SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 28, 2009

JUMLAH PENDUDUK DAN RUMAH

JUMLAH PENDUDUK : 200 orang
RUMAH SIAP: 40 buah
(Ada rumah, tetapi tidak tinggal): 82 buah
Belum : Kira-kira 50 Lot


Alamat Kampung Sinompuru ialah:

Kampung Sinompuru,
KK BINOL DARIMBANG
PETI SURAT 312
88856 likas, KOTA KINABALU

Ketua Kampung
KK Jikat @ Binol Darimbang
No.:Tel. 0138721233
FAX No.088629028
Email/WEB SITE: http://www.facebook.com/binol.darimbang
bdarimbang2004@yahoo.com
http://sinompurukkbinol.blogspot.com

Jawatankuasa Penyelenggeraan Paip Air Graviti
Pengerusi : Encik Tommy Chang

Setiausaha: /Luzy Tham
No.Tel:0198807653

KK Binol @ Jikat Darimbang
No.Tel:0138721233


PANDUAN
PENDUDUK KAMPUNG SINOMPURU

Salam Sejahtera kepada semua penduduk kampong, dengan rasa bangganya dan hormatnya saya sebagai Ketua Kampung ingin memperkenalkan kampong kita kepada anda.Keluasan kampung Sinompuru ialah 66.1 ekar. Kampung Sinompuru telah dipohon pada 8 April 1995 No.Permohonan LA95010130.Kampung Sinompuru telah wartakan sebagai tanah Rezab Tanah Perkampungan Anak Negeri pada 6 Februari 2003. Kampung Sinompuru terletak 3 KM dari Pekan Menggatal. Kampung yang berhampiran dengan kampung Sinompuru ialah utara Kg.Keliangau, Selatan Kampung Mansiang, Barat Kg.Kembirian dan Timur Kampung Nalap/Togung. Penduduk Kampung Sinompuru terdiri daripada berbagai suku kaum dan berasal dari seluruh pelusuk Negeri Sabah.

ERTI “ SINOMPURU”
Ialah Bersatupadu, Harmoni, Satu Hati/Tujuan

PERASMIAN KAMPUNG SINOMPURU

Kampung Sinompuru Telah dirasmikan oleh YB Johnny Goh,Wakil Rakyat N13 Inanam
pada 16 Mei 2004

UNDANG-UNDANG KECIL JAWATANKUASA PENYELENGGERAAN AIR PAIP GRAVITI:

1. Penyambungan
• Bayaran RM50.00
(Sekali sahaja)

2. Yuran
• RM5.00 setiap bulan

3. Gotongroyong (akan dimaklumkan dari masa kesemasa)
• Memandangkan tabungan tidak mencukupi penyelenggeraan paip air graviti dibuat secara gotongroyong

4. Kemudahan Air Paip Graviti ini untuk Kampung Sinompuru/Nalap sahaja

5. Penduduk kampong ingin menyambung air paip gravity hendaklah meminta kebenaran melalui Pengerusi /Setiausaha/Bendahari Jawatankuasa Penyelenggeraan Paip Air Graviti Kampung
Sinompuru/Nalap
Atau Ketua Kampung/
Pengerusi JKKK secara bertulis

6. Penduduk kampong yang tidak membayar
Yuran akan ditegur dan sekiranya engkar membayar sambungan air gravitinya akan dipotong

TEMPAT/KAUNTER PEMBAYARAN

BOLEH DIBAYARA KEPADA

1. Rumah Puan Auren Tagok

2. Rumah Encik Bainis (Kg. Nalap)

KEMUDAHAN ASAS KG.SINOMPURU

1. Jalanraya berturap sejauh 1.5 KM telah dilaksanakan pada 1 Disember 2003
2. Bekalan Airpaip Graviti Kampung Sinompuru/Nalap telah disiap dilaksanakan pada tahun 2006
3. Bekalan Letrik Siap dilaksanakan pada 20 Ogos 2007
4. Sebuah padang yang boleh digunakan menjalankan aktiviti sukan masyarakat kampung
5. sebuah balairaya

PENGISYTIHARAN TANAH RIZAB
KEDIAMAN ANAK NEGERI
KAMPUNG SINOMPURU,
DAERAH KOTA KINABALU DI BAWAH
SEKSYEN 78 (1),(2) DAN (3)
ORDINAN TANAH BAB 68
DISIARKAN DI DALAM WARTA KERAJAAN
PADA 6 FEBRUARI 2003(KHAMIS),
[JIL.LVIII, NO.6]


Geran Tanah Perkampungan

Lot Kampung Sinompuru

PENGISTIHARAN PERLANTIKAN
KETUA KAMPUNG
(Kita berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi pengiktirafan
Kampung Sinompuru)
Tarikh Perlantikan: 31 Oktober 2005
Nama Ketua Kampung:
KK Jikat @ Binol Darimbang


TERMA DAN SYARAT-SYARAT
TANAH RIZAB KEDIAMAN

1. Pembinaan Rumah-Rumah Kediaman dan Bangunan- Bangunan Tambahan yang Lain

2. Menjalankan Adat Resam Industri Kampung

3. Memelihara Binatang Ternakan

4. Berkebun Tanaman Jualan

5. Tiada Seorangpun Mendirikan dan membina Sebarang Bangunan
Tanpa Keizinan daripada
Ketua Kampung, Sebagai Pemegang
Amanah

Ruj: SEKSYEN 78(1),(2) dan (3) Ordinan Tanah Bab 68
KUASA-KUASA KETUA KAMPUNG
SEKSYEN 6 (1) MAHKAMAH ANAK NEGERI 1992

MEMBICARA, MEMUTUSKAN DAN
MELUPUSKAN KES
A) Kes-Kes Yang Timbul Daripada Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Anak Negeri
Yang Semuanya Adalah Tinggal
Di Kampung Sinompuru (Anak Negeri)

B) Pelanggaran Undang-Undang Atau Adat Negeri, Daripada Segi Pertunangan,
Perkahwinan Atau Seksual
(i) Pertunangan, Perkahwinan,Penceraian,Pembatalan Perkahwinan Dan Pemisahan Perkahwinan
(ii) Pengambilan Anak Angkat, Penjagaan Dan Jagaan Anak, Nafkah Tangungan Dan Keesahan
(iii) Hadiah Atau Menentukan Waris Wasiat

C) Kes-Kes Lain Jika Bidang Kuasa Diberikan Kepadanya Oleh Enakmen Ini Atau mana- mana Undang-Undang bertulis yang Lain.

PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT

PERATURAN DAN ADAT ISTIADAT


LOT

• Lot tidak boleh tukar milik tanpa persetujuan daripada Ketua Kampung

• Lot tidak boleh dijual, sekiranya didapati lot itu akan ditarik/diambil oleh Ketua Kampung

• Lot yang tidak diusahakan lebih dari 6 bulan akan diberikan kepada pemilik baru yang layak

• Hanya Ketua Kampung yang boleh memberi lot kepada pemohon yang layak

• Pemilik Lot boleh membina rumah,menanam pokok buah-buahan dan menternak binatang dengan syarat berkurung

• Bukan pemilik/Orang luar tidak boleh membuat sebarang bentuk rumah dikampung tanpa keizinan Ketua Kampung

No comments: