SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 23, 2009

Motivasi Kejayaan - Terima Kesilapan Sebagai Cara Hidup Ini Membentuk Kita Menjadi Orang Berjaya

Motivasi Kejayaan - Terima Kesilapan Sebagai Cara Hidup Ini Membentuk Kita Menjadi Orang Berjaya


Terima kasih pada Anda kerana rajin berziarah ke blog iMotivasi.com, motivasi dalam satu blog.

Tiada hadiah yang paling menggembirakan saya selain hadiah berupa kunjungan Anda ke sini. Terima kasih, thank you!

Jika Anda mengenali saya sejak dua tahun lepas, Anda akan perasan stail saya menghasilkan artikel motivasi diri, motivasi kejayaan dan artikel motivasi dalam topik lain asyik berubah-ubah. Ada stail lawak-lawak, ada stail emosional, ada stail tegas, ada stail tertekan.

Itu tandanya saya manusia normal yang beremosi. Manusia normal seperti kita, kerap membuat kesilapan.

Paling memeritkan, kesilapan tu kekadang mengakibatkan luka yang pedih, susah nak diubati, terlalu dalam hingga membuat kita tertekan pastu hilang semangat.

Kemudian, kita tak tahu cemana nak bangkit balik, bersemangat balik. Mungkin Anda juga pernah melalui situasi serupa, mungkin banyak kali sampai terasa nak ‘give up’.

Saya dan Anda sama. walaupun kita diluar kita berlainan - berlainan bangsa, berlainan umur, berlainan sikap, berlainan kerjaya, berlainan jantina, di dalam kita tetap sama.

Sama yang cemana? Sama di hati kita.

Hati kita banyak terfokus kepada usaha membina kebahagiaan, kecemerlangan, kejayaan. Saya percaya Anda tekad mahu berjaya.

Saya juga mahu berjaya seperti Anda. Tekad kita serupa!

Semuanya bermula dari keinginan membara. Anda mahu memperbaiki diri Anda sebagus yang mungkin, lebih bagus dari yang sebelumnya. Begitu juga saya.

Kita berdua bermatlamat mahu mencapai kebagusan supaya kita beroleh hasil berupa kejayaan dalam usaha kita. Menghasilkan artikel-artikel motivasi untuk Anda adalah usaha untuk saya memperbaiki diri saya.

Kejayaan Anda, kebahagiaan Anda, kegembiraan Anda adalah kegembiraan saya. Saya bahagia melihat Anda bahagia, saya cukup gembira melihat Anda berjaya.

Takdir hidup saya di ‘tune’ untuk berjalan bersama-sama Anda. Entah kenapa, saya merasakan arah hidup saya ditentukan untuk berjumpa dengan Anda.

Paling ganjil, saya melakukannya di internet dan saya merasakan internet adalah medium paling serasi dengan saya. Anda mengenali saya dinternet, saya kenal dengan Anda di internet.

Mengapa tidak Anda kenali saya di dalam buku motivasi, novel, cerpen atau majalah motivasi? Heran kan..

Bak kata pepatah inggeris, “there must be a reason why”.

Sehingga ke hari ini, saya masih mengkaji apa faktor yang membuat seseorang sanggup berubah dan perkara apa mendorong dia sanggup mendepani apa jua yang akan berlaku dalam proses perubahan dirinya.

Mungkin kerana dia mahu memperbaiki masa lalu. Jawapan lain, mungkin kerana dia mahu membentuk masa depan yang lebih bahagia, paling bahagia supaya dia boleh menikmatinya dengan penuh kesenangan dan ketenangan jiwa.

Jawapan yang lagi lain, mungkin dia mahu banyak duit supaya dia boleh hidup senang dalam jangka waktu yang panjang. Mungkin saja, mungkin.

Anda mesti ada tujuan utama nak berjaya. Mungkin, Anda nak berjaya semata-mata untuk keluarga. Mungkin juga Anda mahu berjaya semata-mata untuk si dia yang Anda cinta.

Mungkin, Anda mahu berjaya semata-mata mahu mengumpul “saham” untuk memperoleh untungnya di akhirat sana.

Kejayaan duniawi yang terbaik adalah kejayaan yang lahir dari hati, disemarakkan oleh cinta, disuburi rasa kesyukuran yang amat mendalam atas pemberian Tuhan.

Dari apa yang saya baca dari kisah 0rang-orang berjaya, kesemua mereka ada karekter seperti yang saya sebutkan tadi - kejayaan mereka lahir dari hati, disemarakkan oleh cinta, disuburi rasa kesyukuran yang amat mendalam.

Mulai hari ini, kita sama-sama berubah. Ubah diri, bina peribadi. Peribadi paling banyak saya kaji untuk dijadikan contoh diri kita adalah peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam proses membina peribadi, kita akan banyak buat silap. Kita bukan nabi, kita bukan malaikat sebab tu kita banyak buat silap. Ada yang sengaja, ada yang tak sengaja.

Misalnya, kekadang kita janjikan sesuatu tapi kita tak mengotakan janji kita tu. Entah dari mana silapnya. Entah apa yang mendorong kita hingga kita sampai hati tak menunaikan janji, walaupun pada kawan kita sendiri.

Kekadang kita terlepas cakap, termaki atau terucap kata-kata yang menghiris hati sahabat kita tanpa kita sendiri sedari.

Pada kita, itu perkara biasa.

Pada tanggapan kita, kawan kita tu boleh menerimanya. Tetapi, nyata kita silap apabila si kawan mula tak suka kita, mula menjauh dari kita. Jadikan itu satu proses untuk Anda memperbaiki diri dengan mengkaji sikap.

Anda, jangan pernah takut buat silap. Beranikan diri buat silap dan beranikan diri menghadapi kesilapan, sanggup menerima apa yang berlaku selepas tersilap.

Dari kesilapan, kita belajar sesuatu yang mungkin tak akan diajar pada orang lain. Hanya kita. Kita ada kelebihan di situ.

Terima hakikat hidup ini punya cara tersendiri untuk mendidik kita, memandu kita kepada tujuan utama perjalanan hayat kita. Kesilapan kekadang berpunca dari perbuatan kita.

Kat situlah pentingnya kita memaafkan diri sendiri, terima kesilapan kemudian usaha terus untuk mencapai matlamat kita.

Hidup menjadi lebih bermakna bila kita terima kesilapan sebagai cara membentuk kita menjadi orang berjaya.

Sememangnya, kita ada kapasiti untuk menjadi orang berjaya.

Maka, pilihlah untuk menjadi orang berjaya. Ambil keputusan mahu menjadi orang berjaya!.

No comments: