SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, June 27, 2009

PERBINCANGAN PUNCA MATA AIR GRAVITI 5 BUAH KAMPUNG

Sabtu 27 Jun 2009 Jam 10:00 pagi




Ketua-Ketua kampung serta pengerusi-pengerusi JKKK 5 buah kampung terdiri dari Kampung Kokol, Sinompuru, Togung, Mensiang, dan Mantabian telah mengadakan perbincangan dan penyelesaian mengenai masalah punca air graviti di kampung tersebut. Walaubagaimanapun Kg Mansing dan Mantabian tidak menghantar wakil masing-masing dalam mesyuarat tersebut.

Ketua Kampung Kokol KK Puan Alice telah mempengerusi mesyuarat tersebut. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah KK Binol Darimbang Ketua Kampung Sinompuru, KK Abun Ketua Kampung Togung, Pengerusi JKKK Kg. Kokol En Daut Nasun dan Pengerusi JKKK (Penaja) Kg.Sinompuru Puan Hamidah Abdullah. Mesyuarat telah membuat ketetapan bahawa semua kampung dinasihatkan mendapatkan sumber air bermula dari “tingkat satu” dan semua kampung harus menggunakan saiz paip berukuran 1 inci sahaja untuk dimasukkan di tangki air masing-masing.

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson - Meninggal dunia
Jun 26, 09 10:51am

Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

micheal jackson past away dead 260609 01Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular - The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Penerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaannya memeluk Islam serta dituduh mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

micheal jackson past away dead 260609 04Michael kaya raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas - dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

Terakhir beliau bergelut dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.


Petikan dari Malaysia Kini