SELAMAT DATANG

My Clock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, September 23, 2009

Simulasi Minda Ke Arah Kejayaan

Simulasi bermaksud ransangan. Simulasi adalah realiti bayangan kepada situasi sebenar.


Contohnya, pelatih juruterbang berlatih mengendalikan kapal terbang melalui simulasi sebelum berkeyakinan mengawal kapal terbang sebenar.

Simulasi di cipta untuk melatih minda, otot dan sistem saraf supaya jadi terbiasa kepada sesuatu. Untuk menjadikan minda, otot dan sistem saraf terbiasa dengan amat cepat, simulasi diulang-ulang. Maka, stimulasi diperlukan sebagai cara untuk meransang minda dan meningkatkan motivasi dalam sesi simulasi.

Dalam usaha kita mengejar kejayaan, simulasi kejayaan amat perlu. Kita perlu ransang minda kita dengan perkara-perkara berkaitan kejayaan supaya minda kita terbiasa dengan kejayaan lalu membuat kita sentiasa bersemangat mahu mencapai kejayaan.

Bayangkan kejayaan cemana yang kita nak capai, bayangkan seperti simulasi, seolah-olah kejayaan yang kita inginkan tu benar-benar berlaku.

Baca banyak maklumat tentang kejayaan orang-orang ternama sebelum ni, mengkaji saikologi kejayaan, membaca artikel-artikel motivasi kejayaan dan berkawan dengan orang yang sukakan kejayaan. Ransang diri sebanyak mungkin, sekerap mungkin dengan kejayaan dan hal-hal berkaitan dengan kejayaan supaya dapat mensimulasi minda dengan kejayaan, membuat kita sentiasa berfikir soal kejayaan, lantas membuat kita hampir dengan kejayaan.

Apa yang kita banyak fikirkan selalu, itulah yang kita akan jadi.

No comments: