SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, October 12, 2009

JKKK (Penaja) menghalang tugas Ketua Kampung

Pengujudan sebuah kampung di atas Tanah Kerajaan Negeri, merupakan satu kesalahan dan boleh dikatakan penempatan sebuah perkampungan itu dikategorikan sebagai penempatan setinggan. Adalah dikira sangat beruntung, kalau sebuah perkampunagn itu mendapat sokongan pemimpin masyarakat, seperti wakil rakyat dan Pihak Berkuasa Tempatan  (PBT).

Dalam hal yang demikian, seorang ketua samada Ketua Kampung Penaja atau Pengerusi Jawatankuasa Bertindak sesebuah perkampungan tersebut, akan memohon permohonan Tanah Perkampungan melalui Jabatan Tanah dan Ukur. Proses permohonan untuk mendapatkan Tanah Rezab  perkampungan bukanlah sesuatu yang singkat dan mudah, ianya melalui satu peroses ynag agak lama, kerana melibatkan beberapa agensi seperti, Perangan Bandar dan Wilayah, Jabatan Pertanian, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hasil dan Bumi dan Ketua Menteri dan seterusnya Tuan Yang Terutama Yang di Pertuan Negeri Sabah untuk menandatangani surat perwartaan Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri. Mengikut pengalaman, semantara menunggu jawaban dari setiap agensi, kita perlu merujuk dari masa kesemasa, ini memerlukan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit untuk berulang alik untuk mendapatkan jawaban. Kalau nasib baik, kalau tiada aral melintang maka fail tersebut akan bertukar kepada pihak yang seterusnya dan kalau tidak kita akan bermula semula dari bawah.


Setelah perkampungan tersebut mendapat watikah perwartaan sebagai Tanah Rezab Perkampungan Anak Negeri, maka terdapat beberapa peraturan yang perlu di patuhi oleh penduduk kampung dan pemimpin kampung lain seperti JKKK.

Antara peraturan atau undang-undang tersebut ialah:
Terkandung dalam :
SEKSYEN 78 (1),(2) DAN (3)

ORDINAN TANAH BAB 68

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberikan kepadanya oleh subseksyen (1),(2) dan (3) seksyen 78 Ordinan Tanah, Yang di Pertua Negeri telah mengisythiarkan Tanah Kerajaan yang diperihalkan di dalam Jadual bersama ini sebagai Tanah Rizab Anak Negeri yang dikenali sebagai Tanah Rizab Kediaman Anak Negeri Kampung Sinompuru (kemudian daripada ini disebut sebagai "Tanah Rizab') untuk kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk maksud kediaman tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
  1. Tanah Rizab ini adalah kegunaan sepenuhnya oleh Anak Negeri Kampung Sinompuru untuk pembinan rumah-rumah kediaman dan bangunan-bangunan tambahan yang lain.;
  2. Penduduk-penduduk Kampung tersebut adalah dibenarkan untuk menjalnkan adat-resam industri kampung, memelihara ayam, binatang ternakan dan berkebun tanaman jualan di dalam kawasan Tanah Rizab tersebut;
  3. Tiada seorngpun anak Negeri yang bukan pada lazimnya bermastautin di kampung Sinompuru dibenarkan dan membina sebarang bangunan di dalam  Tanah Rizab itu tanpa keizinan daripada PEMEGANG AMANAH;
  4. Penolong Pemungut Hasil Tanah Kota Kinabalu, Ketua Derah Kota Kinabalu dan Ketua Kampung Sinompuru adalah dengan ini dilantik sebagai Pemegang Amanah Tanah Rizab itu tertakluk kepada arahan-arahan Setiausaha Hasil Bumi;
  5. Pemegang Amanah hendaklah memagar atau menyebabkan supaya dipagar sempadan Tanah Rizab tersebut dengan cara yang memuaskan hati Setiausaha Hasil Bumi dan kemudian memeliahar pagar tersebut dengan cara yang memuaskan hatinya dan;
  6. Seseorang yang terkilan oleh sesuatu tindakan atau sesuatu yang tidak dilakukan oleh Pemegang Amanah boleh memohon kajian semula kepada Pengarah Tanah dan Ukur yang keputusannya adalah muktamad.
Dalam hal menjalankan tugasnya sebagai Ketua Kampung (Pemegang Amanah), syarat-syarat perkara (1) dan (2) telah dikuatkuasakan dan peraturan-peraturan ini adalah hasil permuafakatan dan telah dihebahkan kepada penduduk kampung dan mendapat persetujuan seperti diterangkan di bawah:

MEMBICARA, MEMUTUSKAN DAN MELUPUSKAN KES

a) Kes-Kes Yang Timbul Daripada Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Anak Negeri

yang semuanya adalah Tinggal di Kampung Sinompuru (Anak Negeri)

b) Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Negeri, Daripada Segi Pertunangan, Perkahwinan Atau Seksual

(i) Pertunangan, Perkahwinan,Penceraian ,Pembatalan Perkahwinan Dan Pemisahan Perkahwinan

(ii) Pengambilan Anak Angkat, Penjagaan dan Jagaan Anak, Nafkah Tangungan dan Keesahan

(iii) Hadiah Atau Menentukan Waris Wasiat

c) Kes-Kes Lain Jika Bidang Kuasa Diberikan Kepadanya Oleh Enakmen Ini Atau mana- mana Undang-Undang bertulis yang Lain.


PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT


LOT

• Lot tidak boleh tukar milik tanpa persetujuan daripada Ketua Kampung

• Lot tidak boleh dijual, sekiranya didapati lot itu akan ditarik/diambil oleh  Ketua Kampung

Lot yang tidak diusahakan lebih dari 6 bulan akan diberikan kepada pemilik baru yang layak

• Hanya Ketua Kampung yang boleh memberi lot kepada pemohon yang layak
• Pemilik Lot boleh membina rumah,menanam pokok buah-buahan dan menternak binatang dengan syarat berkurung

• Bukan pemilik/Orang luar tidak boleh membuat sebarang bentuk rumah dikampung tanpa keizinan Ketua Kampung

Merujuk kepada syarat-syarat dan peraturan Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru, tiada satu pun ayat menyebut bahawa JKKK (penaja) boleh memberi lot dan membenarkan orang luar membina rumah atau  campur tangan dalam hal Tanah Rizab Anak Negeri Kampung Sinompuru.

Dalam ruangan ini, saya memohon kepada semua penduduk kampung termasuk Pengerusi JKKK (penaja)agar mematuhi peraturan dan menjaga ada istiadat resam kampung Sinompuru. Sebagai pemimpin kita seharusnya menjadi contoh kepada penduduk kampung dan mematuhi peraturan dan melakukan perkara yang baik.

Sebagai seorang Penasihat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatn Kampung, saya merayu buatlah perancangan untuk kemajuan kampung. Saya melihatkan banyak yang perlu kita usahakan untuk mendapat sokongan daripada Wakil Rakyat N13 Inanam, seperti Balai Raya, Padang, jalanraya, dan Air paip yang bersih.Tanah dan kawasan untuk membuat kemudahan asas tersebut sudah ada dan menunggu untuk tindakan dan usaha yang berterusan oleh JKKK.

Berjumpa lagi dalam ruangan Komentar Ketua Kampung Sinompuru akan datang.