SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, September 18, 2009

siapa selepas Najib?


TUDUHAN demi tuduhan dilemparkan oleh para pemimpin UMNO dan Pakatan Rakyat memperalatkan orang Melayu dan agama Islam dalam parti kepimpinan UMNO dan Pakatan Rakyat dalam 4 buah Negeri di Malaysia. Pakatan Rakyat menyatakan para pemimpin UMNO semakin takut bayangan sendiri parti itu benar-benar kehilangan sokongan dari orang Melayu dan Islam, disebaliknya pula UMNO menuduh Pakatan Rakyat, sudah mula dibenci rakyat. Siapa yang salah dan siapa yang benar?.

Pakatan Rakyat dan BN masing-masing mendakwa mereka adalah pejuang bangsa Melayu, Islam dan bukan Islam juga tidak dilupakan. Masalahnya kita di Sabah dan Sarawak, terpinga-pinga, apakah benda yang mereka perjuangkan. Kompenan BN, yang lain seperti tersepit ditengah-tengah kemelut dalam UMNO, MIC, MCA.

Tanpa memilih bulu dan tidak pernah mengabaikan perjuangan hak dan kepentingan orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak, UMNO dan Pakatan Rakyat masing-masing mendakwa perjuangannya ialah melindungi hak orang Melayu dan agama Islam serta melindungi hak semua kaum dan agama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tragedi kepala lembu di Selangor dimana pembinaan kuil Hindu berdekatan dengan kawasan majoriti orang Melayu. Pemikiran penduduk secara jumud ini boleh menjadi penghalang slogan kerajaan 1Malaysia.

Saya rasa kita dibumi negeri Sabah sangat beruntung kerana, walaupun terdapat lebih daripada 30 suku kaum di negeri ini, kita masih bergaul antara satu dengan lain walaupun berlatar belakangkan kebudayaan, agama, bahasa yang berlainan. Dalam masa yang sama kedai Bumiputra Islam dan cina berkongsi satu kedai. Ini bermakna, bumiputra Islam dan bukan Islam makan dalam satu meja dengan menu yang berlainan. Sungguh hebatkan?.

Contohnya, saya ada abang dan kakak yang beragama islam, tetapi kami boleh makan, masak bersama-sama kerana, kami masing-masing tahu agama dan persaudaraan itu mempunyai kekuatannya tersendiri.

Mari kita ambil sedikit perbandingan sikap Saidina Omar r.a. pertemuan dengan Paderi di Gereja Baitul Muqaddis bila tibanya solat Asar beliau solat di beranda Gereja. Paderi Geraja mempelawakan Saidina Omar r.a. agar solat di dalam Gereja akan disediakan tempat baginda bersolat.

Punya hemah yang tinggi sifat keterbukaan yang ada pada diri Omar bin Al-Khattab. Beliau tidak menganggap perbezaan fahaman agama sebagai penghalang untuk beliau bersama-sama, berbual-bual dan bersembang dengan sesiapa sahaja. Kenapa kita selalu lupa sejarah sahabat-sahabat Nabi mahu berdakwah secara diplomasi daripada bersifat kasar, ego dan sombong?

Rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara majmuk, hanya perbezaan agama dalam sebuah negara menjadikan punca perkelahian dan perselisihan faham merupakan tindakan yang paling bodoh sekali. Sebaliknya, tindakan yang bijak, mencari titik-titik persamaan terlebih dahulu. Marilah bersama kita bersatu dalam politik di negara Malaysia yang aman damai ini, bukan mengundang perpecahan.

Siapa yang mahu memperjuangkan keadilan,PR atau BN?. Bagi saya siapa yang membencikan kezaliman, parti itulah merupakan akan mencari titik persamaan antara Islam dan bukan Islam. Jadikannya sebagai jambatan penghubung dalam melakukan pendekatan yang disukai oleh orang Islam/bukan islam dan Melayu/Bumiputra.

Kita tidak mahu ada mana-mana parti Sama ada PR atau BN meneruskan agenda perkauman bagi menjamin kuasa selamanya di tangan mereka yang kotor, rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

Mengikut Teori R.A.H.M.A.N. Dato Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak adalah ‘Lelaki Terakhir UMNO’ yang terakhir menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU13 nanti atau ada pusingan sekali lagi yang bermula dengan huru R atau melangkah terus kepada huruf M.

No comments: