SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, June 30, 2009

 
Posted by Picasa

Peta tersebut di atas adalah kedudukan lot yang dipunyai oleh penuduk, manakalah lot yang belum bernombor saya belum lagi menerima laporan yang lengkap. Laporan lengkap akan diberikan nanti..sabarlah, ok.

Kepada semua pemilik lot kampung sinompuru, marilah kita saling berganding bahu, berkerjasama dan mematuhi adat resam kampung kita, agar kita hidup aman dan damai dari sekarang hingga selamanya.

PERINGATAN kepada pemilik lot, jangka masa untuk tuan/puan membuat rumah hanya 6 bulan sahaja, selepas itu sekiranya anda tiada pemberitahuan kepada Ketua Kampung, lot anda akan diberikan kepada pemilik baru.

Terima kasih Mr. Tommy Chang, kerana kepakaran beliau membantu melukis peta ini, sehingga saya dapat 'download' peta ini di blog.

Saturday, June 27, 2009

PERBINCANGAN PUNCA MATA AIR GRAVITI 5 BUAH KAMPUNG

Sabtu 27 Jun 2009 Jam 10:00 pagi




Ketua-Ketua kampung serta pengerusi-pengerusi JKKK 5 buah kampung terdiri dari Kampung Kokol, Sinompuru, Togung, Mensiang, dan Mantabian telah mengadakan perbincangan dan penyelesaian mengenai masalah punca air graviti di kampung tersebut. Walaubagaimanapun Kg Mansing dan Mantabian tidak menghantar wakil masing-masing dalam mesyuarat tersebut.

Ketua Kampung Kokol KK Puan Alice telah mempengerusi mesyuarat tersebut. Turut hadir dalam perbincangan tersebut ialah KK Binol Darimbang Ketua Kampung Sinompuru, KK Abun Ketua Kampung Togung, Pengerusi JKKK Kg. Kokol En Daut Nasun dan Pengerusi JKKK (Penaja) Kg.Sinompuru Puan Hamidah Abdullah. Mesyuarat telah membuat ketetapan bahawa semua kampung dinasihatkan mendapatkan sumber air bermula dari “tingkat satu” dan semua kampung harus menggunakan saiz paip berukuran 1 inci sahaja untuk dimasukkan di tangki air masing-masing.

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson - Meninggal dunia
Jun 26, 09 10:51am

Kematian Raja Pop Michael Jackson awal pagi ini akibat serangan jantung mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

micheal jackson past away dead 260609 01Michael dilahirkan pada 29 Ogos 1958 di Gary, Indiana. Dia merupakan anak ketujuh daripada keluarga sembilan orang.

Lima anak Jackson - Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael - membuat persembahan bersama pertama mereka dalam satu pertandingan nyanyian ketika Micheal berusia enam tahun.

Mereka muncul juara dan seterusnya menjadi kumpulan paling paling popular - The Jackson Five, dan kemudiannya The Jackson 5.

Michael membuat album sulungnya pada 1972, dan album Thriller pada 1982, yang terus menjadi lagu top 10.

Albumnya dijual sebanyak 21 juta di Amerika Syarikat dan sekurang-kurangnya 27 juta di seluruh dunia.

Penerima 13 kali Anugerah Grammy semasa hayatnya bergelut dengan pelbagai kontroversi, termasuklah dakwaannya memeluk Islam serta dituduh mencabul kehormatan seorang budak lelaki pada 1993.

Pada November tahun lalu, akhbar melaporkan, Michael memeluk Islam di rumah seorang rakannya Steve Porcaro di Los Angeles.

Turut hadir pada majlis itu penyanyi Yusuf Islam, pencipta lagu David Wharnsby dan penerbit album Philip Bubal.

Beliau dilaporkan memilih "Mikaeel" - sempena nama malaikat pembawa rezeki - sebagai nama Islamnya.

Abangnya Jermaine dilaporkan berkata, pemegang gelaran “penghibur sepanjang zaman” oleh Guinness World Records itu menunjukkan kecenderungan untuk memeluk Islam sejak awal 1990-an.

micheal jackson past away dead 260609 04Michael kaya raya apabila album ketujuhnya Thriller terjual 109 juta keping, membina sebuah rumah mewah di Los Angelas yang dilengkapi dengan taman tema dan zoo persendirian.

Kediamannya itu sering dikunjungi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan menghidap penyakit yang tidak boleh dirawat.

Di situ beliau bergelut dengan kontroversi yang mendakwa beliau telah mencabul seorang kanak-kanak pada 1993. Beliau diseret ke mahkamah sepuluh tahun selepas itu.

Bagaimanapun, selepas perbicaraan panjang selama dua tahun, mahkamah telah membersihkan namanya dengan mengumumkan beliau tidak bersalah.

Michael menjadi kegilaan anak muda di seluruh dunia dengan suara dan penampilannya yang unik, selain gerak tarinya yang bertenaga di pentas - dikenali sebagai tarian robot dan moonwalk.

Terakhir beliau bergelut dengan tuntutan saman sebanyak AS$7 juta (RM25.26) oleh seorang kerabat diraja Bahrain, Sheikh Abdulla Hamad Al Khalifa kerana didakwa melanggar perjanjian untuk merakam album dan mengadakan konsert di negara itu.


Petikan dari Malaysia Kini



Tuesday, June 16, 2009

Pesta kaamatan sinompuru

Menggatal: 24 Mei 2009
Pesta Kaamatan peringkat kampung Sinompuru telah mengadakan berbagai aktiviti seperti Pertandingan Ratu Ibu, Unduk Adau Kanak-kanak, Unduk Adau Remaja. Selain itu aktiviti dalam padang juga telah menarik minat penduduk diantaranya tarik tali bujang dan khawin, panjat tiang licin, sepak manggis, melastik, gusti tangan dan sukan kanak-kanak. KAN Roger Impau, telah mewakili YB Johnny Goh untuk merasmi pesta kaamatan tersebut, turut hadir ialah isteri kepada YB Johnny Goh, iaitu puan Evelyne Goh Ketua Pergerakan Wanita N13 Inanam dan rombongan Wanita PBS Bahagian N13 Inanam, Ketua Kampung Sinompuru KK Binol Darimbang, Pengurusi JKKK penaja dan Pengerusi Penganjur Encik Misik Umbaris. Seramai lebih daripada 200 orang penduduk kampung telah hadir. KAN Roger berkata "marilah kita sama-sama merayakan Pesta kamataan ini dengan rasa penuh kesyukuran dan inilah masanya kita bermaaf-mafaan dan bersatu untuk kebaikan penduduk kampung Sinompuru".

Monday, June 15, 2009

KIMARAGANG & MOMOGUN

'Kimaragang merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa.
Kaum Kadazan-Dusun merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China[perlu petikan]. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kumpulan etnik yang terbesar adalah suku kaum Dusun yang merupakan satu pertiga dari penduduk Sabah. Suku kaum Dusun yang tinggal di pantai barat seperti Penampang, Papar, Tuaran, Kiulu, Tamparuli, Tenghilan, Kota Belud dan juga di lembah bukit di Ranau, Tambunan, dan Keningau adalah petani tradisi yang menanam padi sawah dan huma. Sesetengah dari mereka memburu serta menangkap ikan sungai. Mereka kebanyakan bertempat di sekelilingi kawasan lembah pantai barat dan kawasan pendalaman.
Lazimnya masyarakat daripada subetnik yang disebut di atas adalah berasal (mendiami) daripada kawasan-kawasan (daerah) tertentu umpamanya Kimaragang di daerah Kota Marudu, Lotud di daerah Tuaran, Orang Sungai di daerah Kinabatangan, Sugut, Paitan dan Pitas. Bagi Orang Sungai yang tinggal di daerah Pitas, mereka menganut agama Islam manakala daerah-daerah lain seperti Kinabatangan Orang Sungai turut menganut agama-agama lain. Masyarakat Lotud (Suang Lotud) turut mendiami kawasan Pantai Barat Selatan negeri Sabah terutamanya Tuaran, Tamparuli, Telipok dan dan sedikit di Kota Belud (Tampasuk). Mereka hidup secara kolektif dengan mendiami rumah panjang yang mengumpulkan beberapa keluarga, iaitu antara 150 - 200 orang. Walau bagaimanapun, pada masa kini, rumah panjang jarang dilihat dalam etnik ini. Kebanyakannya telah mengalami pembangunan fizikal dan mental.
Istilah Kadazan-Dusun ini wujud dari hasil penggabungan etnik Kadazan dan Dusun serta beberapa etnik kecil lain. Penggabungan ini adalah akibat pertelingkahan politik. Lagipun, perbezaan antara kaum Kadazan dan Dusun tidaklah begitu besar. Kalau diperhatikan dari segi jumlah penutur antara dialek Dusun dan Kadazan, didapati penutur dialek Dusun lebih ramai.
Kepercayaan
Kesemua etnik kecil ini menggunakan Bahasa Kadazandusun. Pada zaman puntung berasap, mereka mengamalkan kepercayaan animisme. Kinorohingan adalah satu-satunya tuhan mereka. Pada masa kini, kebanyakan masyarakat Kadazandusun adalah penganut agama Kristian. Sebahagian daripada mereka juga beragama Islam. Bomoh bagi masyarakat Kadazandusun dikenali sebagai Bobolian.
Perayaan
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan tuaian baik, tetapi Pesta Kaamatan juga disambut oleh semua kaum lain Sabah. Pesta Kaamatan disambut sepanjang bulan Mei walaupun perayaan ini hanya pada 30 dan 31 Mei. Kemuncak perayaan Kaamatan adalah peraduan ratu cantik atau unduk ngadau, tarian tradisi, dan upucara kemuncak yang dijalankan oleh Bobohizan "ketua pendita"
Pesta Kaamatan bagi kaum Kadazan juga dikenali sebagai 'Tadau Ka'amatan' dalam bahasa Kadazandusun.
Kadazan percaya kepada makhluk halus dan dipercayai terdapat lima makhluk halus: Kinoringan(Ketua makluk halus & Pencipta), Rusod(semangat semua benda hidup kecuali manusia), Koududuwo (semangat manusia), Tombiruo (semangat orang yang telah meninggal), dan Rogon (semangat jahat).
Menurut kepercayaan Kadazan, semangat padi merupakan Kinoingan (Kinorohingan dalam dialek Dusun) yang dikenali sebagai Bambaazon, disembah sebagai pencipta dan berkuasa sumber kepada kewujudan. Semangat padi Bambaazon dimuliakan pada pokok padi, beras, dan nasi. Ramai yang mempercayai bahawa "Tanpa padi, tiada kehidupan."
Ketika pesta Kaamatan, penduduk Sabah mengenakan pakaian tradisi mereka dan bersuka-ria. Selain menari Sumazau dengan alat muzik tradisi, tapai (arak beras) dihidangkan sebagai minuman istimewa. Penduduk Sabah akan menyapa sesama mereka dengan ucapan 'Kopivosian Tadau Ka'amatan' atau 'Selamat Hari Menuai'.

Makanan Tradisional
makanan tradisi juga yang terkenal ialah 'sambal' atau 'jeruk' atau lebih dikenali sebagai BOSOU atau TONSOM. Kebiasaannya, bosou ini dikenali sebagai 'tinamba'...oleh sekitar penduduk ranau. Bosou ini adalah daripada daging mentah, kebiasaannya ikan sungai atau hasil buruan. Daging atau ikan mentah ini diperam dengan nasi putih, garam, dan buah dinikmati kepayang sebagai pengawet, dan disimpan di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih.


Tarian Tradisional
Tarian Pinakang merupakan tarian tradisi suku kaum KImaragang yang terkenal di Daerah Kota Marudu. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Irama Sumazau adalah perlahan. Pasangan penari berhadapan dan menggerak-gerakkan kaki berlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat-turunkan mengikut irama. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Pinakang ditarikan semasa hari keramaian majlis jamuan Pesta Kaamatan.


Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kimaragang"
Kategori: Pribumi Sabah Kaum etnik Malaysia Orang asli Malaysia


Momogun adalah nama bangsa bagi suku kaum Rungus yang terus di gunakan secara tradisi hingga ke hari ini. Rungus adalah merupakan berasal dari nama nenek moyang Momogun yang bernama Rungsud. Rungsud adalah abang sulung kepada Longguvai dan Turumpok. Turumpok juga di kenal sebagai [Tomui].
Ketiga adik-beradik lelaki ini merupakan nenek moyang kepada suku-suku Kadazandusun pada masa kini. Secara tradisi Rungsud merujuk kepada nenek moyang bagi suku kaum Dusun di kawasan utara Sabah iaitu Kudat, Kota Marudu, Pitas, Telupid dan Beluran. Kudat pada zaman dahulu sering di rujuk sebagai Tanjung Berungus. Para pedagang barter pada zaman dahulu merujuk kepada nama Aki Rungsud apabila menyebut Kudat pada masa itu.
Momogun merupakan satu sebutan yang berdasarkan sistem kepercayaan tradisi. Momogun adalah berasal dari kata "Pogun" iaitu membawa maksud "tanah nenek moyang atau dunia."
Momogun bermakna "pemilik tanah atau empunya tanah" berdasarkan hukum Agama Labus. Istilah ini berkait rapat dengan upacara dan kalendar Suku Momogun Rungus dalam upacara keagamaan Labus iaitu Mamasi dan Managas.
Upacara Mamasi dan Managas merupakan satu kalender Momogun berkaitan pelupusan dosa-dosa bagi semua penduduk di bawah gunung Kinabalu. Mamasi adalah pelupusan dosa bangsa momogun dalam kiraan 50 tahun sekali dan Managas adalah pelupusan dosa dalam kiraan 100 tahun sekali.
Kepercayaan ini merujuk kepada kepercayaan nenek moyang Momogun di mana dosa harus di bayar dengan korban darah dan setiap 50 tahun dan 100 tahun perlu di lupuskan segala dosa-dosa dari yang kecil hingga yang besar iaitu setiap yang di lakukan oleh bangsa Momogun. Jika ini tidak di lakukan maka Kinoringan akan mengizinkan kejadian seperti Lzusuvon (banjir besar), Lzunsuton (gempa bumi) atau Monirang (gunung berapi) serta penyakit-penyakit wabak dan sebagainya seperti kehilangan keharmonian dan kesatuan bangsa Momogun Rungus.
Kalendar 100 tahun Momogun Rungus ini akan berakhir setelah upacara Managas di lakukan pada tahun ke-100 dan kalendar baru akan di buka kepada tahun 1 dan demikianlah seterusnya.
Pada masa ini Momogun kini menggunakan nama suku masing-masing dan di satukan sebagai Rumpun Kadazandusun-Murut.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Momogun"
Kategori: Kaum etnik Malaysia

Thursday, June 11, 2009

REFORMASI DAN PEMULIHAN UMAT

Reformasi dan pemulihan umat dalam kertas ini merujuk kepada pemulihan keseluruhan umat manusia daripada kehidupan berdosa kepada kehidupan yang murni dan suci. Dalam Alkitab reformasi dan pemulihan umat berlaku sekali dalam Perjanjian Lama dan sekali lagi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

1. Perjanjian Lama
Ketika ini bumi masih muda. Dosa baru bertapak lebih sedikit dari 1,000 tahun. Tetapi bilangan manusia sudah ramai. Bagaimanapun manusia dan kecenderungan mereka adalah kejahatan. Tuhan memutuskan untuk menghapuskan manusia dengan air bah, kecuali Nuh, isterinya, tiga orang anaknya dan isteri masing-masing kerana Tuhan melihat mereka hidup dalam kebenaran. Selepas kematian Nuh dan anak-anaknya, manusia bertambah banyak dan kejahatan bertimbun-timbun.
Buku Kejadian 6-9. Satu tindakan drastik perlu dilaksanakan untuk memulihkan bumi dan manusia kepada kedudukan yang asal.

2. Perjanjian Baru
Reformasi dan pemulihan umat secara drastik akan berlangsung dalam tempoh yang di sebut milenium atau 1,000 tahun. Sama ada 1,000 tahun itu literal atau simbolik tidaklah begitu penting. Apa yang penting ialah apakah yang berlaku dalam tempoh tersebut. Apakah proses yang dialami oleh umat manusia dalam tempoh tersebut. Bagi memudahkan, peristiwa-peristiwa dalam tempoh 1,000 itu bolehlah dibahagikan kepada 3 fasa.
a) Permulaan 1,000 Tahun
i. Tujuh bala terakhir – Wahyu 16
ii. Yesus turun dari syurga, kedatanganNya yang kedua kali – 1Tesalonika 4:16,17
iii. Orang yang tidak bertaubat dibinasakan oleh bala yang ketujuh. Wahyu 16:18-21 sebab itu adalah permintaan mereka. Wahyu 6:14-17
iv. Orang yang mati dalam kebenaran dibangkitkan – 1Tesalonika 4:16,17
v. Orang benar bersama yang dibangkitkan diubah suapaya tidak binasa. 1 Korintus 15:51-54, kemudian diangkat menyongsong Yesus di angkasa. – 1 Tesalonika 4:16-17

b) Sepanjang 1,000 Tahun
i. Dibumi
ü Ketika ini bumi dalam keadaan rosak teruk, gelap dan sunyi sepi tanpa penghuni manusia mahupun bintang akibat tujuh bala terakhir. Wahyu 16
ü Syaitan dan para iblisnya dirantai dengan rantai kekosongan, kesepian, kegelapan. Pergerakan mereka terbatas dalam ruang sistem solar ini saja. Wahyu 20:1-3
ü Manusia yang tidak bertaubat reput menjadi abu.

ii. Di surga
Ø Orang yang diselamatkan memerintah sebagai raja bersama-sama Yesus. Wahyu 20:4
Ø Orang yang diselamatkan memeriksa buku-buku catatan. Wahyu 20:12
Ø Orang yang diselamatkan hidup berbahagia

c) Pengakhir 1,000 Tahun. Wahyu 21
i. Kristus dan orang-orang salih turun dari syurga
ii. Kota suci Yerusalem Baru yang disediakan oleh Yesus turun kebumi
iii. Orang yang mati di bumi dibangkitkan semula dalam keadaan yang sama dengan kematian mereka. Jika mereka mati sakit barah, mereka bangkit masih dengan penyakit barah.
iv. Syaitan dan para iblisnya di lepaskan dari rantai mereka lalu menghasut manusia yang baru dibangkitkan itu untuk menyerang Yerusalem dangen penghuninya.
v. Api kemuliaan Tuhan dari syurga menyambar mereka dan menghanguskan semua sisa-sisa mereka.
vi. Bumi menjadi baru, umat Tuhan dipulihkan kepada kedudukannya yang suci bagi mewarisi bumi yang baru.

“Berbahagialah mereka yang membasuh jubahnya. Mereka akan memperoleh hak atas pohon-pohon kehidupan dan masuk melalui pintu-pintu gerbang ke dalam kota itu.” Wahyu 22:14
TRINITI

1. Perkataan “Triniti” tidak pernah digunakan dalam Alkitab. Tetapi para pelajar Alkitab menggunakan perkataan “Triniti” bagi menjelaskan sifat Tuhan yang sukar difahami.

2. Tidak seorangpun manusia dapat menyelami rahsia Tuhan. Jika ada orang yang mengatakan dapat memahami dan mengetahui tuhan sepenuhnya, itu bukan Tuhan yang benar.

3. Bagaimanapun Tuhan tidak membiarkan manusia dalam kegelapan. Tuhan akan mengurniakan hikmat kepada manusia yang memanggil namaNya supaya mereka yang mahu mengetahui Tuhan akan dapat mengerti.

a) 2 Timotius 2:7, “Tuhan akan memberikan kepada mu pengertian dalam segala sesuatu.”
b) Yerremia 33:3, “Berserulah kepada Ku, maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepada mu hal-hal yang besar dan yang tidak terfahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.”

4. Alkitab Perjanjian Lama dan baru memperkenalkan Tuhan itu sebagai esa atau satu.

a) Ulangan 6:4 - Dengarlah, hai orang Israel: TUHAN itu Allah kita, Tuhan itu esa!
b) Efesus 4:5 - Satu Tuhan, satu iman, satu baptisan.


5. Begitupun banyak ayat-ayat alkitab yang menunjukkan sifat yang tidak seperti kita fikirkan.
Dalam Perjanjian Lama kita dapat:
Kejadian 1:26 - Berfirmanlah Allah: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa kita, supaya mereka berkuasa atas ikan-ikan di laut dan burung-burung di udara dan atas ternak dan atas seluruh bumi dan atas segala binatang melata yang merayap di bumi.”

Kejadian 3:22 – Berfirmanlah Tuhan Allah: “Sesungguhnya manusia itu telah menjadi seperti salah satu dari Kita, tahu tentang yang baik dan yang jahat; maka sekarang jangan sampai ia mengulurkan tangannya dan mengambil pula dari buah pohon kehidupan itu dan memakannya, sehingga ia hidup untuk selama-lamanya.”

Kejadian 11:7 - Baiklah kita turun dan mengacaubalaukan disana bahasa mereka, sehingga mereka tidak mengerti lagi bahasa masing-masing.

Tuhan membahasakan diri “KITA”, perkataan yang menunjukkan yang berkata itu bukan sendirian.

Yer 23:18,22 - Sebab siapakah yang hadir dalam dewan musyawarah Tuhan, sehingga ia memperhatikan dan mendengar firmannya? Siapakah yang memperhatikan firmanNya. Sekiranya mereka hadir dalam dewan musyawarahKu kepada umatKu, membawa mereka kembali dari tingkah langkahnya yang jahat dan dari perbuatan-perbuatannya yang jahat.

Ayat ini menunjukkan dalam satu kumpulan. Ungkapan “dewan musyawarah Tuhan” membayangkan ada keahlian “seperti dalam dewan undangan negeri”. Jika Tuhan itu satu seperti yang kita fahami, Dia tidak perlu Dewan Musyawarah.

Dalam Perjanjian Baru
Kitab Perjanjian Baru memberikan gambaran yang lebih jelas tentang sifat Tuhan. Tuhan itu ada tiga peribadi. Ketiga-tiga peribadi itu hadir pada pembaptisan Yesus. Baca Matius 3:16, 17

Mat 28:19 - Kerana itu pergilah jadikanlah semua bangsa muridKu dan baptislah mereka dalam nama Bapa dan Anak dan Roh Kudus.

2 Kor 13:13 - Kasih karunia Tuhan Yesus Kristus, dan kasih Allah, dan persekutuan Roh Kudus menyertai kamu sekalian.

Kesimpulan dari ayat-ayat di atas, Tuhan itu terdiri dari tiga peribadi.

6. Bagaimanakah ayat-ayat yang kelihatan seperti bercanggah itu dapat diselaraskan? Bagaimanakah Tuhan yang terdiri dari tiga peribadi itu satu Tuhan?

Yoh 10:30 – Aku dan Bapa adalah satu.

Siapakah yang mengatakan “KITA” dalam Kejadian 1:26; Kejadian 3:22; Kejadian 11:7 ? “ Aku” dan “Bapa”

Yoh 17:22 - Dan Aku telah memberikan kepada mereka kemuliaan, yang Engkau berikan kepadaKu, supaya mereka menjadi satu, sama seperti Kita adalah satu.

1 Tim 2:5 – Kerana Allah itu esa dan esa pula Dia yang menjadi pengantara antara Allah dan manusia iaitu manusiaYesus Kristus. (Esa secara individu – bermakna, Allah itu bukan Yesus, Yesus bukan Allah, Allah bukan Roh Kudus.


Yesaya 48:16, “.........Tuhan Allah mengutus aku (Yesus) dengan RohNya (Roh Kudus)

Ayat ini menggambarkan bagaimana Yesus datang ke bumi kala pertama.

Yohanes 16:7, “Aku mengutuskan Dia (Roh Kudus)

Penyelesaian dan Kesimpulan:
1. Yohanes 16:15, “Segala sesuatu yang Bapa punya dalah Aku punya.” ( Ketiga-tiga peribadi itu adalah satu secara alamiah, satu tujuan, satu kehendak)

2. Ketiga-tiga peribadi itu adalah satu secara individu.

Air sebagai analogi yang wujud sebagai wap, sebagai pepejal ais dan sebagai air mengalir. Wap itu bukan ais, ais itu bukan air mengalir namun ketiga-tiga nya air. Satu secara individu namun satu secara alamiah, sama ada dalam bentuk wap, ais atau cair, setiap molikulnya terdiri dari 2 atom Hidrogen dan 1 atom Oksigen.