SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 29, 2010

Adat Istiadat Kg Sinompuru Menggatal

ADAT ISTIADAT ANAK NEGERI BAGI KAMPUNG SINOMPURU MENGGATAL, KOTA KINABALU

DISUSUN OLEH
KK BINOL @ JIKAT BIN DARIMBANG

ADAT ISTIADAT ANAK NEGERI BAGI KAMPUNG SINOMPURU


PERTUNANGAN BIASA

Langkah-langkah yang perlu di ambil perhatian oleh seorang lelaki yang ingin
menunang:

1. Merisik dengan membawa seekor ayam kepada keluarga perempuan. Jika ayam itu tidak dikembalikan selepas 3 hari bererti anak perempuannya itu setuju menerima risikan lelaki tersebut.

2. Langkah seterusnya ialah menunang (Semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak lelaki)

3. Pihak keluarga perempuan akan menetapkan berian, belanja dapor
yang akan ditanggung oleh pihak keluarga lelaki

(Contoh: Beriannya RM500.00 dalam bentuk tunai, 1 ekor kerbau, 1 karung beras dan minuman ringan seperti gula, milo,kopi dan lain- lain lagi.Bagi Memeriahkan lagi majlis perkahwianan terpulang kepada pihak lelaki dan perempuan untuk membeli katil pengantin,baju pengantin dan lain-lain lagi)

4. Tarikh perkahwian akan ditentukakan oleh pihak lelaki.

5. Seorang perempuan tidak boleh dipaksa untuk berkahwin,jika siperempuan itu tidak sukakan lelaki tersebut

6. Perempuan yang benar-benar suka dengan si lelaki,pihak ibu dan bapa tidak boleh menghalangnya

INGKAR PERTUNANGAN

1. Jika sekiranya pihak lelaki ingkar dalam persetujuan pertunangan (Berkahwian perempuan lain atau memutuskan pertunangan), semua belanja waktu pertunangan dikira hangus dan si lelaki akan dikenakan denda 1 ekor kerbau.

2. Jika sekiranya pihak perempuan ingkar dalam persetujuan pertunangan (Berkahwian lelaki lain atau memutuskan pertunganan) pihak perempuan akan membayar 2 kali ganda perpelanjaan waktu pertunangan dan denda 1 ekor kerbau.

PERKAHWINAN

1. Anak pertama belum berkahwin sedangkan yang kedua itu berkahwin tidak kira dari lelaki atau perempuan, di mestikan si adik memberikan baju dan wang sebanyak RM10.00 buat abangnya atau si adik memberi kan kain sarung dan RM10.00 buat kakaknya atau 1 ekor ayam sebagai Kosogulunan.

2. Bapa sama-sama bersaudara, anak pertama suka sama suka (sepupu pertama), boleh berkahwin tapi segala barang-barang yang dikeluarkan mesti angka tujuh sebagai Pitas seperti agung 7 buah, kerbau 7 ekor Dan sebagainya

3. Kepada anak yang kedua (sepupu kedua) 1 ekor kerbau

4. Anak ketiga (sepupu ketiga) tidak boleh kahwin

5. Anak keempat (Sepupu keempat) boleh kahwin

6. Anak kelima (sepupu kelima) tidak boleh

7. Anak yang ke enam boleh kahwin dan seterusnya

8. Bahagaian berpacik,macik dengan kemanakon (anak buah)

a) Pacik bercinta dengan kemanakon anak kepada saudaranya lelaki atau perempuan, menerima hukuman 12 ekor kambing/babi seberat 80kg seekor. Sipacik mengeluarkan denda tersebut dan tidak boleh dikahwinkan
b) Macik bercinta dengan kemanakon iaitu anak kepada saudaranya lelaki atau perempuan, menerima hukuman 12 ekor kambing/babi seberat 80kg seekor. Simacik mengeluarkan denda tersebut dan tidak boleh dikahwinkan

9. Samada adik beradik,bapa dan anak,ibu dan anak, dan anak dengan menantu mereka berkerjasama mengeluarkan hukum denda tersebut sebanyak 16 ekor kambing/babi seberat 100kg. Salah seorang daripada mereka akan diusir daripada kampung tersebut

Nota: mengikut nenek moyang dulu sesiapa yang didapati begitu maka orang itu akan dimasukkan ke dalam bubu dan ditenggelamkan ke dalam laut, tetapi sekarang tidak lagi

BERCINTA ATAU BERPACARAN

1. Apabila didapati bercinta itu masing-masing mempunyai suami atau isteri maknanya sudah berkahwin hukumannya seperti berikut:

a) Bagi silelaki dihukum 2 ekor kambing,beras seberat 20 kilo dan 40kg dan 1 agung, diberikan kepada suami perempuan.

b) Bagi siperempuan dihukum 1 ekor kambing, beratnya 20 kg 1 betukul, diberikan kepada isteri silelaki

2. Kalau hanya perempuan bersuami dan bercinta dengan lelaki bujang, denda akan dikenakan 2 ekor kambing/babi seberat 20kg dan 40kg 1agung akan diberi oleh lelaki sahaja

3. Lelaki dan perempuan yang masih bujang bercinta dan didapati oleh ibubapa mereka.Maka lelaki sahaja yang dikenakan hukuman denda 1 agung dan 1 ekor kambing samada dikahwin atau tidak tapi perempuan mahu kahwin berat kambing tadi 20kg.

4. Bagi perempuan yang tidak mahu kahwin setelah didapati oleh ibubapanya, maka hukum pada lelaki itu cuma 1 ekor kambing seberat 20kg

5. Jika lelaki sudah beristeri dan bercinta dengan perempuan bujang hukumnya seperti berikut:

a) Lelaki hukumnya 1 ekor kambing dan 1 buah agung untuk ibubapa perempuan

b) Perempuan hukumnya 1 ekor kambing dan 1 betukul untuk isteri lelaki tersebut

6. Lelaki yang sudah berkahwin dan bercinta denga adik ipar isterinya dan bercadang hendak berkahwin,maka hukumnya 4 ekor kambing seberat 20kg setiap seekor dan 2 agung samada berkahwin atau tidak

7. Jika seseorang lelaki memaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang banyak kali dipinangnya tidak juga diterima (ditolak) hukumnya 1 agung

SUAMI ISTERI

1. Meninggalkan rumah ketika suami/isteri yang masih tidur denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

2. Menyukur rambut tanpa di ketahui oleh isteri denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

PEREMPUAN JANDA

1. Lelaki yang mengawini perempuan yang sudah ada anak, maka si lelaki memberikan 1 ekor babi (kambing) demikian juga dengan perempuan akan memberikan 1 ekor babi (kambing) sebagai sogit.

POLIGAMI

1. Lelaki yang sudah beristeri serta mempunyai anak dan ingin berkahwin lagi, lelaki itu aka dihukum 1 ekor kerbau dan anak-anaknya itu 1 orang 1 ekor ayam sebagai darah (Kewusung).

PENCERAIAN

1. Lelaki yang menceraikan isterinya yang tidak mempuanyai anak lagi, maka hukumnya tumpi 1 ekor kerbau. dan disebalinya jika perempuan menceraikan suaminya dihukum seperti tumpi dan segala berian,belanja pertunangan,perkahwianan mesti dikembalikan sebagai ganti rugi.

2. Lelaki menceraikan isterinya disebabkan isterinya gila lelaki lain atau mata keranjang, si ieteri tersebut dikenakan denda 1 ekor kerbau dan 1 ekor babi(Kambing)

3. Lelaki yang pergi meninggalkan isterinya selama 6 bulan 10 hari, disebarang laut siperempuan tersebut berhak bercerai dengan si lelaki selanjutnya si isteri tersebut boleh berkahwin.Hak si suami akan hilang sertamerta.

