SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 11, 2009

Isu Guru Perempuan lebih ramai berbanding guru Lelaki

Berita Harian bertarikh 8 Jun 2009 melaporkan bahawa peratusan lelaki yang mengajar diseluruh negara sebanyak 35% berbanding dengan jumlah guru perempuan sebanyak 65%. Isu lebih ramai guru perempuan berbanding lelaki yang mengajar di seluruh negara bagi saya tidak menjadi masalah.


Saya berpendapat, isu jantina tidak menjadi masalah , kerana sama ada perempuan atau lelaki, kedua-duanya merupakan sumber manusia yang sangat penting dan menjadi aset modal insan yang sangat dikehendaki oleh negara. Persoalannya ialah 'kesanggupan' guru perempuan yang masih muda dan baharu kemudian mereka dihantar mengajar di luar bandar dimana keadaan jalanraya yang sangat daif, tidak ada kemudahan telefon, letrik dan perjalanan pula memakan masa sehingga tiga atau lebih baru sampai ke sekolah.
Sebagai contoh di Negeri Sabah, jalanraya yang menghubungi sekolah-sekolah luar bandar amat medukacitakan, sebagai contoh SK. Magandai yang terletak dalam Daerah Kota Marudu, Sabah, jalanraya hanya boleh dihubungi dengan kenderaan "4 wheel Drive" saja, itupun musim kemarau sahaja, tetapi bila hujan jangan katakan kereta 4WD, kereta kebalpun belum tentu sampai ke sekolah SK Magandai.

Jika sekiranya ada guru -guru (perempuan) yang baharu dan mempunyai sikap 'memilih' penempatan atau enggan berkhidmat di luar bandar, saya berpendapat kementerian Pelajaran atau pengambilan pelatih guru pada masa akan datang boleh memikirkan, supaya pengambilan guru lelaki lebih diutamakan, kerana ini adalah satu kerugian yang sangat besar kepada negara terutama sekali masyarakat luar bandar yang ingin melihat anak-anak mereka beroleh pendidikan yang baik sama dengan pelajar bandar.

No comments: