SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 11, 2009

REFORMASI DAN PEMULIHAN UMAT

Reformasi dan pemulihan umat dalam kertas ini merujuk kepada pemulihan keseluruhan umat manusia daripada kehidupan berdosa kepada kehidupan yang murni dan suci. Dalam Alkitab reformasi dan pemulihan umat berlaku sekali dalam Perjanjian Lama dan sekali lagi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

1. Perjanjian Lama
Ketika ini bumi masih muda. Dosa baru bertapak lebih sedikit dari 1,000 tahun. Tetapi bilangan manusia sudah ramai. Bagaimanapun manusia dan kecenderungan mereka adalah kejahatan. Tuhan memutuskan untuk menghapuskan manusia dengan air bah, kecuali Nuh, isterinya, tiga orang anaknya dan isteri masing-masing kerana Tuhan melihat mereka hidup dalam kebenaran. Selepas kematian Nuh dan anak-anaknya, manusia bertambah banyak dan kejahatan bertimbun-timbun.
Buku Kejadian 6-9. Satu tindakan drastik perlu dilaksanakan untuk memulihkan bumi dan manusia kepada kedudukan yang asal.

2. Perjanjian Baru
Reformasi dan pemulihan umat secara drastik akan berlangsung dalam tempoh yang di sebut milenium atau 1,000 tahun. Sama ada 1,000 tahun itu literal atau simbolik tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah apakah yang berlaku dalam tempoh tersebut. Apakah proses yang dialami oleh umat manusia dalam tempoh tersebut. Bagi memudahkan, peristiwa-peristiwa dalam tempoh 1,000 itu bolehlah dibahagikan kepada 3 fasa.
a) Permulaan 1,000 Tahun
i. Tujuh bala terakhir – Wahyu 16
ii. Yesus turun dari syurga, kedatanganNya yang kedua kali – 1Tesalonika 4:16,17
iii. Orang yang tidak bertaubat dibinasakan oleh bala yang ketujuh. Wahyu 16:18-21 sebab itu adalah permintaan mereka. Wahyu 6:14-17
iv. Orang yang mati dalam kebenaran dibangkitkan – 1Tesalonika 4:16,17
v. Orang benar bersama yang dibangkitkan diubah suapaya tidak binasa. 1 Korintus 15:51-54, kemudian diangkat menyongsong Yesus di angkasa. – 1 Tesalonika 4:16-17

b) Sepanjang 1,000 Tahun
i. Dibumi
ü Ketika ini bumi dalam keadaan rosak teruk, gelap dan sunyi sepi tanpa penghuni manusia mahupun bintang akibat tujuh bala terakhir. Wahyu 16
ü Syaitan dan para iblisnya dirantai dengan rantai kekosongan, kesepian, kegelapan. Pergerakan mereka terbatas dalam ruang sistem solar ini saja. Wahyu 20:1-3
ü Manusia yang tidak bertaubat reput menjadi abu.

ii. Di surga
Ø Orang yang diselamatkan memerintah sebagai raja bersama-sama Yesus. Wahyu 20:4
Ø Orang yang diselamatkan memeriksa buku-buku catatan. Wahyu 20:12
Ø Orang yang diselamatkan hidup berbahagia

c) Pengakhir 1,000 Tahun. Wahyu 21
i. Kristus dan orang-orang salih turun dari syurga
ii. Kota suci Yerusalem Baru yang disediakan oleh Yesus turun kebumi
iii. Orang yang mati di bumi dibangkitkan semula dalam keadaan yang sama dengan kematian mereka. Jika mereka mati sakit barah, mereka bangkit masih dengan penyakit barah.
iv. Syaitan dan para iblisnya di lepaskan dari rantai mereka lalu menghasut manusia yang baru dibangkitkan itu untuk menyerang Yerusalem dangen penghuninya.
v. Api kemuliaan Tuhan dari syurga menyambar mereka dan menghanguskan semua sisa-sisa mereka.
vi. Bumi menjadi baru, umat Tuhan dipulihkan kepada kedudukannya yang suci bagi mewarisi bumi yang baru.

“Berbahagialah mereka yang membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.” Wahyu 22:14
TRINITI

1. Perkataan “Triniti” tidak pernah digunakan dalam Alkitab. Tetapi para pelajar Alkitab menggunakan perkataan “Triniti” bagi menjelaskan sifat Tuhan yang sukar difahami.

2. Tidak seorangpun manusia dapat menyelami rahsia Tuhan. Jika ada orang yang mengatakan dapat memahami dan mengetahui tuhan sepenuhnya, itu bukan Tuhan yang benar.

3. Bagaimanapun Tuhan tidak membiarkan manusia dalam kegelapan. Tuhan akan mengurniakan hikmat kepada manusia yang memanggil namaNya supaya mereka yang mahu mengetahui Tuhan akan dapat mengerti.

a) 2 Timotius 2:7, “Tuhan akan memberikan kepada mu pengertian dalam segala sesuatu.”
b) Yerremia 33:3, “Berserulah kepada Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepada mu hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.”

4. Alkitab Perjanjian Lama dan baru memperkenalkan Tuhan itu sebagai esa atau satu.

a) Ulangan 6:4 - Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, Tuhan itu esa!
b) Efesus 4:5 - Satu Tuhan, satu iman, satu baptisan.


5. Begitupun banyak ayat-ayat alkitab yang menunjukkan sifat yang tidak seperti kita fikirkan.
Dalam Perjanjian Lama kita dapat:
Kejadian 1:26 - Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.”

Kejadian 3:22 – Berfirmanlah Tuhan Allah: “Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya.”

Kejadian 11:7 - Baiklah kita turun dan mengacaubalaukan disana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing.

Tuhan membahasakan diri “KITA”, perkataan yang menunjukkan yang berkata itu bukan sendirian.

Yer 23:18,22 - Sebab siapakah yang hadir dalam dewan musyawarah Tuhan, sehingga ia memperhatikan dan mendengar firmannya? Siapakah yang memperhatikan firmanNya. Sekiranya mereka hadir dalam dewan musyawarahKu kepada umatKu, membawa mereka kembali dari tingkah langkahnya yang jahat dan dari perbuatan-perbuatannya yang jahat.

Ayat ini menunjukkan dalam satu kumpulan. Ungkapan “dewan musyawarah Tuhan” membayangkan ada keahlian “seperti dalam dewan undangan negeri”. Jika Tuhan itu satu seperti yang kita fahami, Dia tidak perlu Dewan Musyawarah.

Dalam Perjanjian Baru
Kitab Perjanjian Baru memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sifat Tuhan. Tuhan itu ada tiga peribadi. Ketiga-tiga peribadi itu hadir pada pembaptisan Yesus. Baca Matius 3:16, 17

Mat 28:19 - Kerana itu pergilah jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.

2 Kor 13:13 - Kasih karunia Tuhan Yesus Kristus, dan kasih Allah, dan persekutuan Roh Kudus menyertai kamu sekalian.

Kesimpulan dari ayat-ayat di atas, Tuhan itu terdiri dari tiga peribadi.

6. Bagaimanakah ayat-ayat yang kelihatan seperti bercanggah itu dapat diselaraskan? Bagaimanakah Tuhan yang terdiri dari tiga peribadi itu satu Tuhan?

Yoh 10:30 – Aku dan Bapa adalah satu.

Siapakah yang mengatakan “KITA” dalam Kejadian 1:26; Kejadian 3:22; Kejadian 11:7 ? “ Aku” dan “Bapa”

Yoh 17:22 - Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepadaKu, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu.

1 Tim 2:5 – Kerana Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia iaitu manusiaYesus Kristus. (Esa secara individu – bermakna, Allah itu bukan Yesus, Yesus bukan Allah, Allah bukan Roh Kudus.


Yesaya 48:16, “.........Tuhan Allah mengutus aku (Yesus) dengan RohNya (Roh Kudus)

Ayat ini menggambarkan bagaimana Yesus datang ke bumi kala pertama.

Yohanes 16:7, “Aku mengutuskan Dia (Roh Kudus)

Penyelesaian dan Kesimpulan:
1. Yohanes 16:15, “Segala sesuatu yang Bapa punya dalah Aku punya.” ( Ketiga-tiga peribadi itu adalah satu secara alamiah, satu tujuan, satu kehendak)

2. Ketiga-tiga peribadi itu adalah satu secara individu.

Air sebagai analogi yang wujud sebagai wap, sebagai pepejal ais dan sebagai air mengalir. Wap itu bukan ais, ais itu bukan air mengalir namun ketiga-tiga nya air. Satu secara individu namun satu secara alamiah, sama ada dalam bentuk wap, ais atau cair, setiap molikulnya terdiri dari 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen.

AlKITAB DISAHKAN BENAR OLEH ARKEOLOGI

ALKITAB DISAHKAN BENAR OLEH ARKEOLOGI

1. PENGENALAN
Walaupun Alkitab mendakwa ia benar sejak permulaan sehingga akhir (Mazmur 119:160), ketepatan dari segi sejarahnya telah lama dicabar oleh orang-orang yang meragui atau skeptik. Sebenarnya, selama dua ratus tahun kebelakangan ini, serangan yang paling hebat dan berpanjangan telah dilancarkan terhadap otoriti dan kewibawaan Alkitab. Serangan-serangan ini dilakukan atas nama “sains.” Begitupun, dalam tempoh yang sama kita dapat menyaksikan pemantapan Alkitab yang paling dramatik dalam sejarah – juga dilakukan atas nama “sains.” Pejuang kebenaran firman Tuhan yang terbaru adalah satu alat yang paling tidak disangka-sangka dan tidak saintifik – penyodok (spade)!

Perkembangan yang menakjubkan ini menyebabkan seorang pemerhati yang prihatin telah mengatakan, “Saya percaya dengan penyodok. Dengan penyodok itulah, suku-suku kaum manusia mendapat makanan. Dengan penyodok, mereka telah mendapat air, arang batu, besi dan emas. Kini penyodok itu juga menyatakan kebenaran – kebenaran sejarah – sebuah lombong yang yang tidak pernah diterokai sehingga zaman kita ini.” (Oliver Wendell Holmes)

2. DAKWAAN KRITIKAN SAINTIFIK MODEN
Serangan moden ke atas Alkitab bermula sejak 1750 apabila Rasionalisme Eropah mula menunjukkan kekuatannya pada hari-hari sebelum Revolusi Perancis. Sebahagian daripada dakwaan utama oleh apa yang dikenali sebagai “Kritik Tinggi” adalah:
a) Watak-watak awal Alkitab seperti Abraham dan Yusof merupakan wira lagenda atau mitos yang tidak pernah wujud dalam sejarah.

b) Alkitab telah membuat kesilapan besar bila menyamakan kuasa bangsa Het (Hittites) dengan kuasa Mesir purba. Pengkritik tinggi mendakwa bahawa kekuasaan bangsa Het setakat taraf kedua saja.

c) Buku Daniel tidak memberikan gambaran sebenar budaya atau sejarah Babilon purba. Oleh itu, buku Daniel adalah cerita rekaan yang dikarang jauh terkemudian daripada yang didakwanya.

d) Perjanjian Baru tidak memberikan gambaran yang tepat berkenaan dengan dunia Greek-Rom abad pertama masehi. Oleh sebab itu, buku-buku perjanjian baru itu juga adalah hasil tulisan-tulisan terkemudian daripada yang didakwanya.

Adalah mustahil memberi jawapan yang efektif kepada persoalan-persoalan itu pada seratus lima puluh tahun yang lalu. Catatan sejarah purba yang boleh dipercayai – selari dengan catatan dalam Alkitab – memang tidak wujud langsung. Bagaimanapun dengan perkembangan maju sains Arkeologi modern, keadaan telah berubah secara dramatik.. Dalam tempoh seratus lima puluh tahun kebelakangan ini, satu demi satu taring-taring kritikan yang belum matang itu telah dicabut sepenuhnya – terutamanya oleh penyodok tukang gali dan kesabaran dan kemahiran pentafsir tulisan-tulisan purba.

3. KELAHIRAN ARKEOLOGI – PEJUANG TERBARU ALKITAB
Arkeologi – kajian saintifik mengenai barangan peningalan zaman – merupakan satu bidang sains yang paling muda, berusia lebih kurang 180 tahun. Bidang ini dilahirkan di tebing sungai Nil pada tahun 1798, apabila Napoleon membawa bersamanya sekumpulan besar ahli kesenian dan para pakar orang-orang Perancis dalam pasukan ekspedisi ke Mesir. Pada tahun itu, dunia moden yang gelisah dengan pertanyaan-pertanyaan bersemuka dengan dunia purba yang masih hebat walaupun sudah pudar. Pengiring-pengiring Napoleon berdiri melihat dengan takjub, penuh pertanyaan di hadapan mumia dan bangunan-bangunan bersejarah yang bangkit dari debu-debu purba menyambut kedatangan mereka. Jari jari mereka begitu gatal hendak mengorek sejarah untuk mengetahui bagaimana kehebatan Mesir itu lenyap dari muka bumi.

Beberapa tahun telah berlalu sebelum sisa-sisa sejarah Mesir itu dengan sabarnya dapat disusun dan dibaca. Tetapi demam mengejar dunia purba sudah bermula. Para pakar purba dari England, Jerman dan Amereka turut menerajui bidang tersebut dan Arkeologi moden pun berjalan lancar.

4. ANAK KUNCI YANG MEMBUKA HARTA DUNIA PURBA
Penghalang utama kejayaan para ahli Arkeologi adalah masalah bahasa. Bahasa Parsi, Babilon dan Mesir purba bukan bahasa pengantar atau tulisan dalam tempoh selama 2,000 tahun selepas kejatuhan bangsa-bangsa itu. Bahasa itu telah mati. Jadi sebelum para pakar moden itu dapat mentafsir catatan-catatan dunia purba itu, mereka harus mencari kunci terhadap bahasa yang telah lama ditinggalkan itu. Untuk mengetahui sejarah bagaimana kunci itu ditemui samalah dengan membaca sebuah cerita detektif yang menarik.

Kunci yang pertama adalah Batu Roseta yang terkenal itu. Batu tersebut kini tersimpan di muzium British. Kepingan batu basalt dengan baris-baris tulisan yang kemas ditemui oleh seorang jurutera tentera Perancis yang bernama Broussard pada tahun 1799 di Roseta, berhampiran dengan bahagian barat muara sungai Nil. Pada batu itu terdapat dekri yang di karang pada tahun 196 SM dan ditulis dalam tiga bahasa – Bahasa Mesir dalam bentuk tulisan bergambar (hieroglyphics); bahasa biasa Mesir (demotic); dan bahasa Greek. Tulisan dalam bahasa Greek itu telah memberikan klu kepada dua keping batu bersurat lagi. Dengan bantuan kunci ini, para pakar telah dapat membuka gudang sejarah dan kesusasteraan Firaun purba yang tak terhingga nilainya itu.

Kunci yang kedua adalah Batu Bersurat Behistun di Kurdistan di utara Parsi, di tepi jalan purba yang menghubungkan Ekbatana dangan Babilon. Henry Rawlinson, seorang pegawai muda tentera Inggeris yang berkhidmat di India adalah orang yang menemui kunci ini. Selama berabad-abad para pengembara mengetahui tentang kewujudan catatan tersurat itu yang terletak pada paras 200 kaki di atas permukaan batu curam yang terpacak 1700 kaki dari permukaan lembah sekelilingnya . Pada tahun 1835, Rawlinson telah mengambil risiko besar keatas dirinya sendiri, memanjat permukaan batu gondol yang curam itu dan menyalin catatan tersurat pada batu itu. Beliau mengambil masa empat tahun menyalin tulisan tersebut dan lapan belas tahun lagi untuk mentafsirnya. Catatan itu adalah surat peringatan peristiharan yang dibuat oleh Darius Agung raja Parsi yang di catat pada tahun 516 SM. Surat itu menggunakan tiga bahasa – Bahasa Parsi lama, Bahasa Elamitik dan bahasa Babilon purba. Kunci ini telah dapat membuka tulisan misteri Cuneiform Babilon dan Assyria purba.

Setelah kunci itu ditemui, para pakar dari Eropah dan Amereka mula memberi tumpuan sepenuh masa kepada mengkaji khazanah kesusasteraan dunia purba yang telah lama dilupakan.

5. BAGAIMANA PENYODOK TELAH MENGESAHKAN ALKITAB
Laporan lengkap menganai tafsiran penemuan dari peninggalan sejarah itu telah memenuhi arkib-arkib dan perpustakaan-perpustakaan besar di Eropah, Amereka dan Timur Tengah. Sebahagian daripada penemuan itu telah dapat menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan olah skeptik seperti pada bahagian 2 di atas.

a) Bangsa Het di bangkitkan dari dilupakan
Alkitab menyebut Het lebih dari empat puluh kali dan meletakkan kuasanya setaraf dengan Mesir. Tetapi sehingga 1860, catatan Alkitab merupakan saksi tunggal yang terpencil kepada kebesaran Het. Bangsa Het tidak pernah disebut dalam sumber sejarah klasik. Mereka lesap sepenuhnya daripada sejarah sehinggakan pada kira-kira 150 tahun yang lalu, beberapa pengulas Alkitab mengistiharkan dengan beraninya bahawa bangsa Het itu tidak pernah wujud. Kemudian melalui batu-batu bersurat dari Mesir dan Babilon dan yang terakhir melalui kajian tehadap reruntuhan kota-kota Het di Asia Kecil, empayar yang telah lama dilupakan itu kini telah di selamtkan secara dramatik dari dilupakan orang. Sebanyak dua puluh kota Het telah di temui dan di korek sejak 1892 apabila Dr. A. H. Sayce menerbitkan bukunya yang bertajuk “The Hittites – The Story of a Forgotten Empire.” Buku tersebut diterbitkan pertama kalinya pada 1952, memberikan gambaran sebenar dan terperinci bagaimana bangsa purba itu di bangkitkan semula. Begitu banyak batu bersurat Het ditemui sehinggakan sekarang ini terdapat 20,000 kepingan batu itu tersimpan di Muzium Berlin sahaja.

Dari epik penemuan yang menarik ini, Het telah muncul sebagai satu daripada empayar purba yang paling berkuasa, memerintah sebahagian besar Asia Kecil dan Syria dan menyamai kekuatan Assyria dan Mesir sebagaimana yang tercatat dalam Alkitab.

b) Terang yang jelas dan pengesahan ke atas Buku Daniel
Banyak batu-bata yang telah dipungut daripada reruntuhan Babilon purba bercap tanda tangan Nebukadnezar, melaungkan kesombongan seorang raja-pembangun-pahlawan: “Bukankah ini Babel yang besar itu, yang dengan kekuatan kuasa ku dan untuk kemuliaan kebesaran ku telah ku bangunkan menjadi kota kerajaan?” Daniel 4:30

Batu-batu bersurat Assyria bermula dari era sebelum buku Daniel, membuktikan bahawa “Dapur Perapian” dan “Gua Singa” merupakan satu bentuk hukuman yang biasa dijatuhkan kepada para pemberontak pada zaman itu (Daniel 3 dan 6)

Penemuan “silinder Nabonidus” yang terkenal di Ur wilayah Kasdim pada tahun 1854 dan penemuan seterusnya batu bersurat yang serupa telah mempastikan identiti Belshazzar, anak Nabonidus sebagai Putera Mahkota Babilon pada hari kejatuhannya. Akhirnya pada 1924, ko-regensi Nabonidus dan Belshazzar yang selama ini dipersoalkan oleh para pakar telah disahkan oleh penerbitan buku yang bertajuk, “Persian Verse Account” yang dengan jelas menyatakan bahawa Nabonidus telah mengamanahkan kerajaan Babilon kepada anak sulungnya. (Daniel 5)

Kepingan-kepingan batu Cuneiform (bentuk baji) didapati diantara reruntuhan Babilon bertarikh di antara 595 dan 570 SM mengandungi senarai catuan makanan yang diagihkan kepada orang-orang Yahudi yang ditawan. Bahkan satu daripada kepingan batu itu menyebut “Yehoyakin Raja orang Yudah.” Dengan yang demikian mengesahkan kesaksian Daniel bahawa sebenarnya merupakan orang tawanan di Babilon!

c) Pembenaran Dramatik Sejarah Perjanjian Baru
Satu daripada pengkritik tak mesra buku Kisah Para Rasul mengungkapkan buku itu sebagai “satu tisu silap yang paling buruk.” Orang yang berkemungkinan telah banyak mengubah pandangan salah itu adalah seorang pakar berbangsa Inggeris bernama Sir William Mitchell Ramsay. Dia memulakan penyelidikannya sebagai seorang yang penuh skeptik, Ramsay secara peribadi mengembara ke Asia Kecil (sekarang Turki) dan cuba mengikuti jejak perjalanan Paulus, menjangka akan dapat membuktikan bahawa ahli sejarah Perjanjian Baru itu adalah salah dari satu titik ke satu titik. Dalam ketakjubannya, dia mendapati bahawa catatan dalam buku Lukas adalah benar dan tepat sama sekali. Lebih jauh Ramsay meneruskan penyelidikannya, lebih banyak bukti dapat dikumpul sehingga Ramsay tidak ragu-ragu lagi meninggalkan sikap skeptiknya itu. Selepas hampir setengah abad bersabar, melakukan penyelidikan persendirian, dia telah menerbitkan sebuah buku yang menjelaskan keyakinannya terhadap Perjanjian Baru. Bukunya bertajuk, “ St. Paul, Pengembara dan Warga Rom”. Beliau mengatakan, “Riwayat itu (berkenaan lawatan Paulus ke Athen – Kisah 17) tidak melakukan walau satupun langkah yang silap ditengah-tengan banyak perincian.” Muka surat 238 buku tersebut.

