SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 23, 2009

Motivasi Bisnes - Hasil Atau Proses?

Motivasi Bisnes - Hasil Atau Proses?


Sebut pasal bisnes, orang terbayang kereta besar, rumah besar, pakai smart, muka konpiden, income berpuluh ribu. Orang kita menjadikan imej gitu sebagai pengukur kejayaan seseorang, terutama dalam bidang perniagaan.

Jika perniagaan seseorang cuma dalam skala kecil, dia diangap terdesak atau berniaga semata-mata sebab tak ada pilihan lain atau sebab tak dapat kerja kerajaan. Inilah mindset masyarakat kita, terutama Melayu beragama Islam.

Mindset sebegitu perlu diubah.Kina kena bina mindset baru kemudian kekalkannya.

Biarlah kita berniaga sebab kita memang seronok berniaga, suka menjual dan kita merasa nikmatnya menjual, bukan sebab mengejar untung semata-mata. Ramai usahawan Melayu hari ini sungguh tamak - menumpukan pada HASIL sahaja, tak menumpu pada PROSES.

Kejayaan tetap ada, jika Anda rajin berusaha. Tetapi, kejayaan tak akan ada jika Anda hanya menumpu perhatian kepada kejayaan semata-mata tapi tak pernah menumpu kepada proses mencapai kejayaan.Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang boleh dilakukan, sebaliknya hanya menumpu pada hasil sahaja.

Ibarat membina sebuah bangunan dan Anda arkiteknya. Anda cuma nampak sebuah bangunan tersergam indah dalam kepala Anda lalu Anda melukis design bangunan tu di atas kertas. Di peringkat tu, Anda masih belum berjaya sebab bangunan idaman Anda masih belum dibina.

Jika Anda tak menumpu pada usaha-usaha yang dilakukan, Anda hanya syok sendiri, cuma seronok membayangkan bentuk bangunan yang akan dibina. Anda tak pernah berusaha mencari pemaju, mencari pekerja, mengumpul bahan-bahan, mengumpul jentera dan peralatan lalu mula bekerja.

Cemana nak berjaya?

Cemana nak mencapai kejayaan?

Anda hanya akan berjaya bila bangunan idaman Anda berjaya dibina, disiapkan sepenuh sebijik macam yang Anda mahu. itu baru berjaya namanya.

Mulai hari ni, usah terlalu tamak walaupun Anda boleh bersikap tamak. Kawal sikap tamak tu.

Fokus pada proses.

No comments: