SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, June 15, 2009

KIMARAGANG & MOMOGUN

'Kimaragang merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China[perlu petikan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.
Kepercayaan
Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun. Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian. Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam. Bomoh bagi masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Bobolian.
Perayaan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Makanan Tradisional
makanan tradisi juga yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai 'tinamba'...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih.


Tarian Tradisional
Tarian Pinakang merupakan tarian tradisi suku kaum KImaragang yang terkenal di Daerah Kota Marudu. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Pinakang ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.


Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kimaragang"
Kategori: Pribumi Sabah Kaum etnik Malaysia Orang asli Malaysia


Momogun adalah nama bangsa bagi suku kaum Rungus yang terus di gunakan secara tradisi hingga ke hari ini. Rungus adalah merupakan berasal dari nama nenek moyang Momogun yang bernama Rungsud. Rungsud adalah abang sulung kepada Longguvai dan Turumpok. Turumpok juga di kenal sebagai [Tomui].
Ketiga adik-beradik lelaki ini merupakan nenek moyang kepada suku-suku Kadazandusun pada masa kini. Secara tradisi Rungsud merujuk kepada nenek moyang bagi suku kaum Dusun di kawasan utara Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Telupid dan Beluran. Kudat pada zaman dahulu sering di rujuk sebagai Tanjung Berungus. Para pedagang barter pada zaman dahulu merujuk kepada nama Aki Rungsud apabila menyebut Kudat pada masa itu.
Momogun merupakan satu sebutan yang berdasarkan sistem kepercayaan tradisi. Momogun adalah berasal dari kata "Pogun" iaitu membawa maksud "tanah nenek moyang atau dunia."
Momogun bermakna "pemilik tanah atau empunya tanah" berdasarkan hukum Agama Labus. Istilah ini berkait rapat dengan upacara dan kalendar Suku Momogun Rungus dalam upacara keagamaan Labus iaitu Mamasi dan Managas.
Upacara Mamasi dan Managas merupakan satu kalender Momogun berkaitan pelupusan dosa-dosa bagi semua penduduk di bawah gunung Kinabalu. Mamasi adalah pelupusan dosa bangsa momogun dalam kiraan 50 tahun sekali dan Managas adalah pelupusan dosa dalam kiraan 100 tahun sekali.
Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan nenek moyang Momogun di mana dosa harus di bayar dengan korban darah dan setiap 50 tahun dan 100 tahun perlu di lupuskan segala dosa-dosa dari yang kecil hingga yang besar iaitu setiap yang di lakukan oleh bangsa Momogun. Jika ini tidak di lakukan maka Kinoringan akan mengizinkan kejadian seperti Lzusuvon (banjir besar), Lzunsuton (gempa bumi) atau Monirang (gunung berapi) serta penyakit-penyakit wabak dan sebagainya seperti kehilangan keharmonian dan kesatuan bangsa Momogun Rungus.
Kalendar 100 tahun Momogun Rungus ini akan berakhir setelah upacara Managas di lakukan pada tahun ke-100 dan kalendar baru akan di buka kepada tahun 1 dan demikianlah seterusnya.
Pada masa ini Momogun kini menggunakan nama suku masing-masing dan di satukan sebagai Rumpun Kadazandusun-Murut.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Momogun"
Kategori: Kaum etnik Malaysia

No comments: