ingin menjadi pemimpin. Kalau pemimpin itu tidak dapat melakukannya seperti itu, janganlan jadi pemimpin memalukan diri sendiri.

Pada zaman ini, seorang pemimpin diperingkat kampung, pemimpin itu sekurang-kurangnya pandai menggunakan komputer kerana hari ini mesin taip tidak laku lagi. Kalau komputer dan mesin taip tidak pandai macammana nak jadi pemimpin?. Sedarlah kemampuan diri sendiri.

Nak menulis, mengarang, merancang? jauh sekali apa tah lagi berucap perlulah belajar lagi. Di kampung kita ini ada ramai yang berkelulusan ijazah, berilah peluang kepada mereka. Tapi ada orang yang mengatakan pemimpin berkenaan pernah berkata bahawa tiada guna tinggi pelajaran semuanya bodoh dia saja yang pandai katanya. Wah kalau benar sungguh dikata buktikan kepada kami kebolehan tersebut.

Zaman ini, kelulusan sekurang-kurang diploma baru dapat kerja. Pengalaman itu penting tetapi mesti disokong oleh kelulusan. Pendidikan itu sangat penting, kerana melalunya kita boleh merubah  kehidupan diri sendiri dan keluarga, bangsa dan nusa.

Sejak dia sudah jadi pemimpin, kampung kami mundur kebelakang, tiada ada aktiviti menyebabkan kampung menjadi sepi dan tidak meriah. Ketua kampung sudah beberapa kali mengadakan mesyuarat tetapi pemimpin ini membiokot dan menyeru penduduk kampung menggagalkan usaha Ketua Kampung. Susah kalu jadi macam ini kata penduduk kampung.

Ada yang menyalahkan YB, tetapi saya berpendapat bukan YB yang bersalah dalam soal ini. Seorang yang menawarkan diri untuk menjadi pemimpin, apa tah lagi merayu-rayu mahu jawatan itu, harus menjaga nama YB kita dengan menjalankan tugas dengan penuh dengan tanggungjawab.

Buktikan kepada kami, bahawa apabila dapat jawatan itu anda menjalankan tugas seperti yang dikehendaki oleh penduduk kampung. Jangan selalu menyalahkan orang lain sekiranya anda gagal menjalankan tugas. Kuasa penduduk kampung sungguh berkesan untuk memilih pemimpin akan datang jika sekirnya anda tidak berubah, penduduk kampung tiada pilihan lagi melainkan melalui kuasa pemilihan yang ada ditangan penduduk kampung untuk memilih seorang pemimpin yang benar-benar menjalankan tugas bukan dipengaruhi oleh nama jawatan itu, wang ringgit tetapi disebabkan oleh komitmen dan kesedaran mahu menjadi pemimpin ikhlas dan untuk kepentingan penduduk kampung.

Wednesday, January 5, 2011

SINOMPURU OH SINOMPURU: Antara Niat Dan Sikap

SINOMPURU OH SINOMPURU: Antara Niat Dan Sikap: "Kejayaan dalam mendidik manusia ialah bilamana seseorang itu mampu memperkenalkan Tuhan kepada manusia sehingga takut dan cinta kepada-Nya. ..."

Monday, January 3, 2011

Tajuk-tajuk berita sensasi mewarnai tahun baru 2011

Tuduhan terhadap Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Utama Dr. Rais bin Yatim melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya, Robengah, pada 2007. Lihat
http://www.sabahkini.net.

Datuk Jeffrey Kitingan keluar dari PKR tetapi berubah fikiran  atau lebih terkenal dengan panggilan FICKLE-MINDED.

Pasukan Bola sepak Negara dinamakan sebagai Harimau Malaya menjadi kontrovesi dimana ramai rakyat Malaysia terutamanya di Negeri Sabah dan Sarawak tidak bersetuju dengan nama pasukan negara tersebut dinamakan sebagai Harimau Malaya. Ianya tidak menggambarkan 1Malaysia seperti yang digambar-gemburkan.

Friday, December 31, 2010

Pertunangan di kampung Sinompuru

Hari ini saya mengurus pertunangan di kampung Sinompuru. Pihak Perempuan minta Berian RM1,000.00 Belanja Hangus (dapor) RM7,500.00 dan 1 ekor kerbau kalau diganti dengan wang RM2,500.00. Hantaran pertunangan RM468.00.

Syarat-syarat pertunagan:

1. Kalau lelaki engkar semua perbelanjaan hantaran pertunangan menjadi hangus (lesap) dan pihak lelaki memberi 1 ekor kerbau harganya RM2,500.00

Kalau perempuan engkar pula siperempuan membayar dua kali lipat belanja hantaran pertunagan dan memberi 1 ekor kerbau berharga RM2,500.00.

3. Si lelaki memberi seekor babi berlilitan lebih dari siku lengan untuk disembelih semasa pertunagan sebagai sogit kampung.

Jangka masa pertunangan:
Satu tahun.

Janji perkahwinan:

Sekiranya kedua-dua mengkhinati perkahwinan masing-masing didenda seekor kerbau berharga RM2,500.00

TIDAK PERLU UNDI PATI

Saya secara peribadi menyokong penuh kenyataan saudara LESAYA LOPOG SORUDIM, dalam tulisannya "UPKO TIDAK PERLU UNDI PATI UNTUK MENANG" ruangannya dalam Sabahkini.net, http://www.sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=5861:upko-tidak-perlu-undi-pati-untuk-menang&catid=35:berita-sabah&Itemid=27 bukan kerana beliau adalah sahabat saya dan bukan juga kerana beliau sama perjuangan dengan saya( beliau Pegawai Penerangan UPKO Bahagian P170 Tuaran-saya pula adalah ahli biasa PBS N13 Inanam) tetapi atas prinsip mendukung keluruhan Perlembagaan yang selama ini kita pertahankan bersama.

Kenyataan Encik Azizul Sanarul @ Ajijul, Ketua Cawangan UMNO Tampi-Tampi Darat Semporna dalam suratnya bertajuk, ‘Halalkan Sahaja IC Projek Milik Pati?’ merupakan satu perlanggaran kepada keluruhan Perlembagaan kita. Bagaimana mungkin 'Projek milik PATI' ini boleh diperakuai dan dihalalkan oleh pihak yang berkenaan untuk mencorak masa depan rakyat Malaysia? yang tulin dan tinggal di negeri Sabah yang asli ini?. Melalui surat terbuka beliau, sebenarnya tidak bersetuju dengan apa yang sudah terjadi. Beliau mendakwa bahawa seramai 1.5 juta PATI memeliki Kad Pengenalan melalui JPN?.dalam suratnya beliau menulis "kita sebagai ‘Anak Jati Sabah’ kerana jumlah kita tidak sampai 800,000 orang daripada 3.4 juta penduduk Sabah?" Wah ramai itu, kita hanya 800,000 orang saja? bagai mana kita menjadi bos dalam negari kita sendiri?

PATI, tidak tahu langsung adat istiadat kita, itulah sebabnya mereka bermaharajalela,menggunakan pintu belakang untuk menyelamatkan bangsa dan masa depan mereka. Saya sebenarnya tidak mempersalahkan mereka juga kerana PATI ini adalah golongan yang 'terpaksa' untuk hidup dalam perantauan, mereka membuat tawaran untuk mendapatkan sesuatu untuk masa depan mereka tetapi saya mempersalahkan orang kita yang diberi kepercayaan mentadbir mengurus negara kita dengan membelakangkan keluhuran perlembagaan kita, mudah terjerbak dengan habuan wang ringgit, batang tubuh manusia yang bertopengkan agama dan kepalsuan.

Saya tidak hairan, masa ini, masa akan datang, kita akan menjadi PATI dalam negara kita sendiri, kerana mereka ini akan menjadi Ketua Menteri,Menteri,SUK, Pengarah dalam Jawatan Perkhidmatan awan dalam kerajaan.

Masa itu baharulah kita mungkin akan bangun, tersedar dari mimpi kita, tetapi nasi sudah menjadi bubur.Walau bagaimanapun mungkin belum terlambat bagi kita untuk memperbetulkan kesilapan kita ini dengan mengambalikan maruah dan mendokong Keluhuran Perlembagaan kita dengan tidak membenarkan PATI mengambil bahagian dalam Parti Politik Negara Malaysia amnya dan khasnya Negeri Sabah yang kita cintai.

Thursday, December 30, 2010

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

1/1/2011 merupakan tarikh keramat bagi semua penduduk di seluruh dunia dimana kita kebiasaanya menyambutnya dengan laungan atau sahutan SELAMAT TAHUN BARU 2011.

Tahun baru 2011 bagi saya adalah tahun yang semuanya baru, cara pemikiran, tindakan, tingkalaku, niat.

Marilah kita sama-sama saling mengasihi antara satu dengan yang lain. Walaupun kita berlainan pegangan agama dan kepercayaan kita mempunyai satu tujuan iaitu mahu hidup aman dan damai dimuka bumi ini. Kita percaya hanya satu Tuhan yang mencipta dunia ini, Tuhan tidak mahu makluk ciptaannya saling benci membenci, fithnah memfithnah bunuh membunuh tetapi Tuhan ingin melihat umatnya saling mengasihi antara satu dengan yang lain.

Bagi mereka yang mencari nafkah, carilah nafkah mengikut cara yang halal dan bagi pemimpin-pemimpin sama ada politik atau pentadbir kerajaan atau swasta laku kan kerja dengan azam yang ikhlas demi untuk berkhidmat untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira bulu, kaum atau agama.

Kibarkan hasrat baik Perdana Menteri 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pembangunan diutamakan. Saya percaya kalau semua kita dapat melakukan perkara tersebut, dunia kita akan bertambah panjang umurnya kerana Tuhan gembira melihatnya.

Semoga Tahun 2011 ini, kita semua diberkati dan kita sentiasa sihat selalu dan hubungan kita dengan Tuhan pencipta kita bertambah intim.

Mazmur 34:8 "Malaikat TUHAN berkemah disekeliling orang-orang yang takut akan Dia, lalu meluputkan(Melindungi) mereka"