SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 21, 2011

Sejarah Tumunda bin Yuggonit

PENGKISAHAN TUMUNDA BIN YUNGGONIT

Berikut adalah hasil cerita daripada mereka yang pernah ditemu ramah tentang pengkisahan Tumunda Bin Yunggonit , beliau ini adalah berasal daripada Paitan, Beluran, Sandakan lebih kurang 2,000 tahun dahulu dan boleh berbahasa dalam pelbagai loghat bahasa , mengikut cerita mereka, bahawa beliau berasal dari Nunuk Ragang,Sungai Liwogu, antara Ranau dan Sandakan, beliau adalah suku kaum Tombonuo, bahasa Tombonuo, mereka berpindah randah di Paitan,Tumunda adalah seorang yang sangat disegani kerana keberaniannya, berbadan sederhana besar, ketinggian lebih kurang 5 kaki 5 inci, tegap, berkebal lagi kuat, kacak, pandai berpidato, boleh melompat setinggi 30 kaki, dengan mengamalkan kepercayaan kuno dahulu kala, beliau kerapkali berulang alik ke Tamu di Brunei, sebelum beliau ke sana, beliau akan berfirasat dengan menendang bahagian tajam bujak (LITUKAN) ke arah langit kalau naik melambung dan tidak kelihatan lagi, beliau akan meneruskan perjalanannya, jika bujak itu tidak melambung naik, dia lantas batalkan hasratnya. Firasat yang kedua ialah dengan menggunakan kerisnya . Beliau akan menghiris tangannya. Jika tidak luka barulah beliau akan meneruskan perjalanannya . Di sepanjang perjalanannya ke Tamu di Brunei, beliau hanya singgah dan mencabut pokok-pokok rotan saga secukupnya dengan tidak menggunakan benda tajam dan sebagainya, hanya ditarik mengunakan tangan sambil berjalan. Tujuannya ialah untuk ditukarganti dengan garam dan sebagainya. Setibanya di sebuah pangkalan perahu-perahu layar dahulu kala sedang menunggu lantas beliau memuatkan barang-barang bawaannya dan belayar, di tengah-tengah pelayaran terjumpa penjahat digelar Bolongingi, lanun laut, Shariff-shariff tumpas di tangannya. Perjalanan diteruskan dan begitulah seterus-seterusnya.
Alkisah Tumunda, beliau beristeri ramai di mana-mana kampung di perbukitan, khususnya di sepanjang jalan dari Paitan ke Tamu di Brunei, beliau dikisahkan mempunyai isteri yang ramai di Paitan, suku kaum Tombonuo, Rungus, Sonsogon, dan Kimaragang malahan beristerikan seorang anak Shariff (suku kaum Brunei) (tiada anak) cerita nyata ramai keturunannya di setiap suku kaum dari Beluran, Paitan ke Tandek, Kota Marudu. Menyentuh kisah isteri-isterinya di suku kaum Kimaragang dengan asal usul mereka adalah Sonsogon, mengikut nama sungai sahaja dan petempatan mereka khususnya di sepanjang Sungai Bengkoka jelas masih ada sungai tersebut cuma kayu kayan sahaja tidak kelihatan lagi. Ramai isteri Tumunda dan keturunannya di merata-rata tempat di kawasan Tandek sekarang dan mencari pendapatan dari segi ekonomi dan pendidikan. Generasi Tumunda telah berkembang dan sekarang jumlah keturunannya ialah 6 keturunan, yang jelas dipaparkan seperti berikut:-
TUMUNDA BIN YUNGGONIT
Anak pertama-Osong (p), suaminya bernama Balaban;
Anak-anaknya 1.Sungiab 2.Maganda 3.Inggong 4.Lungkee 5.Rungaying
Anak kedua-Udowoy (p), suaminya bernama Marawan
Anak-anaknya 1.Rudiying@Andut 2.Masanda
Anak ketiga-Odoyo (p), suaminya bernama Jaini
Anak-anaknya 1.Pamadsu 2.Yopiyi
Anak keempat-Impayan (p), suaminya bernama Lindungan
Anak-anaknya 1.Omiyi 2.Sumisih 3.Unggut 4.Koris 5.Kondok 6.Inaun 7.Ayeh8.Andung
Anak kelima-Okolow (p), suaminya bernama Lungkibon
Anakanaknya 1.Inapai 2. Yundaying
Anak keenam-Ponggoron (L), isterinya bernamaInoying & Kokiban
Anak-anaknya 1.Masabun 2.Injawan 3.Utit 4.Uriying 5.Onilik 6.Jamari 7.Uyien8.Gorotom
Anak Ketujuh- Arani@Lungkodon (L), isterinya bernamaUrimbot
Anak-anaknya 1.Rosinding 2.Uriyim 3.Majun 4.Jainah 5.Bayan 6.Undirin
Anak kelapan-Pamantug@Suduk (L), isterinya bernama Suraying
Anak-anak 1.Uliyim 2.Yoyog 3.Paduka 4.Simpungon 5.Yabi 6,Simbunon7.Simbungon
Sahadan, alkisah Tumunda dengan memaparkan nama anak-anak dan cucu-cucunya diharap anda dengan sendirinya memperbetulkan nama-nama mereka kerana didapati tidak tersusun mengikut urutan, lebih-lebih lagi nama isteri-isteri Tumunda dari Paitan ke Tandek, Kota Marudu, tidak diketahui nama-nama mereka,dan nama-nama bin/binti isteri/suami anak-anakTumunda juga tidak di ketahui, maka dengan itu pandai-pandailah bertanyakan namanya, adalah dicadangkan supaya suatu ahli jawatankuasa yang bijak pandai ditubuhkan dengan membukukan cerita pengkisahan ini dengan menjual wajib sesama sendiri, hasilnya dijadikan Dana Tumunda projek jangka panjang mesti menubuhkan YAYASAN TUMUNDA,dan membuat lawatan sambil mengutip pengkisahan di Paitan, Beluran dan seterusnya di Nunuk Ragang sana, sekian dan terima kasih.

No comments: