SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, August 10, 2009

Mesyuarat Agung Bahagian N13 Inanam


Ahad (9 Ogos 2009)
Menggatal: Mesyuarat Agung Tahunan PBS N13 Inanam telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Datuk Lous Rampas, yang telah mewakili Presiden Parti PBS Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan pada 9 ogos 2009.Turut hadir dalam mesyuarat Agung tersebut, Wakil Rakyat N13 Inanam YB Johnny Goh, Timbalan Pergerakan Wanita PBS Pusat Datin Meliana Ugau, Ketua Wanita Bahagian N13 Inanam Puan Evelyn Goh serta Barisan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Ahli Jawatankuasa Bahagian PBS N13 Inanam.

Dalam masa yang sama, seramai lebih daripada 600 ahli baru yang kebanyakannya datang daripada ahli pembengkang telah menyerahkan keahlian mereka kepada YB Datuk Lous Rampas.

Mejoriti pembahas dan pengusul serta ahli-ahli dan pemerhati berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Agung kali ini, yang telah diadakan di Dewan Serbaguna Petrajaya, Telipok. Mereka juga mahu supaya kepimpinan pusat memberikan peluang sekali lagi kepada YB Johnny Goh untuk terus memimpin Bahagian ini serta mencalunkan beliau pada pilihanraya akan datang.

Antara isu-isu yang telah dibahaskan ialah 1 Malayisa, haruslah mencerminkan penglibatan semua rakyat Malaysia, di Sabah dalam Jawatan Perkhidmatan Awam, Politik, ekonomi. Isu kebanjiran PTI di khasnya di N13 Inanam sangat membimbangkan perwakilan, oleh itu mereka mencadangkan supaya kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada dengan lebih telus, dan amanah untuk mengekang kebanjiran PTI dan menghantar PTI ditempat asal mereka.

1 comment:

Uku said...

Bah..teruskan kerja keras!