SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 16, 2009

Pesta kaamatan sinompuru

Menggatal: 24 Mei 2009
Pesta Kaamatan peringkat kampung Sinompuru telah mengadakan berbagai aktiviti seperti Pertandingan Ratu Ibu, Unduk Adau Kanak-kanak, Unduk Adau Remaja. Selain itu aktiviti dalam padang juga telah menarik minat penduduk diantaranya tarik tali bujang dan khawin, panjat tiang licin, sepak manggis, melastik, gusti tangan dan sukan kanak-kanak. KAN Roger Impau, telah mewakili YB Johnny Goh untuk merasmi pesta kaamatan tersebut, turut hadir ialah isteri kepada YB Johnny Goh, iaitu puan Evelyne Goh Ketua Pergerakan Wanita N13 Inanam dan rombongan Wanita PBS Bahagian N13 Inanam, Ketua Kampung Sinompuru KK Binol Darimbang, Pengurusi JKKK penaja dan Pengerusi Penganjur Encik Misik Umbaris. Seramai lebih daripada 200 orang penduduk kampung telah hadir. KAN Roger berkata "marilah kita sama-sama merayakan Pesta kamataan ini dengan rasa penuh kesyukuran dan inilah masanya kita bermaaf-mafaan dan bersatu untuk kebaikan penduduk kampung Sinompuru".

3 comments:

Uku One Moment said...

Brader, jangan kasi tayang yang dulu-dulu punya ki..shame shame lah saya..

Binol Darimbang said...

Nanti saya cari biar satu dunia tahu kau adalah wanita kimaragang tercancit di dunia

Binol Darimbang said...

opp! maksud saya kau yang tercantik salah eja (ralat tercancit)