4. Suami yang meninggalkan isterinya selama 3 bulan 14 hari di dalam negeri, si isteri berhak memminta dikahwin dengan lelaki lain.Hak si suami akan hilang serta merta

ADAT MENIRIKAN RUMAH

1. Untuk mendirikan sesebuah rumah adalah tidak boleh melangar pantang larangnya.Sebuah rumah yang dibina itu ada seorang naik kencing dari atas. Maka hukumnya ial 1 ekor ayam

2. Hujung kayu perkakas rumah yang terkeluar Dan dipotong dengan parang samaada ahli keluarga atau orang lain maka hukumnya 1 ekor ayam (Dengan tidak izin tuan punya rumah)

CEMBURU BUTA

1. Lelaki atau perempuan yang sudah berkahwin dan cemburu buta antara satu dengan yang lain tanpa bukti atau saksi kedua-duanya akan didenda 1 ekor ayam

2. Tapi jika ada saksi dengan nyata hukumnya 1 ekor kerbau

LELAKI NAIK RUMAH ( DENGAN NIAT TIDAK BAIK)

1. Apabila seseorang lelaki menaiki rumah tanpa kehadiran suami perempuan yang tinggal, setelah di dapati si perempuan (isteri) tergesa-gesa meninggalkan tempat hukumnya 1 gadur

Tetapi jika:

2. Sesudah naik Dan melangka ke bilik tidur Dan perempuan terbangun dikenakan 1 betukul

3. Sesudah masuk kebilik tidur dan perempuan terasa disentuh tubuhnya hukumnya 1 agung

4. Jika sekiranya didapati disetubuh (mianu-anu):

a) Bagi bujang -1 ekor kambing seberat 20 kilo dan 1 agung

b) Bagi yang sudah berkahwin - 2 ekor kambing seberat 20 kilo dan 1 agung dan 1 betukul (sarung senjata sisuami)

5. Laporkan kepada polis

MENCABUL PEREMPUAN

1. Seorang lelaki mengacau atau mencabul isteri orang lain akan didenda 1 ekor kerbau, 1 ekor babi (kambing), satu barangan tembaga dan satu agung

2. Memeluk perempuan di perjalanan bagi bujang dihukum 1 betukul

3. Mempermainkan pakaian perempuan yang sedang berjemur oleh seorang lelaki denda 1 agung

MENGINTAI

1. Seorang lelaki mengintai perempuan yang sedang mandi akan di denda 1 agung

2. Kalau seseorang lelaki melintasi sungai dan mendapati ada seorang perempuan sedang mandi dan lelaki itu terus berjalan tanpa menoleh perempuan itu, maka bagi si lelaki itu tersebut tiada di kenakan hukuman apa-apa

3. Jika silelaki tersebut melintasi sungai dan berhenti serta berbual-bual dengan perempuan itu dendanya 1 buah gadur.

MEMEGANG SUSU PEREMPUAN DAN MEROGOL (Mianu-anu)

1. Seorang perempuan bujang dan dipegan susunya si pemegang itu dikenakan denda 1 ekor kerbau. Perempuan yang sudah tua si pemegang susu itu dikena denda 1 ekor kerbau kesalahan

2. Seorang lelaki memegang susu atau kemaluan perempuan serta menendang-nendang punggung perempuan itu akan dikenakan denda 1 ekor kerbau

3. Seorang lelaki yang hendak merogol tetapi tidak dapat hukumnya 1 ekor kambing

4. Dapat merogol hukumnya 1 ekor Kerbau dan 1 agung

5. Hukum bagi memegang buah dada perempuan adalah mengikut keadaan umur seseorang perempuan tersebut:

a) Umur diantara 12 hingga 14 tahun dikenakan hukum 1 betukul dan 1 ekor Kerbau (koroton atau posol tikagang)

b) Umur 15 tahun keatas hukum 1 buah gadur dan 1 ekor kerbau

c) Bagi perempuan yang sudah berkahwin hukumnya 1 buah betukul dan 1 ekor kerbau

d) Bagi perempuan yang berumur 30 tahun ke atas, hukumnya 1 betukul dan 1 ekor kerbau

6. Lapor kepada Polis sebarang kesalah merogol

BERZINA/BERSETUBUH

1. Seorang lelaki bujang dengan perempuan yang sudah ada suami, sehingga dapat bersetubuh maka hukumnya ialah kedua-dua mesti mengeluarkan 1 ekor kerbau dan 1 agung

PERTENGKARAN

1. Pertengkaran antara dua orang dan salah seseorang menyebarkannya sehingga menjadi satu perselisihan faham, maka orang yang menyebarkan cerita itu akan didenda 1 gadur dan bila dia ulangi lagi dikenakan 1 betukul

MATI

1. Seorang pesakit berjalan pulang dari berubat dan berehat (singgah) di rumah orang, lalu pesakit itu mati maka tuan rumah berhak meminta 1 ekor kerbau dan 1 ekor kambing sebagai ‘kesongan’/ ‘kogimputan’ daripada keluarga si mati

2. Seorang meninggal dirumah orang lain bukan mati dirumah sendiri ,maka keluarga simati dikenakan denda 1 ekor kambing/babi sebesar indung dan 1 betukul tulin (Kogimputan).Jika si mati itu mempunyai barang di rumah orang itu, maka keluarga si mati mestilah memberi darah ayam beratnya ½ kilo dan 1 gelang luyang

3. Keluarga yang kematian itu belumpun sampai 1 tahun lamanya dan hendak berpindah ketempat lain, keluarga itu didenda 1 ekor kambing/babi seberat 20 kilo dan 1 gadur tulin dan keluarga tersebut mesti memberi denda itu sehari sebelum berangkat pergi (‘Kounusan’)

4. Sekeluarga yang kematian itu belum mencapai 1 tahun lamanya dan berpindah ke kampung lain, mereka akan didenda 1 ekor kambing/babi seberat 20 kilo dan 1 gadur untuk darah semua orang kampung(Kotunkapan do romou)

5. Jika mereka berpindah dirumah jiran maka denda 1 ekor ayam indung dan 1 gelang luyang

BERANAK DIRUMAH ORANG

1. Perempuan yang beranak di rumah orang, maka tuan rumah itu berhak meminta 1 ekor ayam atau boleh diganti dengan wang RM20.00 sahaja.

PEREMPUAN MENGANDUNG

1. Seorang perempuan mengandung dikejut oleh kawannya maka hukumnya adalah seperti berikut:

a) Terkejut 1 ekor ayam (unggas)

b) Anaknya sakit (terganggu dalam kandungan) 1 ekor ayam

c) Anaknya mati (dalam kandungan) 1 ekor kerbau

TADAHAN AIR

1. Orang yang menuba ikan sedangkan tempat itu menjadi sumber minuman orang dan sebagainya. Orang yang berkenaan di denda 1 ekor kambing.

MEMBUNUH ORANG

1. Membunuh orang atau mencuri adalah dilaporkan kepada Polis

MECEROBOH

Sesiapa jua pun yang, tanpa sebab-sebab munasabah, memasuki mana-mana rumah atau tanah atau mana-mana atau mana-mana bahagiannya kepunyaan atau dalam penghunian sah rang lain adalah melakukan pelanggaran undang-undang adapt anak negeri dan boleh dikenakan membayar kepada pihak terkilan sogit tidak melebihi 2 ekor unggas atau barang-barang lain yang senilai dengannya mengikut denda adat

JALAN LALUAN ORANG RAMAI

1. Seseorang dengan sengaja membakar tempat laluan atau jalanan orang denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

MENGAMUK /MEMUKUL

1. Seorang yang jahat tanpa sebab akan didenda 1 ekor kerbau atau kambing

2. Memukul orang sehingga luka atau keluar darah melalui mulut dan hidung
Dendanya 1 ekor ayam seberat 1 kilo

3. Orang yang mengamuk haruslah dilapurkan kepada polis

MEMBUAT FITNAH

1. Orang yang membuat fitnah akan didenda hukum Satu ekor kerbau dan 1 buah betukul atau nilai RM200.00

TERNAKAN

1. Membunuh sebarang ternakan dengan segaja maka hukumnya menggantikan binatang itu atau membayar harga binatang tersebut

2. Memotong sebarang ternakan dan tidak mati tapi keluar darah denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

3. Anjing menggigit orang sehingga luka denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

MENCOROBOH TANAH DAN LADANG

1. Memotong, membersi ladang di tanah orang lain atau kampung lain, orang yang berkenaan dikenakan hukuman 1 ekor kerbau

2. Memotong tiang sempadan ladang atau kebun denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

3. Tanda sempadan padi atau ladang dipotong dengan parang didenda 1 ekor ayam

4. Menebang pokok kayu saada besar atupun kecil, kemudian merebah di ladang orang dendanya 1 ekor ayam seberat 1 kilo

5. Terpotong akar kayu di ladang orang denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

6. Mengambil sebarang tanam-tanaman di tempat orang itu sedangkan yang empunya belum merasmikanya lagi denda 1 ekor ayam seberat 1 kilo

7. Mengorek lubang besar di atas empunya tanah tanpa keizinannya akan didenda 1 ekor kerbau

MENYEBUT NAMA MENTUA

1. Si menantu menyebut nama mentuanya samada yang masih hidup atau mati, maka hukumnya itu dikenakan 1 ekor kerbau atau boleh diganti 1 ekor kambing.

RUMAH DAN PERHIMPUNAN (DEWAN)

1. Membangun orang dengan menggunakan kaki denda 1ekor ayam seberat 1 kilo

MEMBUKA ATAU MEROSAK RUMAH

1. Seseorang yang merosak sebarang peralatan rumah, hukumnya 1 ekor ayam sebagai ‘darah’ dan orang itu akan mengganti serta membayar semua kos pembaikan.

2. Seorang yang mabuk dan naik ke rumah orang yang belum siap lalu merosakkan rumah itu, maka orang itu dikenakan hukuman 1 ekor babi atau kambing dan 1 ekor ayam

3. Sebuah rumah atau sulap, ada orang yang singgah dan membawa perempuan tidur malam, tuan punya rumah berhak memninta kepada orang itu 1 ekor kambing

4. Terpatah gelagar rumah orang yang masih ada penghuninya denda 1 ekor ayam beratnya 1 kilo

5. Memotong barang atau alat-alat perkakas rumah di mana sahaja tanpa keizinan yang empunya rumah denda 1 ekor ayam beratnya 1 kilo

KUBURAN

1. Seorang menumbang kayu dan terkena kuburan orang , hukumnya 1 ekor babi atau kambing

2. Seorang membakar ladangnya dan terbakar kuburan, hukumnya 1 ekor babi atau kambing

3. Seorang yang menggalikan kuburan dan diketahui maka orang itu akan dikenakan denda sebanyak 20 kimanis

4. Jika kuburan itu tidak pernah terbakar dan terbakarpula seseorang maka dendanya 1 ekor kambing/babi seberat 2o kilo dan 1 betukul yang akan diserahkan kepada yang empunya keluarga kuburan itu

5. Kuburan yang dipelihara dan dijanjikan untuk di simen serta dimeriahkan roh (ukason/abaaon) kemudian terbakar oleh seseorang maka hukumnya ialah 1 ekor kerbau, 1 karung beras besar dan 3 karung simen serta dimeriahkan roh pada minggu itu juga

PEREBUTAN HAK MILIK TANAMAN

1. Sebuah pokok Dan masing-masing mengaku dia punya, keputusannya adalah di jual atau dimusnahkan sahaja oleh kedua orang tersebut.

2. Mengambil sebarang tanaman orang yang bertanda, maka si pencuri itu boleh didenda 1 ekor ayam

BINATANG

1. Binatang yang merosak tanaman, tuan punya binatang itu harus membayar ganti rugi dengan wang

2. Pemburu tersilap menimbak binatang, maka pemburu tersebut harus mengganti binatang itu atau membayar harga binatang itu dengan wang


PENUTUP

Panduan Adat Istiadat tersebut hanya terpakai di dalam Kampung Sinompuru saja. Panduan ini akan sentiasa di disunting atau ditambah dari masa kesemasa mengikut keperluan dalam kampong Sinompuru.

Diharap maklumat tersebut boleh dijadikan panduan untuk menyelesaikan seberang masalah berkenaan adat istiadat dalam kampong Sinompuru.

Sekian


KK BINOL @ JIKATBIN DARIMBANG



31 OKTOBER 2005

No comments: