SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, August 30, 2009

Ucapan Takziah kepada puan Aurin Tagok


Brain Thomas Buckley (1957-2009) berasal dari Ireland, mendiang berkahwin dengan Puan Aurin dan mereka telah dikurniakan seorang anak perempuan. Beliau telah berperang melawan kanser hati selama 2 bulan dan telah mengembuskan nafasnya pada jam 6.05 pagi pada 29 Ogos 2009 dirumah beliau dihadapan isteri, anak-anak dan ahli-ahli keluarga.

Saya telah mengenali beliau sebagai seorang insan yang peramah, suka berkawan dengan sesiapa sahaja. Bahasa bukan halangan untuk beliau berkawan dengan penduduk kampung. Saya masih ingat, baru-baru ini semasa penduduk kampung Sinompuru mengadakan sambutan Majlis Pesta Menuai pada 24 Mei 2009, beliau telah banyak membantu kejayaan Pesta Kaamatan tersebut. Pada masa itu tiada tanda-tanda yang beliau mempunyai sakit, beliau telah menyertai pertandingan, tarik tali, Gusti lengan, malah menyerikan majlis pada waktu dengan sumazau, menari joget dengan penduduk kampung dan tetamu undangan.

Beliau sering datang bersama-sama untuk bergotong-royong melaksanakan penyelengeraan Air Paip Graviti dan mesyuarat kampung. Semoga Tuhan memberkati dan menerima dia sebagai sebahagian daripada anak-anakNya yang Dia kasihi.