“Saya mengambil pendirian bahawa sejarah yang dicatat oleh Lukas tidak dapat ditandingi dari segi ketepatan dan kebolehpercayaan --- kamu mungkin menekan kata-kata Lukas itu diluar jangkauan ahli sejarah yang lain tetapi catatan Lukas tetap bertahan terhadap penelitian terperinci dan ujian yang paling sukar.” ( ms 177, 179).

Pakar sejarah yang terbaru memberi kesaksian ketepatan sejarah dalam buku Kisah Para Rasul ialah Dr. A. N. Sherwin-White dalam bukunya bertajuk, “Roman Society and Roman Law in the New Testament yang diterbitkan pada tahun 1963. Dr. White adalah pakar Sejarah dan Undang-undang Rom. Bukunya itu mengandungi banyak kenyataan yang menyokong buku Kisah Para Rasul, antara lain menyebut:
“Ketika di Filipi, bila Paulus pertama kalinya dibawa di hadapan tribunal Rom, buku Kisah Para Rasul adalah memberi kenyataan paling tepat.” ms 101

“Dalam buku Kisah Para Rasul yang memperkatakan perjalanan Paulus di Asia Kecil dan Greek, seseorang akan sentiasa menyedari persekitaran Hellenistik dan Rom. Kerangka sejarah adalah tepat. Dari segi masa dan tempat, perinciannya adalah tepat dan betul.” Ms 120

“Bagi buku Kisah Para Rasul, pengesahan sejarah adalah sangat banyak .... sebarang percubaan menolak asas persejarahannya, walaupun dalam hal-hal perincian, pasti sekarang ini menjadi tidak munasabah. Para ahli sejarah Rom telah lama menerima kebenarannya.” Ms 189

Lebih ramai lagi pakar sejarah yang sama seperti Ramsay dan Sherwin-White yang akur dengan bukti-bukti jelas memberi perakuan yang serupa. Demikianlah jauhnya pengetahuan Alkitab mengalir selama 150 tahun yang lalu.

6. KESIMPULAN
Satu pelajaran paling berarti yang timbul dari kajian Arkeologi Alkitabiah adalah berkaitan dengan ketepatan yang sangat menakjubkan dimana Tuhan melakukan tindakanNya tepat pada masanya.

Era yang dikenali sebagai “kritikan saintifik” Alkitab bermula pada tahun 1750 M. Era Arkeologi Modern bermula pada tahun 1800 M. Sebaik saja “epidemic” kritikan timbul, Tuhan mengeluarkan ‘antidote’nya. Bagi menghadapi skeptik yang bertambah sofistiketed dalam zaman saintifik ini, Dia telah menyediakan bukti-bukti nyata, yang tidak dapat dipertikaikan, dan terbaru bagi kebenaran firmanNya, yang kekuatan dan relevennya semakin tinggi pada setiap tahun berlalu.

7. TAMBAHAN
a) Batu Rosetta
Kepingan batu basalt berukuran 2 kaki 4 ½ inci kali 3 kaki 9 inci di temui oleh tentera Perancis pada Ogos 1799. Pada permukaan kepingan batu itu terdapat coretan-coretan dalam bahasa yang tidak dapat dibaca oleh pekerja yang menemuinya pada masa itu. Pentafsir keseluruhan batu bersurat Rosetta ialah Profesor Jean Francois Champollion dari univewrsiti Grenoble, Perancis. Dari batu bersurat ini, beliau telah menemui kunci untuk memahami tulisan Mesir purba yang disebut hieroglyphs.

b) Batu Mobite
Kepingan batu itu berukuran 3 ½ kaki tinggi, 2 kaki lebar dan 2 kaki tebal. Batu ini juga dikenali sebagai “Batu Mesha.” Tulisan yang tercatat pada batu itu adalah dalam bahasa Ibrani. Tulisan asalnya diukir pada 847 SM. Dalam bahasa Fonesia yang juga digunakan oleh orang-orang Ibrani pada zaman itu. Tulisan itu menggambarkan kesombongan Mesha, raja orang Moab berjaya menentang Omri, Raja orang Israel (Bapa Ahab) setelah bertahun-tahun dibawah takluk orang Israel. (2 Raja-Raja 3:4,5). Walaupun batu bersurat ini tidak memberi apa-apa kunci untuk membuka misteri purba, tetapi telah menyokong Alkitab dalam hal-hal terperinci dalam Perjanjian Lama. Sekarang tersimpan di Louvre, Paris.

c) Silinder Nabonidus
Dalam Daniel 5, “Belshazzar, Raja Babilon” diistiharkan sebagai pemerintah terakhir Babilon, pada malam kejatuhannya. Bagaimanapun tidak ada catatan sejarah dunia sebelum zaman Kristian, sama ada Greek atau Babilon yang menyebut nama Belshazzar. Berdasarkan ini, para pengkritik Alkitab pada tahun 1800an mengatakan bahawa orang yang bernama itu tidak pernah wujud. Bagaimanapun pada 1854, Henri Rawlinson telah menemui batu tersebut di Ur. Pada batu tersebut, Nabonidus, Raja Babilon mencatatkan doanya memohon perlindungan daripada dewa bulan keatas dirinya dan anak sulungnya “Bel-sar-ussur” (Belshazzar). Menurut catatan pada kepingan Cuneiform yang tersimpan di Muzium British, Belshazzar dan Bapanya adalah pemerintah bersama empayar Babilon.

d) Kepingan-kepingan Batu Tell-El-Amarna
Sebanyak 320 kepingan tanah liat bersurat dalam bahasa Babilon telah ditemui secara kebetulan pada tahun 1887 oleh seorang perempuan petani Mesir di Tell-el-Amarna, 200 batu ke selatan Kaherah. Kepingan-kepingan bersurat ini sebenarnya adalah surat dari penduduk palestin memohon bantuan dari firaun Mesir menentang kemaraan Orang Ibrani ke tanah Kanaan.

e) Gulungan Kitab Laut Mati
Penemuan gulungan kitab “Dead Sea Scrolls” pada tahun 1947 merupakan satu penemuan arkeologi sensasi. Pada satu pagi musim bunga pada tahun 1947, tiga gembala kambing Arab menerokai gua yang baru dibuka di kaki bukit di Khirbet Qumran di hujung Laut Mati. Mereka menemui kumpulan pertama gulungan kitab-kitab. Selepas itu 40 gua lagi di terokai dan beratus-ratus manuskrip telah ditemui. Sebahagian besarnya adalah dari kitab-kitab suci dan sedikit dari buku-buku lain. Kajian menunjukkan, kitab-kitab itu telah disalin pada abad pertama sebelum masehi. Kitab-kitab itu telah dikenalpasti disembunyikan oleh orang-orang Yahudi pada abad pertama Masehi.

Apabila dibandingkan dengan kandungan Alkitab yang digunakan sekarang ini dengan kandungan gulungan kitab itu, didapati tidak ada perbezaan kecuali sedikit kelainan ejaan (seperti dalam bahasa Melayu, ejaan lama “bacha” berubah
jadi “baca”).

KEWUJUDAN TUHAN

PELAJARAN 1
KEWUJUDAN TUHAN


Pernahkah saudara mendengar perkataan TUHAN? Tuhan itu apa atau siapa? Bagaimanakah rupanya? Dimanakah kita dapat melihatnya? Atau adakah benar-benar Tuhan itu ada atau semata-mata permainan kata saja?

Mari kita ke pantai laut. Pantai laut itu lebar dan memanjang sejauh mata memandang. Pasirnya halus dan bersih. Saudara melihat ke kiri, ke kanan, ke depan dan ke belakang. Tidak ada manusia selain saudara seorang diri. Di laut juga tidak kelihatan nelayan menangkap ikan. Tetapi saudara begitu pasti ada manusia di kawasan itu, setidak-tidaknya ada orang datang ke situ sebelum saudara sampai ke situ. Apakah yang membuatkan saudara begitu pasti bahawa manusia ada di pantai itu? Bekas tapak kaki manusia.

Mari kita menerokai sebuah bukit yang sangat indah dipandang. Di bukit itu terdapat pelbagai jenis pokok kayu, herba dan rumput. Tidak kurang pula burung-burung yang berterbangan dan serangga yang bernyanyi. Saudara tidak melihat ada manusia di bukit itu kecuali saudara seorang diri. Tetapi saudara begitu pasti ada manusia di kawasan itu, setidak-tidaknya sebelum saudara sampai ke situ. Apakah yang membuatkan saudara begitu pasti bahawa ada manusia di bukit itu? Bekas pekerjaan tangan manusia.

Saudara memandang ke padang yang lapang ditumbuhi rumput yang menghijau. Di satu bahagian padang itu, saudara terlihat batang-batang kayu yang sama panjang teratur sebaris dengan jarak yang sama dari satu batang ke satu batang kayu itu. Batang-batang kayu itu kelihatannya tidak hidup kerana tidak berdaun bahkan tidak berdahan dan ranting. Apa saudara kata? A ha, itu pasti bukan kejadian alam semula jadi. Itu hasil rekaan dan dibuat oleh tangan manusia. Itulah pagar namanya.

Saudara terlihat sebatang pokok kayu yang anih. Pada pokok itu tersandar sebatang dahan kayu. Apa saudara kata? Ah, kejadian alam semulajadi. Dahan patah, lalu jatuh dan tersandar di batang pokok kayu itu! Tetapi tidak jauh dari situ terdapat tiga batang kayu lurus, sama panjang, bersandar satu sama lain bertemu pada setiap hujung kayu itu, membentuk bagaikan piramid. Apa saudara kata? A ha, satu design (rekabentuk). Tidak mungkin hal ini satu kejadian alam semulajadi. Jika satu daripada batang kayu itu diasingkan, dua batang kayu itu akan rebah ke bumi dan tidak lagi kelihatan bentuk piramidnya.. Jika itu design, pastilah ada designernya (perekabentuk). Siapakah designernya?

Banyak hal dalam kehidupan manusia yang membawa kita kepada kesedaran bahawa wujud design dalam semua hal. Bagi setiap design, mesti ada sekurang-kurangnya tiga komponen barulah bentuknya dapat dilihat. Kita lihat beberapa contoh yang menunjukkan design.
Ruang. Paling kurang mesti ada tiga komponen. Komponen menegak panjang, menegak lebar dan horizontal. Buang satu daripadanya, bukan lagi ruang namanya.

Sel. Tubuh manusia terdiri daripada banyak sel. Contoh: Sel darah dan sel telur. Paling tidak sel harus mempunyai tiga komponen. Selaput atau dinding sel, sitoplasma dan nukleus. Buang satu daripadanya, itu bukan lagi sel. Itulah yang dikatakan design. Jika ada design, pasti ada designernya.

Sistem Solar. Dalam sistem solar kita, terdapat 9 planet yang diketahui mengelilingi matahari. Planet Utarid (Mercury) adalah yang paling dekat dengan matahari diikuti dengan venus kemudian bumi dan seterusnya Marikh (Mars) dan yang paling jauh Pluto. Semua planet itu berbentuk sfera. Kita mengetahui juga bahawa Matahari mempunyai tarikan graviti yang paling kuat. Tetapi mengapakah planet-planet itu tidak ditarik lalu bersatu dalam matahari? Anda lihat designnya? Planet mesti bulat kerana itulah design yang diperlukan untuk berpusing pada paksinya dan bergerak mengelilingi matahari. Mengapa perlu 9 planet mengelilingi matahari? Kerana itulah design yang diperlukan supaya planet-planet itu tidak ditarik oleh graviti matahari lalu ditelan oleh matahari.

Saudara telah melihat di alam semesta ini dipenuhi dengan design. Jika ada design tentulah ada designernya? Siapakah desingernya? Designer itu memperkenalkan dirinya dan minta manusia panggil dia sebagai TUHAN. Dari designNya, Tuhan mencipta apa yang direkabentukNya itu. CiptaanNya itu adalah bekas-bekas yang kita dapat lihat . Itulah yang membawa kesedaran kepada kita bahawa ada Tuhan. Tetapi kita tidak dapat melihat wajahNya. Suaranya dapat kita baca kerana Tuhan melalui manusia yang dipilihNya menuliskan dengan tinta akan firmanNya ke dalam lembaran-lembaran kertas. Dia hendak menyampaikan pelbagai berita antaranya:
Memperkenalkan diri Tuhan dan apakah sifat-sifatNya. Mengapakah manusia tidak dapat melihat wajahNya?

Bagaimana asal usul langit dan bumi dan segala isinya
Bagaimana permulaan kewujudan manusia
Apa itu dosa? Darimana datangnya dosa? Adakah dosa itu dicipta? Jika ya, siapakah penciptanya. Apakah hasil atau akibat dosa?
Adakah manusia diwujudkan berdosa? Jika ya, darimana dan bagaimanakah manusia mendapat dosa? Ke manakah arah tuju kehidupan manusia? Adakah manusia itu dilahirkan untuk mati? Jika tidak apakah pilihan mereka?

Mengapa manusia harus mati? Apakah yang berlaku kepada manusia itu setelah mati? Adakah manusia yang sudah mati itu menyedari perubahan disekitarnya? Bolehkah orang mati dapat menghubungi orang yang masih hidup dan sebaliknya?
Terlalu banyak lagi perkara misteri yang Tuhan ingin sampaikan kepada manusia.

Firmannya itu dibukukan dan dikenali sebagai Bible dalam bahasa Inggeris, Alkitab dalam bahasa Indonesia. Melalui kitab inilah manusia dapat mengetahui segalah rahsia dan misteri kehidupan di muka bumi ini. Jika saudara ingin mengetahui rahsia dan misteri yang lebih mendalam, teruskanlah pembacaan saudara dan jangan berhenti di sini.

Saudara pernah melihat wajah Tuhan? Manusia memang tidak dapat melihat wajah Tuhan tetapi Tuhan sentiasa melihat manusia. Sebab itu Tuhan ingin berkomunikasi dengan manusia. Tuhan mahu manusia mengetahui sesuatu tentang mereka. Asal usul bumi, langit dan segala isinya. Bagaimana asal usul manusia. Mengapa manusia dicipta. Mengapa manusia akhirnya mati. Siapa Tuhan itu. Apa kehendaknya. Adakah semua yang ada memang begitu sejak permulaan lagi. Adakah bumi ini akan berterusan seperti ini selama-lamanya? Dan sebagainya.
Bagi memenuhi tujuan itu, Tuhan memilih beberapa orang tertentu pada sepanjang zaman sebagai saluran komunikasiNya. Ada pelbagai cara bagaimana Tuhan menyatakan maklumat kepada manusia. Sebahagian mereka diizinkan bersemuka dan mendengar suara Tuhan. Sebahagian lagi mendengar suaraNya saja. Sebahagian lagi diberi pengelihatan tentang perisitiwa peristiwa yang Tuhan ingin manusia ketahui. Sebahagian lagi diberi mimpi dalam tidur, sebahagian lagi digerakkan dan sebahagian lagi diilhamkan untuk menulis. Sebahagian di antara mereka yang diilhamkan itu menulis dengan tangannya sendiri dan sebahgian lagi dibantu oleh jurutulisnya.

Orang-orang yang dipilih Tuhan sebagai saluran komunikasi itu dengan cara panggilan terus dikenali sebagai Nabi. Orang-orang yang dipilih Tuhan melalui pemuridan atau terlebih dahulu menjadi anak murid kepada seorang nabi khususnya Yesus, dikenali sebagia Rasul. Perkataan yang ditulis oleh para nabi atau pembantu mereka dan rasul dimuatkan dalam kitab. Sebahagian nabi menulis satu kitab saja dan sebahagian lagi menulis lebih dari satu kitab. Ada juga kitab yang mengandungi tulisan-tulisan oleh lebih dari seorang nabi.

Nabi-nabi dan rasul-rasul sebahagian besarnya tidak mengenali antara satu dengan yang lain kerana mereka hidup dalam zaman yang berlainan. Walaupun begitu, apabila kitab-kitab itu dijilidkan menjadi sebuah buku himpunan segala kitab, visi atau wawasan keseluruhan kitab itu adalah sama. Kandungan setiap kitab itu saling sokong menyokong satu sama lain dan ada kesinambungan dari satu kitab ke kitab yang lain.

Buku himpunan kitab-kitab itu dikenali sebagai Biblos dalam bahasa Greek, Bible dalam bahasa Inggeris dan Alkitab dalam bahasa Indonesia. Jumlah kitab-kitab dalam Alkitab adalah sebanyak 66 yang ditulis oleh 40 atau lebih orang. Alkitab itu memakan masa lebih kurang 1,600 tahun untuk menjadi Alkitab yang lengkap dan sempurna. Kitab yang pertama ditulis berjodol AYUB (Job) oleh Nabi Musa ketika dia berada di tanah Midian ketika dia bekerja sebagai gembala kambing. Kitab yang terakhir, WAHYU (Revelation) yang diturunkan kepada Rasul Yohanes di Pulau Patmos pada tahun 96 masehi. Semua kitab-kitab yang ditulis sebelum Masehi dikenali sebagai Perjanjian Lama dan semua kitab-kitab yang ditulis dalam tahun masehi dikenali sebagai Perjanjian Baru.

Bahasa asli Alkitab itu ada tiga. Bahasa Ibrani dan bahasa Aram bagi kitab-kitab perjanjian lama dan bahasa Greek bagi kitab perjanjian baru.

Daripada 66 kitab-kitab dalam Alkitab itu, berapa banyak kitabkah yang masih boleh digunakan sekarang ini?

Alkitab menjelaskan semua kitab dalam Alkitab digunakan sebab semuanya berfaedah.

“Segala tulisan yang diilhamkan Allah memang bermanfaat untuk mengajar, untuk menyatakan kesalahan, untuk memperbaiki kelakuan dan untuk mendidik orang dalam kebenaran.” 2 Timotius 3:16.

SELAMAT DATANG KE BLOG SINOMPURU: Isu Guru Perempuan lebih ramai berbanding guru Lelaki

SELAMAT DATANG KE BLOG SINOMPURU: Isu Guru Perempuan lebih ramai berbanding guru Lelaki

Isu Guru Perempuan lebih ramai berbanding guru Lelaki

Berita Harian bertarikh 8 Jun 2009 melaporkan bahawa peratusan lelaki yang mengajar diseluruh negara sebanyak 35% berbanding dengan jumlah guru perempuan sebanyak 65%. Isu lebih ramai guru perempuan berbanding lelaki yang mengajar di seluruh negara bagi saya tidak menjadi masalah.


Saya berpendapat, isu jantina tidak menjadi masalah , kerana sama ada perempuan atau lelaki, kedua-duanya merupakan sumber manusia yang sangat penting dan menjadi aset modal insan yang sangat dikehendaki oleh negara. Persoalannya ialah 'kesanggupan' guru perempuan yang masih muda dan baharu kemudian mereka dihantar mengajar di luar bandar dimana keadaan jalanraya yang sangat daif, tidak ada kemudahan telefon, letrik dan perjalanan pula memakan masa sehingga tiga atau lebih baru sampai ke sekolah.
Sebagai contoh di Negeri Sabah, jalanraya yang menghubungi sekolah-sekolah luar bandar amat medukacitakan, sebagai contoh SK. Magandai yang terletak dalam Daerah Kota Marudu, Sabah, jalanraya hanya boleh dihubungi dengan kenderaan "4 wheel Drive" saja, itupun musim kemarau sahaja, tetapi bila hujan jangan katakan kereta 4WD, kereta kebalpun belum tentu sampai ke sekolah SK Magandai.

Jika sekiranya ada guru -guru (perempuan) yang baharu dan mempunyai sikap 'memilih' penempatan atau enggan berkhidmat di luar bandar, saya berpendapat kementerian Pelajaran atau pengambilan pelatih guru pada masa akan datang boleh memikirkan, supaya pengambilan guru lelaki lebih diutamakan, kerana ini adalah satu kerugian yang sangat besar kepada negara terutama sekali masyarakat luar bandar yang ingin melihat anak-anak mereka beroleh pendidikan yang baik sama dengan pelajar bandar.

Wednesday, June 10, 2009

Teori Havighurst

Havighurst adalah ahli psikologi yang pertama mengkaji tugas perkembangan kanak-kanak. Beliau mendefinasikan tugas perkembangan sebagai proses pembelajaran segala pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu ada dan diamalkan pada peringkat umur. Beliau juga menambah tugas perkembangan ini bersifat sejagat atau universal.


Ibubapa, ahli keluarga, guru, rakan sebaya dan institusi sosial yang lain seperti gereja, surau dan persatuan mempunyai peranan masing-masing dalam membantu sesorang melaksanakan tugas perkembangan dengan jayanya.
Menurut Bible, "The fear of the Lord is the beginning of knowledge;but fools despise wisdom and instruction" (proverbs 1:7). Memang, sewajarnya semua kita harus percaya dan menghormati akan Tuhan, kerana daripadanyalah segala pengetahuan, kepintaran akan diberikan.